Wednesday 30 November 2011

Ooppsss...!!

Qiqie: Ibu.. Jomlah main dengan Qiqie...
Ibu    : Later ya Qiqie... Ibu ada kerja sekarang..
Qiqie: Alaaa... Kejap je..
Ibu    : Later okay... Nanti ada masa, Ibu main dengan Qiqie ya..?
Qiqie: Alaaa.. Ibu ni selalu buat kerja rumah je.. Selalu tak ada masa... Tak spend masa dengan Qiqie pun... Hari-hari buat kerja rumah... Jaga Nyang lagi.. Buat kerja sampai takde masa nak senyum pun.. 
<Qiqie tarik muka masam...>
Ibu   : Errrrkkkk....!!! 
<Muka Ibu blur tak tau nak jawab apa.. Memang betullah semua yang Qiqie cakap tu.. huhuhu...>

Thursday 24 November 2011

Wajah Baru

Hari ni blog dah berwajah baru... Hehehe... Si comel ni asyik mengomen, 'Ibu rasa blog Ibu ni cantik tak?' 'Tak,' jawabku selamba. 'Ibu tak ada masa lah nak hias-hias blog, nak duduk mengadap komputer ni lama-lama.. Ibu ada banyak kerja lain..'
'Haaa... Qiqie pun rasa blog Ibu ni tak cantik.. Apa kata Ibu tukar je yang lain bagi dia cantik? Sekarang dah cuti sekolah, kita boleh buat sama-sama...' Ohh pandaiii.. Selama ni dok mengutuk dalam hati la tu... Hahahaha... 

Hasil usaha sama dengan Qiqie Ila, inilah dia wajah baru blog... Gambar-gambar header adalah daripada koleksi gambar kitorang bercuti ke Cherating cuti sekolah bulan 6 yang lepas.. Jangan tak tau.. Semua gambar tu ada maksud tersendiri bagi keluarga kami yang boleh dikongsikan bersama melalui blog ni.. Gambar pantai tu menunjukkan kitorang ni memang suka sangat gi pantai.. Pastu suka jalan-jalan cari makanan yang sedap.. Hehehe.. Qiqie dan cermin mata hitamnya pulak menggambarkan apa yang dilihat, difahami dan diterjemahkan oleh budak bertuah ni kepada kami dalam bentuk percakapan, perbuatan dan juga pencapaiannya... Ekekeke.. Kemain lagi nak explain apa yang tersurat dan tersirat pulak eh.. Hehehe... Ok la kot ek... Buat sementara waktu inilah 'make over' blog ni, sebelum bertukar rupa lagi entah bila... Dah pening dah kepala ni... Hentam aje la labuuuuu....

Wednesday 23 November 2011

Pewarna Rambut Boleh Membunuh??



   
Alamaaakkk..! Betul ke ni..??? Cuak lak rasa bila baca berita ni... Nak tau apa komen Dr. Zubaidi berkaitan isu ini, sila klik di sini.
*All photos are courtesy from Google image search.

Monday 21 November 2011

Segala Puji-Pujian BagiNYA...

Tatkala hati sedang sarat dengan emosi bercampur-baur dan kesihatan pula asyik merudum.. Qiqie pulang dengan membawa kejayaan yang begitu manis buat ibu dan ayah... Keputusan peperiksaan akhir Qiqie amat memberangsangkan... Ditambah pula dengan sijil penghargaan di atas kejayaannya memperolehi pencapaian tertinggi band 6 untuk semua mata pelajaran teras bagi Tahun 1 2011...
Alhamdulillah... Segala puji-pujian buatMU... Tahniah dan terima kasih puteriku di atas berita gembira ini...

Stages Of Healing

Saje jer nak share.. Terjumpa pasal stages of healing ni masa baca artikel kat internet.. Iaitu berkaitan dengan putus cinta, kena tinggal kekasih... Tapi mungkin juga boleh diimplement pada situasi-situasi lain yang difikirkan sesuai kot.. Hehehe...

Kalau dah ada perasaan sayang pada seseorang kemudiannya hubungan itu tetiba putus di tengah jalan di atas sebab-sebab tertentu, mustahil kita tak rasa sedih kan... 

Mengikut artikel tu (artikel mana entah lupa nak amik linknya), stages of healing for break ups (tahap penyembuhan bagi perpisahan) adalah seperti berikut:
  • Sadness 
  • Anger
  • Questioning
  • Getting over it.. (Finally!)
Setiap pengalaman yang menyedihkan itu sebenarnya memberikan kita dua pilihan. Sama ada kita membiarkan ianya memusnahkan diri kita atau menjadikan diri kita lebih kuat..

Sesungguhnya setiap pilihan adalah di tangan kita... 
*All photos are courtesy from Google image search.

Sunday 13 November 2011

Sedih... Kecik Ati...

Dahlah tak sihat, tiba-tiba pulak ada sesuatu yang membuatku sedih dan kecik ati... Dah nasib badan agaknya... Huhuhu...

Kalau nak bagitau dan berterus-terang, nanti ada yang marah-marah pulak.. A fight is the last thing that I need in the situation I'm in right now.. Nak tak nak, simpan jelah dalam hati... Ya Tuhan... Aku redha dengan ujian-ujianMu ini.. Kumohon kekuatan fizikal dan mental daripadaMu untuk terus utuh menghadapi segala yang datang.. Kuatkanlah hati ini.. Kumohon kebijaksanaan daripadaMu untuk menangani apa jua yang datang dengan hikmah dan tenang.. Ameeennn.. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang.. Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.. Ampunilah dosa-dosaku Ya Allah....
*All photos are courtesy from Google image search.

Thursday 10 November 2011

Dia Pun Nak Cari Makan Juga...

Ketika sedang asyik 'menyemprot' jutaan semut yang sedang berbaris di atas lantai, tiba-tiba Qiqie menegur..

Qiqie: Ibu.. Janganlah bunuh semut tu...
Ibu: Ehhh.. Apsal pulak..???
Qiqie: Kesian dia, Ibu.. Dia pun nak cari makan juga..
Ibu: Hmmphh... Kalau nak kesian pada dia, siapa pulak nak kesian pada kita..?? Habis masuk dalam semua makanan dan minuman kita.. Kita nak makan pun dah tak boleh.. Lepas tu digigitnya pulak kita...
Qiqie: Tapi Ibu... Dia tak jahat... Dia cuma nak cari makan je..

Adoyaiiii... Susah betul la nak berdebat dengan pejuang hak asasi semut ni....

  \

*All photos are courtesy from Google image search.

Tuesday 8 November 2011

S. A. B. A. R.

S.A.B.A.R... Melakukannya tidak semudah mengeja dan menyebutnya...

"Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaan-Nya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya, nescaya ia akan menerima kemurkaanNya." 
(Hadith Riwayat At-Tarmidzi)
*All photos are courtesy from Google image search.

Bz dan Penat... huhuhu


*All photos are courtesy from Google image search.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...