Thursday 12 May 2011

Hina Sangat Ke Kalau Jadi Surirumah???

Photo from Google search.
Situasi A
Makcik X: Anak berapa? Keje apa?
Aku        : Anak sorang je. Surirumah..
Makcik X: Ohh.. Tak keje la ni.. (Sambil mencemikkan muka)
Aku        : Huhhh????

Situasi B
Mamat Y: Eh lama betul kita tak jumpa kan. Lepas sekolah semua buat hal masing-masing. Kau keje apa sekarang?
Aku        : Surirumah..
Mamat Y: Haaa..surirumah?? Eh kau tak nak keje ke??? Laki kau dah kaya-raya sangat ke sampai kau tak payah keje???
Aku        : @#@$#&??

Situasi C
Pakcik Z: Ko ni memang tak nak keje lagi dah ke? Sia-sia je belajo tinggi-tinggi, ada ijazah.. Tapi jadik surirumah..!
Aku        : Hmmmppphh... &*(^%@^!#
   -------------------------------------------------------------------------------                            
Kesemua situasi di atas memang betul-betul kejadian dan berlaku pada aku. Hmmm.. Baik orang yang tak dikenali, kawan-kawan mahu pun saudara mara, tak taulah kenapa sesetengah daripada kita yang suka memperlekehkan status surirumah.. 

Ramai di antara kita yang menjadi surirumah di atas sebab-sebab yang tersendiri. Tak kisahlah atas sebab apa sekali pun. Pokoknya, kenapa ada yang yang memandang rendah bila tau seorang wanita itu tidak keluar bekerja di pejabat sebaliknya hanyalah seorang surirumah yang menguruskan rumahtangga dan anak-anak di rumah...
Apa, diorang ingat surirumah ni duduk melepak, makan, tidur aje ke kat rumah?? Aku pernah terbaca kat mana entah dulu, sang suami komplen isterinya (seorang surirumah) yang pemalas dan tidak menjalankan tanggungjawabnya. Rumahtangga tidak dipedulikan, anak-anak juga terbiar. Apa yang dilakukannya sepanjang hari hanyalah menonton tv.. 

Mungkin benar ini berlaku, tapi aku rasa ini hanyalah salah satu kes terpencil. Aku percaya sebilangan besar surirumah tau tanggungjawab mereka pada suami dan anak-anak. Kami ni hari-hari tunggang-langgang mengadap kerja-kerja di rumah yang tak pernah habis, kadang-kadang nak rehat pun tak sempat.. I'm not complaining about my status as a housewife, cuma aku bengang kenapa ada yang suka memandang hina.. Mentang-mentanglah kami tak ada kerjaya di dalam pejabat yang beraircond, tak ada gaji besar.. Kami dipandang sebelah mata.. Tak baik tauu camtu.. Kecik hati nyamukkk... Huhuhu 

Masa zaman nenek-nenek kita dulu, boleh dikatakan ramai yang menjadi surirumah, takde pulak yang nak mengata. Tapi bila zaman berubah dan semakin moden, hmmm... lain pulak pe'elnya.. Macam-macamlah manusia ni..

Tahun lepas seorang rakan memujuk aku menemui bosnya. Kompeninya desperate nak pakai orang. Kebetulan aku mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan. Aku memang berat hati nak pergi, memikirkan Qiqie nak ditinggalkan pada siapa jika aku kembali bekerja. Tambahan pulak jarak tempat tu memang jauh dari rumah. Tapi kawan punya pasal, aku pergi la jugak informal interview tu. Di akhir interview, pakcik bos tu kata dia akan panggil aku untuk 2nd interview pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Cuak juga aku sebab aku tak nak pun keje tu.. Tapi tunggu punya tunggu, diorang ni senyap macam tu je. Aku dapat tau alasannya dia tak nak aku sebab aku dah lama sangat jadi surirumah! Takut dah tak leh keje kat opis! Haaahhh!!?? Aku tak kisah tak dapat keje tu sebab memang aku tak nak pun. Tapi kenapa perlu menipu kononnya nak panggil untuk 2nd interview? Terus-terang aje lah kan.. Haiiissssshhhh... Yang kawan aku tu pulak, terus senyap dan seolah-olah larikan diri daripada aku.. Hmmmm... 


Semoga satu hari nanti surirumah tidak akan diperlekehkan lagi... Peace.. :)

2 comments:

  1. salam kenal...suka entry ni...sangat memberi semangat....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.. :) Sekadar meluahkan rasa tak puas hati pada mereka yg memandang rendah pada status surirumah.. hehehe Terima kasih juga sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ni... Nanti saya balas kunjungan hormat ya.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...