Thursday 29 September 2011

Ada Apa Pada Nama..?

Nama menjadikan setiap daripada kita unik.. Walaupun kadang-kadang ramai di antara kita yang mempunyai nama yang serupa tetapi hakikatnya kita tidak sama. No ic atau pasport tetap berbeza, begitu juga dengan tarikh lahir.. Dengan nama jugalah kita dipanggil.. Kalau takde nama, susah juga dibuatnya.. Takkan nak dipanggil 'hoi', 'hey', 'si anu tu', 'si polan ni' pulak kan..

Ada yang menyukai nama pemberian ibu bapa mereka, namun ramai juga yang tidak menyukainya. Aku termasuk dalam kategori yang kedua tu.. Hehehe.. Si Kicap dalam citer Supermak tu pun tak suka dengan nama dia Nor Asmara kan.. Hehehe... Bukannya aku tak bersyukur diberikan nama tapi entahlah.. Pada aku nama pertama aku memang dok beshh... Dahlah orang selalu tergeliat lidah bila nak menyebutnya.. Lagilah aku menyampah.. Huhuhu... 
*All photos are courtesy from Google image search.
Kata emak, nama pertama aku diambil sempena nama penyanyi terkenal zaman dahulu dari Tanah Seberang.. What?????!!!!! Arggghhhhhh...!!!! Pastu dia pandai-pandailah mix and match dengan nama kedua aku.. Katanya penyanyi tu cantik sangat.. Hmmm.. Nasib akulah labuuuuuu....

Anyway, dalam pada aku tak suka nama pertama aku tu, ada gak yang suka dan kata nama tu sedap...! Hahahaha.. Lawak sungguh.. Teringat lagi, masa tu zaman student kat uni. Aku terserempak dengan kawan sekolah yang sudah bekerja bersama ofismatenya. Mamat ni terus memperkenalkan aku pada temannya. Dah la intro aku dengan nama penuh lak tu.. Geram betul aku...

Tetiba kawan dia ni cakap kat aku, "Wow.. You have a very beautiful name..." Blur dan melopong aku sekejap.. Tak abis-abis dia dok puji nama aku.. Hahahaha.. Dia ni saje jer nak perli aku ke apa.. Yang lagi best, ada jugak yang syok kat aku sebab dia suka nama aku... Tetiba boleh terjatuh chente lak sebab berkenan tengok nama penuh aku kat email ofis... Muahaahahahaha.. Apa daa.... Ini macam orang pon ada ke... Ooppsss.. Ini citer off record daaa... Shhhhhh.... Hehehehe...

Apa pun, dah ditakdirkan aku hidup dengan nama ini.. Terima dan redha aje lah kan.. Hehehe Kalau nama best tapi perangai huduh pun takde makna gak.. Yang paling penting dan diambil kira di sisiNYA hanyalah keimanan dan taqwa kita kepadaNYA.. 

Wednesday 28 September 2011

Rindu Sehh..

Entah kenapa tiba-tiba kerinduan yang amat sangat pada sahabat-sahabat lama menggamit rasa.. Rindu sangat ingin bertemu semula setelah sekian lama terpisah.. Rindu dengan gelak tawa dan kerenah masing-masing... Indahnya saat-saat itu..
Sahabat-sahabat baik ketika di sekolah dan di universiti dulu entah ke mana menghilangnya.. Sejak habis sekolah, kemudian ke menara gading, masing-masing membawa haluan sendiri.. Ada yang bertemu semula di Facebook tapi mungkin disebabkan kekangan masa dan tanggungjawab, masing-masing hanya mampu berhai-hai dan bye-bye...
Hmmm... Kata orang kalau dah berkeluarga, anak-anak dan suami sajalah yang jadi sahabat dan peneman suka dan duka.. Apatah lagi sebagai seorang stay at home mom seperti aku.. Kalau bekerja di pejabat, ada juga ofismate utuk borak-borak kosong... Jiran-jiran pula sekadar bertegur sapa bila kebetulan berjumpa.. Kebanyakannya bekerja, balik daripada bekerja tutup pintu, lepas tu masing-masing dengan dunia sendiri.. 
Hmmm... Rindu sehh.. pada sahabat-sahabatku.. Di manakah korang sekarang...?
*All photos are courtesy from Google image search.

Sunday 25 September 2011

Pandainya Kambeng Ni..

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1


Tree-climbing goats
In Morocco, the native Tamri goats are so enticed by the berries of Argan trees that they have become adept at climbing the branches to reach their food. Even stranger still, the goats' droppings contain seed kernels which local farmers then grind into an oil that is used in cooking and cosmetics.

Pandainya kambing-kambing ni panjat pokok kan.. hehehe.. 

1
Caaaakkkk... Mmmbekkkkkk...!!

Saturday 24 September 2011

Spaghetti Entah Apa Ke Namanya

Lepas menonton salah satu rancangan masakan Jamie Oliver, aku jadi begitu teruja nak cuba spaghettinya.. Cara membuatnya cukup mudah tapi entah apa namanya pun aku tak tau.. Salah satu bahan yang digunakan ialah capers..

Punyalah bersemangat aku nak mencubanya sehinggakan tidur pun boleh mengigau menyebut "capers..capers.." Hahahaha... Boleh gitu...?

Nasib baiklah capers ni tak susah nak cari.. Aku jumpa kat Giant, dalam enam hengget lebih sebotol.. Kalau korang yang tertanya-tanya bagaimana rupa capers, inilah dia.. Aku tengok macam rupa buah pelaga pun ada..
  
*Photos courtesy from Google image search.
Bahan-bahan lain yang diperlukan untuk resepi ini ialah black olives, anchovies, tomato dalam tin dan juga daun basil. Kat Malaysia ni mana pulak nak cari anchovies macam diorang tu kan.. Nak letak ikan bilis kita, macam tak kena pulak.. So aku gantikan dengan udang je.. Black olives yang digunakan dalam resepi asal memang nampak so lovely, soft dan juicy.. Susah nak cari yang exactly macam tu, even kat Cold Storage pun takde.. Last-last aku hentam aje lah dengan apa yang ada. Jumpa black olives kat Tesco, Hmmm.. Hentam sajelah labuuu...

Nah inilah hasilnya....

*Heheheee...Sila abaikan rupa spaghetti yang bersememeh kat dalam pinggan tu ya.. Tak dan dah nak hias-hias bagai sebab dah tak sabar nak makan.. Kuang kuang kuang...

Sebenarnya aku dah cuba buat spaghetti ni dua kali.. Gambar yang pertama tu aku letak buah tomato je sebab tomato dalam tin sebab takde.. Gambar yang kedua tu pulak percubaan kali kedua dengan tomato dalam tin... Haaa.. ropanya memanglah lain kan sebab bahan pun agak berbeza.. 

Hmmm... Sedap juga spaghetti ni.. (Sendiri masak, mestilah sendiri yang puji ye tak.. Hahahahaha..) Lain rasanya daripada spaghetti bolognaise yang biasa kita makan tu.. Pada pendapat aku, aku lebih suka rasa spaghetti ni yang guna fresh tomatoes.. Terasa capersnya.. Lepas tu kalau nak lebih ummphhh, boleh letak chilli flakes.. Perghhh... Bila makan tu, tunduk dan khusyuk je.. Hihihihi..

Wednesday 21 September 2011

Nicolas Cage Is A Vampire???

Hadoiiii... Ni ada satu berita lawak pagi-pagi ni.. Orang macam ni pun ada ka??? Hahahahahaa.. Pasni artis mana lak yang kena cop sebenarnya diorang tu werewolf ke.. pocong ke.. toyol ke.. Muahahahahahaaa... :p! 


Proof Nic Cage is a vampire


Proof Nic Cage is a vampire

19 Sep - An unknown antiques seller has posted an aged Civil War dated photo on online retail site, eBay, claiming that he has proof that A-list actor Nicolas Cage is a vampire, according to a report on Cinema Blend's website.
The photo, which dates from 1870 and carries a US $1 million asking price, bears an uncanny resemblance to the 47-year old "Leaving Las Vegas" star.
"Personally, I believe it's him and that he is some sort of walking undead/vampire, et cetera, who quickens/reinvents himself once every 75 years or so. 150 years from now, he might be a politician, the leader of a cult, or a talk show host," states the description of the photo.
"This is not a trick photo, it's an original photograph of a man who lived in Bristol, Tennessee sometime around the Civil War. Photographer is Professor G.B. Smith. A contact of mine forwarded this interesting article about the photographer, Smith. Turns out he was a confederate Civil War prisoner of war photographer. Guaranteed to be an original 1860s-70s photograph and not a modern reproduction, copy or photo manipulation."
The photo was apparently found in the back of an album that contained many death portraits from the Civil War era, but only the Nicolas Cage look-alike was not identified by name, stated the seller.
No stranger to vampires, Cage starred in the 80s cult movie "Vampire's Kiss", where he played a man who believed that we was turning into a vampire.


Monday 19 September 2011

Johnny English dan Hadiah Besday...

Sabtu lepas kitorang gi Seremban 2 and overnight kat sana.. Malam tu nak hilangkan boring, gi lah tengok Johnny English Reborn kat TGV Seremban 2..

Duduk aje kat seat dalam movie hall 4 tu, kepala aku dah kena attack dengan migraine! Mana taknya, busuk betul bau movie hall tu!! Hadoiiii... Kepada management TGV Seremban 2.. You all tak pernah bersihkan ke movie hall tu??? Selama aku tengok movie kat KL/Selangor tak pernah pulak tercium bau busuk macam ni... 

Kepala aku dah sakit berdenyut-denyut disebabkan bau busuk tu.. Terpaksalah kutenyeh minyak angin kat kepala dengan hidung ni.. Nak tambah lagi sakit kepala dan sakit hati ni, couple yang duduk kat sebelah aku tu pulak buat hal.. Yang lelakinya ketawa buruk dan kuat benor.. Tak pernah aku dengar orang ketawa buruk macam tu.. Terkejut aku.. Macam baboon tercekik pisang! Yang pompuannya pulak macam pompuan giler je perangainya.. 
 
Hadoiii.. Kenapalah malang betul nasib.. Kalaulah aku tau, tak hingin aku tengok movie kat sini.. Tengok kat Klang, 1Utama atau Midvalley lagi bagus...
  
Citer Johnny English tu ok la jugak.. Kelakar ala-ala Mr. Bean.. Sape yang tak suka Mr. Bean, aku sarankan jangan tengok.. Tapi yang dok beshnya aku tak enjoy langsung tengok movie ni disebabkan baboon dua ekor kat sebelah tu dan dah migraine.. huhuhu..
Diharap kepada pihak pengurusan TGV Seremban 2, diharap dapat menjaga kebersihan premis anda dan juga keselesaan penonton.. Kami tengok movie ni bayar tau.. bukannya pree... 

Nasib aku lak, sehingga hari Ahad pun masih lagi sakit kepala yang kronik hingga ke malam.. Terbongkang je kat katil.. Dah lah Ahad 18 Sept tu birthday aku... huhuhu.. Hmmm... Beginilah nasib diriku yang malang ohh Tuhan... Sila sambung nyanyi macam Ajis Sattar tu ya..
*All photos are courrtesy from Google image search.

Tuesday 13 September 2011

Waaa... Manyak Pinat...


So so very tired... With so many things on my mind... And so so many things to do, with so little time...

v
v
v
v
v
v
v

A peaceful sleep with a peaceful mind, would be... 

Heaven...


*All photos are courtesy from Google image search.

Monday 12 September 2011

Busy Bee..

*Photo is courtesy from Google image search.
Tengah bz sangat-sangat.. Kepada yang dah follow blog ni terima kasih banyak-banyak diucapkan.. Insya Allah bila ada masa, I will follow balik blog you all ya.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...