Thursday, 5 May 2011

Kisah Red Velvet Cake & Macarons...

Red Velvet Cake 
Setelah sekian lama teringin nak makan kek red velvet, akhirnya berjaya gak kek ni masuk ke dalam mulut.. hehehe Beli kat kedai la, apa lagi.. Tak kuaso den nak membueknya kalau setakat nak makan sorang.. 

Terima kasih yang tak terhingga kepada my darling hb yang prihatin di atas 'kemengidaman' wifeymu ini (walaupun tak pregnant.. hehehe).. Kerana chente, sanggup cik abang bawak aku gi kat Empire semata-mata nak carik kek ni.. Hehehe I lop you la darling! Muaaahhhh!!

Dah sampai kat kedai tu, kebetulan dia ada jual macarons gak. Ada banyak kaler, tapi aku malas nak tanya kaler apa -  perasa apa sebab orang ramai sangat. Last-last aku suh Qiqie pilih je dia nak kaler apa. Beli la 2 ketul.. Pilihan Qiqie satu kaler merah menyala, satu lagi turquoise. Bukan kedekut tau beli 2 ketul je, tapi nak rasa je dulu.. Kalau sodap bole beli lagi.. Kek red velvet sekeping RM11.90 dan macaron RM2 each. 
Dua-dua macarons ni tak tau perasa apa sebab tak tanya hehe
Kedai ni kecik je tapi penuh. Memang takde tempat nak duduk so kitorang tapau je. Dah beli sekeping kek red velvet dan 2 ketul macarons tu terus balik! Hahaha.. Lawak betul..

Hmmm... Apa rasanya kek red velvet tu..? Pada pendapat aku, the taste is a bit unique.. Sodap juga.. Cuma pada tekak aku ni, sekali-sekala nak makan boleh lah, itu pun not too much.. Sebabnya tekak aku ni tak boleh nak telan sangat rasa colouringnya.. Aku terai makan kek tu saja tanpa frosting dan dengan frostingnya. Makan dengan frosting is better sebab frosting tu kan manis dan takdelah terasa sangat colouring merah tu.. Kalau tak, bila dah lepas makan macam terasa je colouring tu kat tekak.. Huhuhu Eh, korang yang tak pernah rasa kek red velvet ni, janganlah cuak lak nak merasanya ya.. Ini pendapat peribadi aku je.. Ramai lagi yang suka dengan kek ni.. 

Macarons pun ok.. Manis, tapi takdelah manis sangat, boleh diterima... 
Sori la kek.. kitorang bertiga dah tak larat nak telan.. dipaksa-paksa pun tak jalan gak.. huhuhu
Tapi yang kelakarnya lepas makan kek red velvet dan macaron merah ni, bibir, gigi dan lidah sume jadi merah menyala.. Muahahahahaaaa...
Demo daripada Qiqie... Hehehe Ni dah lepas minum air.. Kalau tak, lagilah merahnya makngah.. hehehe.. 

2 comments:

  1. tapi rasa nya nak buat kek red velvet ni bukan nya susah sangat...tapi malas yang terlebih..hahaha..
    saya pernah rasa tahun lepas masa kawan saya bawak masa birthday salah sorang geng makcik blogger ni..masa tu kek ni baru di perkenal kan..sedap gak..segan nak makan banyak2..hahaha

    ReplyDelete
  2. A'ah kak ezza, kalau dah terlebey 'vitamin M' tu yg tak dapek den nak nolong kan.. hehe Macehh singgah blog saya yg x seberapa ni.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...