Thursday, 18 July 2013

Ibu Masak Apa??

Assalamu'alaikum.. Tak lupa juga diucapkan selamat berpuasa dan selamat mengimarahkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini.. In shaa Allah hari ni dah hari ke 9 kita berpuasa. Alhamdulillah... Kita masih lagi diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk sama-sama menjalani ibadah puasa pada tahun ini..

Tahun ini anak saya Qiqie Ila begitu bersemangat berpuasa. Alhamdulillah walaupun umurnya baru 9 tahun, dia bersungguh-sungguh untuk berpuasa penuh pada tahun ini. Tahun lepas Qiqie hanya sempat berpuasa selama 21 hari. Hari yang selebihnya saya tidak membenarkannya berpuasa kerana Qiqie tidak sihat.. 

Ramadhan kali ini walaupun jelas kelihatan yang Qiqie amat kepenatan setelah pulang dari sekolah, namun tetap digagahi juga untuk meneruskan puasanya. 
"Sayanglah kalau Qiqie berbuka," jawab Qiqie apabila saya menyuruhnya berbuka jika dia tidak larat..

Yang kelakarnya tahun ini, setiap hari balik dari sekolah Qiqie akan bertanya, "Ibu masak apa hari ini..?" Kalau dah anak bertanya begitu, semua ibu pun menjadi semakin rajin nak memasak untuk anak kesayangan.. Kaannn..? Hehehe Qiqie juga semakin berselera untuk makan kalau nak dibandingkan dengan hari-hari biasa.. Alhamdulillah..  Selalunya payah sangat nak suruh budak ni makan.. Selera di bulan Ramadhan agaknya.. Hehehe
Image courtesy from Google image search.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...