Saturday 24 September 2011

Spaghetti Entah Apa Ke Namanya

Lepas menonton salah satu rancangan masakan Jamie Oliver, aku jadi begitu teruja nak cuba spaghettinya.. Cara membuatnya cukup mudah tapi entah apa namanya pun aku tak tau.. Salah satu bahan yang digunakan ialah capers..

Punyalah bersemangat aku nak mencubanya sehinggakan tidur pun boleh mengigau menyebut "capers..capers.." Hahahaha... Boleh gitu...?

Nasib baiklah capers ni tak susah nak cari.. Aku jumpa kat Giant, dalam enam hengget lebih sebotol.. Kalau korang yang tertanya-tanya bagaimana rupa capers, inilah dia.. Aku tengok macam rupa buah pelaga pun ada..
  
*Photos courtesy from Google image search.
Bahan-bahan lain yang diperlukan untuk resepi ini ialah black olives, anchovies, tomato dalam tin dan juga daun basil. Kat Malaysia ni mana pulak nak cari anchovies macam diorang tu kan.. Nak letak ikan bilis kita, macam tak kena pulak.. So aku gantikan dengan udang je.. Black olives yang digunakan dalam resepi asal memang nampak so lovely, soft dan juicy.. Susah nak cari yang exactly macam tu, even kat Cold Storage pun takde.. Last-last aku hentam aje lah dengan apa yang ada. Jumpa black olives kat Tesco, Hmmm.. Hentam sajelah labuuu...

Nah inilah hasilnya....

*Heheheee...Sila abaikan rupa spaghetti yang bersememeh kat dalam pinggan tu ya.. Tak dan dah nak hias-hias bagai sebab dah tak sabar nak makan.. Kuang kuang kuang...

Sebenarnya aku dah cuba buat spaghetti ni dua kali.. Gambar yang pertama tu aku letak buah tomato je sebab tomato dalam tin sebab takde.. Gambar yang kedua tu pulak percubaan kali kedua dengan tomato dalam tin... Haaa.. ropanya memanglah lain kan sebab bahan pun agak berbeza.. 

Hmmm... Sedap juga spaghetti ni.. (Sendiri masak, mestilah sendiri yang puji ye tak.. Hahahahaha..) Lain rasanya daripada spaghetti bolognaise yang biasa kita makan tu.. Pada pendapat aku, aku lebih suka rasa spaghetti ni yang guna fresh tomatoes.. Terasa capersnya.. Lepas tu kalau nak lebih ummphhh, boleh letak chilli flakes.. Perghhh... Bila makan tu, tunduk dan khusyuk je.. Hihihihi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...