Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera...
Hari ni saya nak berkongsi pengalaman saya sebagai pengguna pure marine collagen (PMC).. Untuk makluman, kebanyakan produk yang saya jual sama ada online atau offline, saya dah cuba dulu keberkesanannya.. Saya rasa ada baiknya juga begitu, sekurang-kurangnya kalau orang bertanya, kita pun tau apa nak jawab kan.. Lainlah kalau bukak hypermarket, memang takkan cuba lah kesemua barang yang dijual.. Hehehe..
Gambar kat atas ni adalah gambar pure marine collagen ungu yang telah direndam semalaman dan sedia untuk dimasak... Minta maaflah gambar tak cun sebab nak cepat, ambil gambar pun dengan henpon cap ayam je.. Hehehe..
Selalunya PMC yang dijual ada dua jenis iaitu jenis putih Gred AA dan satu lagi jenis ungu Gred AAA. Boleh dikatakan kedua-dua jenis PMC ini mengandungi khasiat yang sama. Walau bagaimana pun, apa yang membezakan kedua-dua PMC ini selain daripada warna dan proses pengeringannya ialah PMC ungu mempunyai kadar antioksida yang lebih tinggi daripada PMC putih.
Ada sesetengah penjual PMC yang mengatakan PMC ungu adalah untuk kesihatan manakala PMC putih pula digunakan untuk kecantikan. Ada pula pihak yang menidakkannya dan mengatakan bahawa kedua-duanya adalah untuk kesihatan dan kecantikan, bezanya hanyalah PMC ungu memberikan kesan yang lebihh cepat... Wallahu'alam...
Antara khasiat PMC:
-Menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imunisasi dan metabolism badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen
-Memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kenyang (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)
-Membantu merawat gastrik.
-Bertindak sebagai antikulat dan antibakteria
-Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh
Berdasarkan pengalaman saya sendiri mengamalkan kedua-dua jenis PMC ini, ternyata memang benar PMC ungu memberikan kesan yang lebih cepat berbanding PMC putih. Baru sekali pengambilan sebelum tidur, saya dah nampak kesannya pada wajah sebaik saja saya bangun daripada tidur.. Wajah saya nampak lebih segar.. Jerawat besar di pipi juga sudah sedikit kecut..! Setelah beberapa hari mengamalkannya badan juga terasa lebih cergas dan bertenaga.. Alhamdulillah...
Namun demikian, setiap individu berbeza antara satu sama lain. Begitu juga dengan kesan supplement yang diambil. Ada yang serasi dengan anda, ada yang tidak.. Pesan saya, tak salah jika anda hendak mengambil lebih daripada satu supplement, tetapi kalau boleh jangan diambil terlalu banyak jenis supplement pada satu-satu masa. Bukan apa, kita inginkan kesihatan yang baik tetapi disebabkan ter'overdose' dengan supplement, takut mengundang bahaya pada badan pula! Manalah tau kan, jika ada kandungan di dalam supplement tersebut yang tidak sesuai dengan badan kita.. Merana pulak dibuatnya nanti...
Ada juga yang bertanya tentang sukatan air yang perlu digunakan untuk memasak PMC ini. Kuantiti air yang disarankan untuk 100gram PMC adalah 2.5 hingga 3 liter air. Walau bagaimanapun, pandai-pandailah kita meng'adjust' kuantiti air dengan PMC, sama ada hendak pekat atau cair.. Sebagai contoh, jika air yang digunakan adalah 1.5 liter untuk 50 gram PMC, ini akan menjadikan PMC tidak mengeras seperti jeli apabila disejukkan.. Sebaliknya ia akan menjadi cecair yang sedikit likat walaupun telah disimpan di dalam peti sejuk selama satu hari. Jika ini terjadi, jangan risau dan jangan dibuang PMC itu... PMC masih boleh dimakan, tiada masalah..! Walau pun cair khasiatnya tidak akan hilang... In shaa Allah..
Satu lagi nasihat saya, walau apa jenis supplement yang anda ambil, cuba banyakkan meminum air kosong sepanjang pengambilan supplement tersebut. Mengamalkan banyak meminum air kosong memang bagus untuk kesihatan sebab air kosong ini melancarkan proses nyahtoksin daripada badan.. Jika kita mengambil supplement yang bagus dan mahal sekalipun tidak akan memberikan kesan yang baik jika kita kurang minum air.. Oleh itu rajin-rajinlah kita minum air ye.. Hehehe...