Thursday 31 March 2011

I'm Backkkk....!

http://scott-owles.abbozzogallery.com/introducing-scott-owles.htm
I'm backkkk....! Hehehe Lama tak menjenguk blog.. Alamak.. Dah bersawang ke blog haku nih?? Uihh... Tengok ni banyaknya habuk dan sarang labah-labah.. Takpe takpe aku amik vacuum cleaner dulu ek.. Nak mengemas dan mengemop dulu yea.. Hehehe.. 

http://www.clker.com/clipart-spider-web.html
Bukan aku tak ada idea untuk menulis entry, cuma agak banyak urusan yang perlu diselesaikan dan memakan masa yang agak lama hingga tak sempat nak berblogging.. Huhu.. Takpe, pasni aku start balik lah yea.. Kena panaskan enjin dulu.. Eh tekan minyak dulu ke, clutch dulu ke, brake dulu?? Aku dah lupa caner nak start kete manual...!! Tu laa.. Hafal nak bawak kete manual setakat untuk pass pekse JPJ je.. Pastu dah kulupakan terusss cara-cara nak drive kete manual... Bole giteww..?? Ahaksss.... :p!

Photo from Google search.





Thursday 17 March 2011

Sedetik Lebih - Anuar Zain

Fesbuk... Bahagia atau Bala??


Korang ada fesbuk? Mesti ramai yang angguk-angguk.. Tak pun jawab dalam hati, "ada.. ada.." Hehehe Best ke ada fesbuk ni..? Pada aku, fesbuk ni ok.. Sekurang-kurangnya kalau dah lama tak berjumpa dengan kengkawan lama, dapat gak tengok gambar terbaru diorang kan.. Makin mengecik ke..makin mengembang ke.. Hehehe Dok gitu..?

Pada pendapat akulah, nak post pape kat fesbuk ni biarlah berpada-pada. Tak perlulah semua benda nak letak kat fesbuk.. Alamat rumah dan no tipon tak payah la letak sebab bukannya boleh caya sangat sistem sekuriti fesbuk tu.. Senang-senang je hackers boleh masuk dan curik semua info.. Gambar pun sama gak, letak yang biasa-biasa je udah ler.. Supaya tak mengundang perkara yang tak diingini berlaku..

http://thisisgodgiven.com/2008/11/17/hank-steinbrenners-facebook-page/
Kawan aku yang sorang ni takde fesbuk tapi wife dia ada. Dan wife dia tu termasuklah dalam salah sorang kawan fesbuk aku. Tapi aku pelik betul dengan minah ni.. Banyak mende yang dia post kat fesbuk tu yang mengaibkan suaminya.. Dia ni bingai ke, bengong ke hape..?  

Ada sekali tu dia postkan gambar hb dia tengah baring atas katil, pastu kat caption tu dia tulis.. "Utk sewa 3 hari 2 malam hahaha.." Pastu dia dia penah tulis lagi yang hb dia tak balik rumah dah seminggu.. Banyak juga dia postkan gambar-gambar hb dia dalam keadaan muka poyo pastu dok pakat komen dan gelak ramai-ramai dengan kengkawan dia.. Ishhh... Apa ni..?? Aku yang dok baca komen-komen diorang pun naik malu.. Mental ke apa minah ni..?? 

Yang pastinya kesian kat kawan aku tu.. Maruahnya sebagai suami dijaja sewenang-wenangnya oleh isteri sendiri kat fesbuk! Kalau lah marah sekalipun kat laki, bukan begitu caranya kan.. Bukankah tindakannya itu hanya akan memalukan diri sendiri..? 

http://searchwarp.com/swa360600.htm





Saturday 12 March 2011

Trail Of The Panda

http://www.movie-asia.com/wallpaper/v/china/trail_of_the_panda
Friday night's activity:

Melepak depan tv tengok movie Trail Of The Panda kat TV3 sambil makan-makan dan menom-menom... Perasan macam gi tengok kat cinema le nih.. Hehehehe

Best citer nih... On top of that, quality times spent together with the whole family.. Superb!



http://www.heavenlight.co.cc/

http://justintimerhyme.blogspot.com/2010_09_01_archive.html



Friday 11 March 2011

Chicken Malone? Apa tuu..?

Minggu ni memang minggu yang bz skit untuk aku. Yelah Qiqie Ila ada test kan.. Qiqie sekolah petang, so hanya ada waktu malam dan pagi je untuk dia buat revision.. Sebagai ibu aku pun bantu mana yang termampu.. Malam tadi Qiqie dok membaca bukunya in English.. She was reading it out loud. Sambil mengadap notebook, aku dengar je apa yang dia baca. Yang mana dia tersyasyul sebut, aku betulkan.. 

Tetiba Qiqie menyebut 'Chicken malone'.. Eh mende pulok chicken malone tu??? Sepanjang hidup aku tak pernah dengar pun perkataan tu. Nama resepi baru ke? Aku mintak tengok buku yang dia baca. Mana chicken malone nya Qiqie oiii....?

Korang nak tau amende chicken malone tu? Ni haa....

V
V
V
V
V
V
V
V
V

http://jefumare.blogspot.com/2011/01/chameleon.html
CHAMELEON lah!!! Kuang kuang kuang.. Sakit perut tergolek-golek aku ketawa.. Hahahahaha

Pastu aku ada juga buat soklan-soklan pre-test untuk dia.. Perasan la jadi cikgu kejap.. Hehehe Untuk subjek Sains aku ada suruh dia lukiskan satu contoh benda hidup dan benda bukan hidup. Untuk benda bukan hidup, Qiqie lukis rumah.. Bagus.. 

Tapi tang benda hidup tu ada ke dia lukis Spongebob Squarepants!!!! Ahahahahhaha!!! Aku cakap kat dia Spongebob bukan benda hiduplah sayang.. Qiqie jawab, "Spongebob benda hidup la ibu.. kat dalam kartun tu dia hidup!" Adehhhhh..... Sape yang aku nak salahkan ni... Hehehe

http://mediamacaroni.com/?p=2945






Thursday 10 March 2011

Errrrkkk... Ada Hantu???

Malam semalam masa kitorang dah nak tido, tetiba anak aku bukak satu citer lak.. Dia kata dah beberapa kali dia nampak ada HANTU kat bilik bawah!!! Errkkkk....!! 

Dah la kitorang berdua je kat rumah. Aku tanya dia, apa yang dia nampak? Katanya ada lembaga rambut panjang berpakaian serba putih.. Huhh.. typical rupa antu kat tv..

Aku cakap kat dia, takde pape lah Qiqie... Perasaan je tu.. Mana ada antu kat rumah kita.. Sambil cakap tu aku tarik selimut.. Kitorang tido berpelukan dan berselimut sampai menutup muka.. 

Huhuhu.. Qiqie Ila... Ibu pun sebenarnya penakut gak.. Huhuhu Kantoiii....!!

Wednesday 9 March 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

N3 terlambat yang terlampau.. Kuang Kuang Kuanggg.. Kira halal lah En. Ben ya.. Saje jer nak memeriahkan majlis.. Ahakksss :)

1. Letak banner - Dah siap letak...
2. Tajuk JELAJAH BLOG KATEGORI IBU dan linkkan ke entri ini... - Wokeyyy


3. Siapa yang layak masuk ? Blogger blogger yang sudah bergelar ibu. 
Ya, saya seorang ibu tapi bukan ibu roti atau ibu jari tau.. Muahahaha..


4. Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda.
Saya seorang ibu kepada seorang anak perempuan yang baru saja memasuki darjah 1 tahun ini. Anak-anak yang lain belum ada rezeki lagi kecuali yang ada ni haa.. anak mata dan anak tekak..hehehe Oh ya lupa, di samping itu saya juga ada anak-anak ikan (oppss.. jangan fikir mende lain ye..hehe) dan anak-anak pokok yang saya sayang dan jaga setiap hari.. Saya ni baru je berjinak-jinak dengan dunia blog ni.. Tak sampai pun sebulan saya bukak tanah di alam maya ni.. Sebab tu la blog ni nampak macam poyo je kan.. hehehe Saje jer nak nyibuk2 dengan segmen En.Ben kita yang glamer ni.. heheh


5. Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu.
Rasanya semua ibu berkongsi pengalaman manis yang lebih kurang sama kot iaitu ketika menyambut kelahiran cahaya mata mereka.. Saya pun tidak terkecuali.. Masa saya bujang trang tang tang dulu saya pernah bertanya pada emak yang mempunyai sembilan anak. 
"Sembilan kali mak bersalin, macam manalah mak boleh tahan kesakitan tu. Tak sakit ke mak?" Jawapan emak ringkas, "Nampak aje anak tu, lupa segala sakitnya.." Masa dengar jawapan mak, saya blurrr je.. Amende mak cakap nih.. Tapi bila dah melaluinya sendiri, saya mula memahami.. Melahirkan zuriat memang pengalaman yang menyakitkan tapi korang akan lupa segala kesakitan itu apabila memandang bayi yang baru dilahirkan.. Alhamdulillah.. cahaya mataku... Dan Insya Allah kalau ada rezeki, memang saya nak tambah lagi rakyat jelata ni.. hehehe

6. Kenangan pahit anda?
Hmm.. Kenangan pahit jadi ibu?? Sebenarnya tak ada yang pahit, cuma kadang-kadang saya rasa agak penat aje lah ketika membesarkan dan mendidik anak.. Tapi segala kepenatan tu tak lama pun.. Bila dah tengok anak hepi, sihat dan selamat, segala pengorbanan dan kepenatan tu tak terasa pun.. 


7. Kata-kata khas buat si suami.
Untuk suami, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga di atas kasih sayangnya dan juga di atas segala-galanya.. Alhamdulillah, segala puji-pujian kepadaNYA di atas jodoh ini.. Semoga kasih sayang di antara kami berkekalan hingga ke hujung nyawa.. I want to grow old together with you.. Nak sama-sama bermain dengan cucu-cucu.. Sempat ke kita bang..? hehehe

8. Jika ada anak, apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana.
Sentiasa ingat Allah ya anak-anak semua.. 


9. Apakah harapan anda kepada anak anda.
Tiada apa yang ibu inginkan melainkan anak ibu sentiasa sihat, ceria, selamat dan bahagia di dunia dan akhirat... 


10. Nasihat buat si gadis di luar sana.
Kepada anak-anak gadis semua.. oppss.. dan jejaka juga tau.. Kehidupan sebenar bukan bermula apabila anda dah dapat kerja atau bila tinggal berasingan daripada keluarga. Sebaliknya ia bermula apabila anda mendirikan rumahtangga dan ada anak-anak.. Persiapkanlah diri, mental dan fizikal dengan ilmu untuk melayari bahtera rumahtangga bersama-sama.. Marriage is a two way relationship, bukan one way street ya.. Perlu ada give and take, komunikasi, kesabaran dan juga pengorbanan.. 

Dah siap dah.. Nasib baik tak mengarang novel.. hikhikhik.. :)

Tuesday 8 March 2011

Test! Test! Test!

  http://www.clipartof.com/interior_wall_decor/details

Hari ni anak aku yang baru masuk darjah 1 tu ada ujian. Hari ni subjek Bahasa Malaysia. Ujiannya 4 hari, sampailah hari Jumaat nanti. Pastu cuti sekolah seminggu.. Yiipeeee...!!! 
Waaahhhh.. Qiqie Ila's first test!! Cemaner agaknya dia ek..? Boleh ke dia jawab soklan-soklan test tu? Paham ke dia dengan soklan-soklannya..?? Weeiiiiii... Suspens.. suspens.. Bermacam-macam pesanan pihak penaja aku bagi kat dia. Entah dia ingat entah tidak..


Tapi budak kecik ni.. relaks je dia, boleh main game dan tengok kartun lagi.. Ibu dia ni pulak yang menggelabah terlebih! Kuang kuang kuang... Hmm.. Maybe I'm the one who should chill out a bit.. After all, baru first test dia.. Tak payahlah bagi dia overstress kan.. Cian dia.. Bukannya dia nak amik SPM ye tak.. Hohohoh...

http://www.shutterstock.com/pic-39049951
Harap-harap dia dapat buat yang terbaik.. Ibu sentiasa mendoakan the best untuk Qiqie Ila, cayang bucuk ibu...! Muaaaaahhhhhhhhhhhhh...!! 



Wednesday 2 March 2011

Adehhh.... (>_<)


Korang penah tak mimpi pastu bila bangun korang tak hingat langsung mimpi tu pasal apa...?? Malam tadi pun aku ada mimpi.. Hmm.. Yang aku ingat mimpi tu panjang berjela-jela.. Macam tengok movie! Tapi aku tak ingat pun mimpi tu pasal apa.. Macam blurrrr je..

Tapi yang dok besh nya bila bangun daripada mimpi tu, aku rasa penat sangat.. Badan macam lemah tak bermaya, mood memang sah-sah dok besh laa.. Raso macam nak domam pon ado.. Huhuhu 

Kalau ikutkan hati, aku memang rasa nak tido je balik.. Aku penat, aku takde mood.. Malesssss nak buat keje pape pun hari ni.. Tapi tu laa ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan... Kena la bangun gak.. Huhuhu 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...