Thursday, 24 November 2011

Wajah Baru

Hari ni blog dah berwajah baru... Hehehe... Si comel ni asyik mengomen, 'Ibu rasa blog Ibu ni cantik tak?' 'Tak,' jawabku selamba. 'Ibu tak ada masa lah nak hias-hias blog, nak duduk mengadap komputer ni lama-lama.. Ibu ada banyak kerja lain..'
'Haaa... Qiqie pun rasa blog Ibu ni tak cantik.. Apa kata Ibu tukar je yang lain bagi dia cantik? Sekarang dah cuti sekolah, kita boleh buat sama-sama...' Ohh pandaiii.. Selama ni dok mengutuk dalam hati la tu... Hahahaha... 

Hasil usaha sama dengan Qiqie Ila, inilah dia wajah baru blog... Gambar-gambar header adalah daripada koleksi gambar kitorang bercuti ke Cherating cuti sekolah bulan 6 yang lepas.. Jangan tak tau.. Semua gambar tu ada maksud tersendiri bagi keluarga kami yang boleh dikongsikan bersama melalui blog ni.. Gambar pantai tu menunjukkan kitorang ni memang suka sangat gi pantai.. Pastu suka jalan-jalan cari makanan yang sedap.. Hehehe.. Qiqie dan cermin mata hitamnya pulak menggambarkan apa yang dilihat, difahami dan diterjemahkan oleh budak bertuah ni kepada kami dalam bentuk percakapan, perbuatan dan juga pencapaiannya... Ekekeke.. Kemain lagi nak explain apa yang tersurat dan tersirat pulak eh.. Hehehe... Ok la kot ek... Buat sementara waktu inilah 'make over' blog ni, sebelum bertukar rupa lagi entah bila... Dah pening dah kepala ni... Hentam aje la labuuuuu....

3 comments:

  1. Blog lama cantik dan yang baru ni pun cantik :)

    Jom join contest dari Kisah&Kasih.

    http://kisah-dan-kasih.blogspot.com/2011/11/contest-novella-di-kisah-kasih.html

    ReplyDelete
  2. rajin gak la `idun nak tukar rupa blog.. akak malas... bukan sikit2 jam nak guna kalo nak tukar rupa blog ni.. berejam rejam.. tu yang tak kosa.. penyudahnya, lepas berejam berhempas pulas, hasilnya tak memberangsangkan jugak..

    ReplyDelete
  3. Faz: hehehe Terima kasih.. Saya dah baca tentang contest tu.. nak melukis2 mmg totally out la.. tapi kalau setakat nak imagine pelakon2 yg pegang watak tu boleh la.. hihi

    Kak Anaa: Saya pon malas kak.. ini kes paksarela dengan si Qiqie tu haa.. At least saya bole ckp kat dia.. Kan ibu dah spend time jugak dgn Qiqie buat make over blog ni.. Hahahaha jawapan mengelat..! :p!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...