http://www.driving-fear.com/blog/ |
Malam semalam dalam kul 10 camtu, hb sms aku mintak tolong ambik dia kat stesen komuter. Haaaahhh...???!!! Biar betul laki aku ni.. Bukannya dia tak tau driving skill aku macam mana.. Kalau setakat driving hanya lepas ke sekolah Qiqie, jangan lautan jalan raya hendak diduga.. Huhuhu.. :(
Sebenarnya stesen komuter tu bukanlah jauh sangat dari rumah. Kalau tak jem, dalam 15-20 minit sampai. Hb pernah sekali je tunjuk jalan tapi aku tak pernah lagi praktis driving sampai ke sana..
Aku pun tak tau macam mana aku boleh reply sms hb dan cakap ok, aku ambik dia.. Haahhh???!!! Biar betul???? Sebelum memulakan perjalanan macam-macam doa yang aku baca.. Si Qiqie pun sama ketakutan macam aku.. Tawakkal jelah kepadaNYA..
Photo from Google search. |
Dalam ketakutan yang amat sangat disertai degupan jantung yang kencang, tangan yang berlengas dengan peluh pula terketar-ketar memegang stereng.. Dengan mulut yang tak henti-henti berdoa kepadaNYA, akhirnya sampai juga aku ke stesen komuter tu.. Alhamdulillah...! Lega sangat-sangat.. Qiqie bersorak gembira.. "Yeaaayyyy!!! Ibu berjaya akhirnya..." Hehehehe..
Hb tersenyum lega sebaik saja melihat kami sampai dengan selamat. Sebaik saja dia bukak pintu kereta, aku cepat-cepat keluar.. "Abang drive balik ya..," pintaku sambil buat muka seposen.. Selamaaaaaaatttttt.....! Hahahahahha... :)
No comments:
Post a Comment