Tuesday 31 May 2011

Salah Nombor La Weiii...!

Biasalah kan kalau kadang-kadang kita terima panggilan daripada orang yang tersalah nombor.. Awal pagi tadi aku menerima satu sms daripada nombor yang tak dikenali.. 
 
Ohh.. Ada mamat ni tersalah nombor.. Dia nak hantar sms kat awek dia, tersalah hantar kat aku lak.. Sms jiwang, awek dia nak tinggalkan dia kot.. Yang mamat ni sampai menangis-nangis sebab sedih sangat.. 
  • by.. tolonglah abg.. nape by jauhkan diri dpd abg.. by.. abg merayu pd by.. bla bla bla... by.. abg mengeluarkan air mata pagi ni.. sedihnya abg by.. janji tggl janji..
  • smpi hati by buat abg mcm ni.. smpi hati tgglkan abg..
  • by.. tlglah jgn tgglkan abg.. bla bla bla bla..
Tak larat aku nak taip semuanya, panjang bebenor keluh kesah mamat ni.. Nak tergelak pun ada bila aku baca sms tu.. Hehehe Tapi aku diamkan aje lah.. Tapi lepas tu masuk lagi satu sms.. dan lagi.. Alamak.. Apa ni.. Its getting annoying... Aku pun dengan baik hatinya gi reply sms dia.. Aku tulis cenggini, "Maaf, Encik salah nombor." 

Malangnya dia ingat aku ni awek dia yang pura-pura tanak layan dia pulak! Hadoiiii.. Orang macam ni pun ada ke... Kalau dia hantar sms lagi pasni, aku delete je.. Malas nak layan kau..! Yang heran tu, kalau betul bercinta, berkasih-kasihan, mestilah save nombor aweks dalam henpon ye tak..? Pastu nombor tu pon sure dah terpahat dalam kepala.. Mesti ingat punyalah, dok asyik kol atau sms hari-hari.. Hmmm... Cemaner lak boleh tersalah nombor..? Ni yang aku musykil ni.. 

* All photos are from Google search.

Kung Fu Panda 2: The Kaboom Of Doom

    
Wiken baru ni gi tengok movie Kung Fu Panda 2: The Kaboom of Doom. Sape yang suka tengok tengok Kung Fu Panda dulu, mesti suka gak sequelnya ni.. 

Yang kelakar tu nengok si Po ni lah.. Macam blur je and funny..! What can you say, he's an adorable big panda! Hahahaha Since voice over si panda ni guna suara Jack Black, aku rasa character Po ni pun is very much like him. Kalau korang pernah tengok citer-citer yang Jack Black berlakon, korang tau la apa yang aku maksudkan.. Hehehe
Overall citer ni memang best dan menghiburkan.. Bolehlah korang bawak anak-anak tengok citer ni kat panggung wayang masa cuti sekolah ni.. :)
  
* All photos are from Google search.

Sunday 29 May 2011

Ada Peniaga Online Tidak Beretika dan Pilih Bulu...?

    
Best kan bila shopping..? Hehehe Kalau ada RM, apa yang berkenan di hati boleh aje dibeli.. Sebaiknya bila bershopping tu elakkanlah daripada pembaziran.. Beli apa yang kita kita pakai dan perlu saja.. Tapi sebagai perempuan, kadang-kadang tu terbabas gak.. Kadang-kadang tu, benda tu takdelah perlu sangat, tapi semata-mata nak bekas atau free giftnya.. dibeli la jugak... Aku la tu.. Hahahahaha..
Dalam dunia yang semakin moden dan canggih ini, kuasa membeli kita tidak terhad pada pusat membeli-belah sahaja. Dengan hanya berbekalkan perkhidmatan bank secara online, kredit  kad dan juga perkhidmatan pembayaran yang lain, kita sudah boleh bershopping secara online. Mudah kan..?

Sekarang ni pula, semakin ramai peniaga online yang muncul untuk memanfaatkan kemajuan teknologi terkini.. Bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.. Pilih saja  blog mana pilihan hati untuk membeli-belah.. Cuma kita sebagai pembeli kena selalu berhati-hati dengan mereka ni. Yelah.. takut juga jadi Tipah tertipu.. Pada zaman yang serba canggih ni, ramai juga orang yang suka menipu dan pentingkan diri sendiri.. So, sama-samalah kita berhati-hati dan berwaspada ya kawan-kawan..

  
Aku juga tak terkecuali daripada shopping online.. Tapi aku ada juga pengalaman dok besh berurusan dengan peniaga-peniaga online ni. Macam-macam kes lah.. Ada yang kurang beretika dalam urusan perniagaan dan juga memilih bulu... 

Ada sekali tu aku ternampak la satu produk kat Fesbuk peniaga A ni.. Aku berminat nak beli dan terai la hantar mesej kat dia melalui inbox. 2-3 hari kemudian baru dia reply. Ok fine, maybe dia busy sebab tu lambat bagi info yang aku nak. Lepas tu aku pm dia lagi, aku tanya dia boleh tak pos barang tu pada tarikh yang aku nak.. Tup-tup sampai ke hari ni pun dia tak balas! Aku nampak dia aktif je kat wall dia.. Pastu ada 3-4 orang yang agak popular di alam maya ni nak beli produk dia, bole lak dia layan! Hamboiiii... mentang-mentanglah aku ni nobody, duit aku tak laku agaknya.. Chehhhh...

Ada sorang tu pulak, bila aku dah confirmkan nak beli barang dengan dia, memalam dah kul 10 lebih pun dia boleh sms aku tanya dah masuk duit ke belum. Padahalnya aku beli barang dengan dia cuma berharga dalam RM41 je. Kecoh betul.. Relaks la, bukannya beribu-ribu cik kak oii... Tapi bila aku dah masuk duit, dia buat dekkk je. Cakap tq pun tidak.. Bila aku sms tanya barang dah pos ke, banyak pulak alasannya.. Hampeh...! Nasib baik sampai juga barang tu.. 

Yang sorang ni pulak mula-mula macam ok. Bila aku dah jadi regular customer dia, mulalah buat hal. Dia tersalah hantar barang yang aku nak, pastu tanak bertanggungjawab lak! Sape suruh dia tak check pastu pegi hantar yang salah??? Uishhhhh.. Hangin betul la aku dengan dia.. Tak beretika langsung! Disebabkan kejadian tu aku serik dah nak beli barang dengan dia.. Lagilah lepas aku dapat tau dia jual hanger tudung dengan harga yang sangat tinggi berbanding harga pasaran... Huhuhu
   
Diharap peniaga-peniaga online yang nak maju dan bertahan lama, amalkanlah etika perniagaan yang betul. Berniagalah dengan jujur.. Biarlah ada win-win situation antara penjual dan pembeli. Tak baiklah kalau penjual asyik nak kaut untung saja tanpa memikirkan kepentingan pembeli.. Hmmm.. Lama-lama customer pun lari.. 

Setakat ni aku rasa ada sorang awek cun nilah peniaga online yang paling best.. Sebelum ni dia meniaga kat Fesbuk je.. Tapi sekarang dah ada blog.. Baru lagi blog dia, fresh from the oven.. Hehehe Kalau korang nak tau dia jual apa, singgah la ke blog dia ya, kat sini.. :)

Eh panjang bebenor aku dok membebel.. Apa pun kepada kengkawan.. Berhati-hatilah ketika shopping online ya.. :)


* All photos are from Google search.

Saturday 28 May 2011

Terernya Aku.. Hehehe

Driving Alone
http://www.driving-fear.com/blog/
Malam semalam dalam kul 10 camtu, hb sms aku mintak tolong ambik dia kat stesen komuter. Haaaahhh...???!!! Biar betul laki aku ni.. Bukannya dia tak tau driving skill aku macam mana..  Kalau setakat driving hanya lepas ke sekolah Qiqie, jangan lautan jalan raya hendak diduga.. Huhuhu.. :(

Sebenarnya stesen komuter tu bukanlah jauh sangat dari rumah. Kalau tak jem, dalam 15-20 minit sampai. Hb pernah sekali je tunjuk jalan tapi aku tak pernah lagi praktis driving sampai ke sana..

Aku pun tak tau macam mana aku boleh reply sms hb dan cakap ok, aku ambik dia.. Haahhh???!!! Biar betul???? Sebelum memulakan perjalanan macam-macam doa yang aku baca.. Si Qiqie pun sama ketakutan macam aku.. Tawakkal jelah kepadaNYA.. 
Photo from Google search.
Dalam ketakutan yang amat sangat disertai degupan jantung yang kencang, tangan yang berlengas dengan peluh pula  terketar-ketar memegang stereng.. Dengan mulut yang tak henti-henti berdoa kepadaNYA, akhirnya sampai juga aku ke stesen komuter tu.. Alhamdulillah...! Lega sangat-sangat.. Qiqie bersorak gembira.. "Yeaaayyyy!!! Ibu berjaya akhirnya..." Hehehehe..

Hb tersenyum lega sebaik saja melihat kami sampai dengan selamat. Sebaik saja dia bukak pintu kereta, aku cepat-cepat keluar.. "Abang drive balik ya..," pintaku sambil buat muka seposen.. Selamaaaaaaatttttt.....! Hahahahahha... :)

Friday 27 May 2011

Blog ‘Makcik Hajjah’ Hina Islam

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 26 Mei — Selepas beberapa isu menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendakwa perkara itu wujud semula dengan kewujudan sebuah laman blog secara terang-terangan menghina agama Islam dan penganutnya.
Blog itu yang dikenali sebagai “Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara” itu turut menggunakan slogan “Toksah terpedaya oleh tipu muslihat babi Muhammad yang tidak waras tu!” — secara terang-terangan menghina agama Islam.
The Malaysian Insider difahamkan blog itu telah wujud sejak awal minggu ini dan ia juga boleh didapati di laman Facebook dengan menggunakan profil ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ atau laman blognya http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/.
Selain menggunakan kata-kata kesat, apa yang lebih mengejutkan laman blog ini turut memaparkan gambar seekor jerung dan Lady Gaga di atas Kaabah selain gambar-gambar lain yang menghina Islam. Dalam entri terbaru bertarikh 24 Mei 2011, selain memaparkan laman blog itu turut memberi “pesanan” yang berbunyi: “Hari ini Allah tengah murka pada seluruh kaum Adam terutamanya umat kesayangannya, yakni umat Islam yang telah jauh sesat.”
“Maka, Allah menurunkan bala yang setimpal di Masjidil Haram di kota Mekah Al-Mukaramah, mengeluarkan jerung raksasa yang lapar dari perut bumi. Kota Mekah dilanda banjir dan pengunjung-pengunjung beribadat sekeliling baitullah digigit dan dinyonyot sepuas-puasnya oleh binatang peliharaan Allah yang istimewa ini! Allahuakbar!!.”
Bagaimanapun tindakan penulis blog ini dikecam hebat oleh pembacanya, antaranya berbunyi: “Aku nak bunuh kau”, “Semoga Allah cepat matikan engkau yang sah-sah murtad dan senang-senang menghina dan mempersendakan agama Islam” dan “Wahai makcik yang sesat...ingat balasan Allah itu ada, kau tunggu sahaja.”
Rata-rata kritikan dibuat itu meminta agar penulis blog bertaubat dan tidak kurang mahu dia “dibunuh”. Melihat kepada perkembangan terbaru ini, Abim menyifatkan kewujudkan laman blog itu bertujuan mahu menghina imej dan kesucian agama Islam. Justeru kata Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim, pihaknya memandang serius kewujudan laman blog yang berniat jahat itu. “Abim memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.
“Berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikan Abim, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut,” katanya. Kata beliau, tindakan seumpama itu amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Malah kata beliau satu laporan polis telah dibuat terhadap penulis blog itu.
Selain itu, tegas Mohamad Raimi, pihaknya juga menuntut agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyiasat laman blog itu dan mengambil tindakan tegas kepada individu yang terlibat. “Menilai daripada ini, Abim menuntut pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci terhadap insiden yang mendukacitakan ini.
“Abim menuntut agar tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang terlibat, Abim juga mendesak agar permohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh penulis blog ini kepada seluruh umat Islam,” katanya.
**************************************************************************
Aku mengucap panjang bila baca berita ni.. Yang nyata penulis blog tersebut sengaja mahu mencetuskan kemarahan umat Islam... 
Aku dah cuba ke blognya tapi blog tu dah takde. Yang ada cuma lah cache version.. Mungkin juga dia dah delete blog tu, tapi ada hati gak lagi tu nak bukak blog yang lain dan meminta peminat-peminatnya pandai-pandailah cari dia kalau rindu.. Chehhhhhh... Tak tau lah apa motif 'makcik' tu sebenarnya.. Adakah dia memang seorang Melayu yang bertopengkan Islam tapi otaknya dah 'weng' atau hanya seorang bukan Islam yang sengaja nak cari pasal.. Wallahu'alam.. Agaknya diorang ni dah takde keje sangat kot.. Tu yang dok merepek merapu tak tentu pasal.. Apa pun, semoga penulis blog tersebut berhenti daripada buat keje yang tak berpekdah ni.. 
Photo from Google search.


Thursday 26 May 2011

Ciiiiii.... Caaaaaaaaaaaaaaakkkk....

Korang nampak tak apa yang melekat kat batang pokok tu..? Haa.. tengok betul-betul.. Oppss.. Tak nampak gak..? Meh aku tunjuk gambar close up sikit ek..
Haaa... Dah nampak...? Aku tak tau la cicak besar ni spesies apa dan dari mana datangnya.. Tapi yang dok beshnya, dia ni selalu buat aku melompat dan menjerit ketakutan sebab terkejut.. Huhuhu...

Dalam takut-takut tu, aku buat-buat berani la jugak cuba nak menghalaunya, tapi dia pandang aku pastu buat bodo je.. Aduhaiiii... Dia ni kejap ada, kejap hilang.. Tetiba kang muncul kat tepi grill la, kat tepi pokok bunga la masa aku nak siram pokok.. Maunya aku tak terkejut.. Kussssss semangat..

Gambar ni aku snap masa tengah jemur kain pagi tadi.. Buat-buat berani la pegi dekat dia sebab nak amik gambor.. Dah dapat gambor, apa lagi lariiiiiiiiiiiiiikkk..... Hahahaha...

Latuk cicak busat.. Jangan selalu kacau wa ye.. Lu bikin hal lu, wa bikin hal wa.. Jangan bikin wa terkejut selalu, bole bikin wa mati sakit jantung tau... Lagi bagus kalau lu pindah lain tempat lorrr.... Ekekekekeeee...

Friday 20 May 2011

Sayang Seribu Kali Sayang

FLuttering Flower
http://www.commentsyard.com/comments/flowers/
Saje jer nak share ni yang dipetik daripada Facebook seorang hamba Allah.. Sungguh memilukan... 
***********************************************************************
Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check–up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari…. Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak, saya nak tidur”.

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya….. Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG….abang mintak maaf…. Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….

Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..

Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…….

Kiasatina
11 may 2011
Photo from Google search.

Wednesday 18 May 2011

Wanita Cantik...

  
Wanita cantik adalah yang:
  • melukis kekuatan melalui masalahnya,
  • tersenyum di saat tertekan,
  • tertawa di saat hati sedang menangis,
  • tabah di saat diri dihina,
  • mempesonakan kerana memaafkan,
  • mengasihi tanpa meminta balasan,
  • bertambah kuat dalam doa dan tawakkal kepadaNYA..

All photos are from Google search.


Monday 16 May 2011

Nasib Baikkkk...

Selalunya setiap hari Ahad, hb akan tolong isikan minyak kete aku. Semalam disebabkan dia terlampau bz tak sempat lak dia nak isi. Dia kata malam karang la dia isikan. Aku tengok ada dua bar lagi kat indicator minyak tu. Aku tanya ok lagi tak ni untuk pergi balik ke sekolah Qiqie hari ni? Hb kata ok, cukup..


Masa on the way balik dari sekolah Qiqie tadi, tetiba indicator minyak tu berkelip-kelip! Alamaaaaakkkk...!! Aku punya la cuak dan panik.. Takut je kete mati tengah jalan sebab minyak abis.. Nasib baik juga stesen minyak ada tak jauh dari sekolah Qiqie.. Dan nasib baik juga aku bawak duit rm30. Kalau tak, setakat nak hantar Qiqie ke sekolah, kadang-kadang duit pun aku tak bawak.. 

Alhamdulillah doa aku dimakbulkan.. Sampai juga ke Petronas tu. Tapi... Dah sampai stesen minyak kena la isi minyak pulak kan.. Errkkk...!!!! 
Photo from Google search.
Sebenarnya dah 2-3x dah aku belajar isi minyak dengan hb, tapi tak pernahnya aku gi isi sendiri.. Bila lagi nak bermanja ye tak..? Hehehe Tapi hari ni nak tak nak terpaksalah jugak isi sendiri.. Nak bermanja dengan sape lagi.. Huhuhu.. Dengan suspensnya setelah parking kete kat pam minyak tu aku pun pergi la bayar kat kaunter. Sebaik saja aku pusing ke belakang, tetiba...
Photo from Google search.
Yeaaaaayyyyyyy.....! Ada mat bangla ni dah tolong isikan minyak...!! Alhamdulillah... Looks like my prayer has been answered.. Hehehe Lain kali aku terai lagi untuk isi minyak sendiri... Hehehe

Thursday 12 May 2011

Hina Sangat Ke Kalau Jadi Surirumah???

Photo from Google search.
Situasi A
Makcik X: Anak berapa? Keje apa?
Aku        : Anak sorang je. Surirumah..
Makcik X: Ohh.. Tak keje la ni.. (Sambil mencemikkan muka)
Aku        : Huhhh????

Situasi B
Mamat Y: Eh lama betul kita tak jumpa kan. Lepas sekolah semua buat hal masing-masing. Kau keje apa sekarang?
Aku        : Surirumah..
Mamat Y: Haaa..surirumah?? Eh kau tak nak keje ke??? Laki kau dah kaya-raya sangat ke sampai kau tak payah keje???
Aku        : @#@$#&??

Situasi C
Pakcik Z: Ko ni memang tak nak keje lagi dah ke? Sia-sia je belajo tinggi-tinggi, ada ijazah.. Tapi jadik surirumah..!
Aku        : Hmmmppphh... &*(^%@^!#
   -------------------------------------------------------------------------------                            
Kesemua situasi di atas memang betul-betul kejadian dan berlaku pada aku. Hmmm.. Baik orang yang tak dikenali, kawan-kawan mahu pun saudara mara, tak taulah kenapa sesetengah daripada kita yang suka memperlekehkan status surirumah.. 

Ramai di antara kita yang menjadi surirumah di atas sebab-sebab yang tersendiri. Tak kisahlah atas sebab apa sekali pun. Pokoknya, kenapa ada yang yang memandang rendah bila tau seorang wanita itu tidak keluar bekerja di pejabat sebaliknya hanyalah seorang surirumah yang menguruskan rumahtangga dan anak-anak di rumah...
Apa, diorang ingat surirumah ni duduk melepak, makan, tidur aje ke kat rumah?? Aku pernah terbaca kat mana entah dulu, sang suami komplen isterinya (seorang surirumah) yang pemalas dan tidak menjalankan tanggungjawabnya. Rumahtangga tidak dipedulikan, anak-anak juga terbiar. Apa yang dilakukannya sepanjang hari hanyalah menonton tv.. 

Mungkin benar ini berlaku, tapi aku rasa ini hanyalah salah satu kes terpencil. Aku percaya sebilangan besar surirumah tau tanggungjawab mereka pada suami dan anak-anak. Kami ni hari-hari tunggang-langgang mengadap kerja-kerja di rumah yang tak pernah habis, kadang-kadang nak rehat pun tak sempat.. I'm not complaining about my status as a housewife, cuma aku bengang kenapa ada yang suka memandang hina.. Mentang-mentanglah kami tak ada kerjaya di dalam pejabat yang beraircond, tak ada gaji besar.. Kami dipandang sebelah mata.. Tak baik tauu camtu.. Kecik hati nyamukkk... Huhuhu 

Masa zaman nenek-nenek kita dulu, boleh dikatakan ramai yang menjadi surirumah, takde pulak yang nak mengata. Tapi bila zaman berubah dan semakin moden, hmmm... lain pulak pe'elnya.. Macam-macamlah manusia ni..

Tahun lepas seorang rakan memujuk aku menemui bosnya. Kompeninya desperate nak pakai orang. Kebetulan aku mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan. Aku memang berat hati nak pergi, memikirkan Qiqie nak ditinggalkan pada siapa jika aku kembali bekerja. Tambahan pulak jarak tempat tu memang jauh dari rumah. Tapi kawan punya pasal, aku pergi la jugak informal interview tu. Di akhir interview, pakcik bos tu kata dia akan panggil aku untuk 2nd interview pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Cuak juga aku sebab aku tak nak pun keje tu.. Tapi tunggu punya tunggu, diorang ni senyap macam tu je. Aku dapat tau alasannya dia tak nak aku sebab aku dah lama sangat jadi surirumah! Takut dah tak leh keje kat opis! Haaahhh!!?? Aku tak kisah tak dapat keje tu sebab memang aku tak nak pun. Tapi kenapa perlu menipu kononnya nak panggil untuk 2nd interview? Terus-terang aje lah kan.. Haiiissssshhhh... Yang kawan aku tu pulak, terus senyap dan seolah-olah larikan diri daripada aku.. Hmmmm... 


Semoga satu hari nanti surirumah tidak akan diperlekehkan lagi... Peace.. :)

Wednesday 11 May 2011

Berhati-Hatilah...

POLICE TRACKING DOWN SUSPECTS SPLASHING CHEMICALS ON MEMBERS OF THE PUBLIC

KUALA LUMPUR, May 9 (Bernama) -- Police have intensified efforts to track
down two men suspected of splashing chemical liquids on unsuspecting members of
the public around this city, said city CID chief Datuk Ku Chin Wah.
"The suspects on motorcycles will come from behind and splash the liquids
on the victims, usually women who are walking to or from their places of work.
"The liquids leave some irritation effect on the victims but do not cause
any burning on the skin," he said in a statement here today.
He said in most of the attacks, the suspects acted when the victims were
alone, often in parking areas, at bus terminals and the LRT stations.
Ku said from February till March 27, police received 18
reports of such cases including one, which happened outside a school in Bangsar.
"The incidents abated for a while but have happened again, We received
reports of two cases each from the Sentul and Dang Wangi districts two days
ago," he said, adding that police had yet to ascertain the motive behind the
attacks.
He urged members of the public with information on these cases to call the
police at 03-21159999.
-- BERNAMA
NMR AKT HBS1 HA

Takut kan baca news ni.. Aku dah pernah baca pasal ni bulan lepas kot. Ingatkan dah setel, dah kena tangkap orang sakit otak tu.. Ropanya masih lagi berleluasa! Isshhh.. Apsal la diorang ni sakit mental buat  perangai jahat macam ni kan.. Saje jer nak buat naya kat orang lain.. Na'uzubillahi minzaalik..
Sebelum keluar rumah tu sentiasalah kita baca ayat-ayat suci dan berdoalah banyak-banyak supaya dijauhkan segala perkara yang tak baik daripada menimpa kita. Semoga kita semua dilindungiNYA di mana jua kita berada.. Amiiinnn... 

Tenangkan Diri Ketika Panassss

Photo from Google search.
Adehhh.. Panasnyaaa laaa... Panas yang amaaaattt...!! Hmmm... Cobaaannnnn....! Huhuhu.. Bukak ekon pun dah tak terasa sejuknya.. Dalam sehari dah 5-6x mandi pon masih panas gak lagi.. Kat rumah dah tak payah pasang water heater, air paip dah sedia panasssss... Siang tadi aku jemur kain kul1, kul5 dah kering semuanya.. Huhhh.. Betapalah panasnya cuaca sekarang ni kan.. hukhukhuk..

Teringat pulak citer CSI yang aku pernah tengok dulu. Menurutnya cuaca panas yang melampau boleh menyebabkan manusia bertindak lebih agresif dan juga boleh menyebabkan kadar jenayah meningkat.. Hmmm.. Wallahu'alam.. Tak tau ler tu.. Mintak jauh la segala  perkara yang tak baik tu kan..

Dalam pada cuaca yang tengah sangat hottt sekarang ni, apa kata kita cuba 'destress' kan diri ketika mandi.. hehehe  

Sebenarnya aku masuk bodyshop nak beli benda lain, tapi terbeli lak shower gel ni.. hehehe Divine Calm Heavenly Shower Gel, dengan french lavender dan camomile yang boleh menenangkan perasaan dan jiwa.. hehehe Cuma regenya mahal sikit ler.. RM49 untuk botol besar ni (200ml)..  
Tengah-tengah cuaca panas ni, best juga mandi dengan haruman aromatherapy yang menyegarkan dan menenangkan ni.. :)
   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...