Entah kenapa tiba-tiba kerinduan yang amat sangat pada sahabat-sahabat lama menggamit rasa.. Rindu sangat ingin bertemu semula setelah sekian lama terpisah.. Rindu dengan gelak tawa dan kerenah masing-masing... Indahnya saat-saat itu..
Sahabat-sahabat baik ketika di sekolah dan di universiti dulu entah ke mana menghilangnya.. Sejak habis sekolah, kemudian ke menara gading, masing-masing membawa haluan sendiri.. Ada yang bertemu semula di Facebook tapi mungkin disebabkan kekangan masa dan tanggungjawab, masing-masing hanya mampu berhai-hai dan bye-bye...
Hmmm... Kata orang kalau dah berkeluarga, anak-anak dan suami sajalah yang jadi sahabat dan peneman suka dan duka.. Apatah lagi sebagai seorang stay at home mom seperti aku.. Kalau bekerja di pejabat, ada juga ofismate utuk borak-borak kosong... Jiran-jiran pula sekadar bertegur sapa bila kebetulan berjumpa.. Kebanyakannya bekerja, balik daripada bekerja tutup pintu, lepas tu masing-masing dengan dunia sendiri..
Hmmm... Rindu sehh.. pada sahabat-sahabatku.. Di manakah korang sekarang...?
*All photos are courtesy from Google image search.
'idun, akak pun kadang terasa rindu sesangat kat few kengkawan lama... kadang rindu sangat sampai ngilu kat hati.. tu yang bila tepon dia orang boleh nangis2.. hihi..
ReplyDeleteBetul kata akak tu.. saya pon rasa cenggitu.. cedey.. sob sob sob..
ReplyDelete