Sunday 29 May 2011

Ada Peniaga Online Tidak Beretika dan Pilih Bulu...?

    
Best kan bila shopping..? Hehehe Kalau ada RM, apa yang berkenan di hati boleh aje dibeli.. Sebaiknya bila bershopping tu elakkanlah daripada pembaziran.. Beli apa yang kita kita pakai dan perlu saja.. Tapi sebagai perempuan, kadang-kadang tu terbabas gak.. Kadang-kadang tu, benda tu takdelah perlu sangat, tapi semata-mata nak bekas atau free giftnya.. dibeli la jugak... Aku la tu.. Hahahahaha..
Dalam dunia yang semakin moden dan canggih ini, kuasa membeli kita tidak terhad pada pusat membeli-belah sahaja. Dengan hanya berbekalkan perkhidmatan bank secara online, kredit  kad dan juga perkhidmatan pembayaran yang lain, kita sudah boleh bershopping secara online. Mudah kan..?

Sekarang ni pula, semakin ramai peniaga online yang muncul untuk memanfaatkan kemajuan teknologi terkini.. Bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.. Pilih saja  blog mana pilihan hati untuk membeli-belah.. Cuma kita sebagai pembeli kena selalu berhati-hati dengan mereka ni. Yelah.. takut juga jadi Tipah tertipu.. Pada zaman yang serba canggih ni, ramai juga orang yang suka menipu dan pentingkan diri sendiri.. So, sama-samalah kita berhati-hati dan berwaspada ya kawan-kawan..

  
Aku juga tak terkecuali daripada shopping online.. Tapi aku ada juga pengalaman dok besh berurusan dengan peniaga-peniaga online ni. Macam-macam kes lah.. Ada yang kurang beretika dalam urusan perniagaan dan juga memilih bulu... 

Ada sekali tu aku ternampak la satu produk kat Fesbuk peniaga A ni.. Aku berminat nak beli dan terai la hantar mesej kat dia melalui inbox. 2-3 hari kemudian baru dia reply. Ok fine, maybe dia busy sebab tu lambat bagi info yang aku nak. Lepas tu aku pm dia lagi, aku tanya dia boleh tak pos barang tu pada tarikh yang aku nak.. Tup-tup sampai ke hari ni pun dia tak balas! Aku nampak dia aktif je kat wall dia.. Pastu ada 3-4 orang yang agak popular di alam maya ni nak beli produk dia, bole lak dia layan! Hamboiiii... mentang-mentanglah aku ni nobody, duit aku tak laku agaknya.. Chehhhh...

Ada sorang tu pulak, bila aku dah confirmkan nak beli barang dengan dia, memalam dah kul 10 lebih pun dia boleh sms aku tanya dah masuk duit ke belum. Padahalnya aku beli barang dengan dia cuma berharga dalam RM41 je. Kecoh betul.. Relaks la, bukannya beribu-ribu cik kak oii... Tapi bila aku dah masuk duit, dia buat dekkk je. Cakap tq pun tidak.. Bila aku sms tanya barang dah pos ke, banyak pulak alasannya.. Hampeh...! Nasib baik sampai juga barang tu.. 

Yang sorang ni pulak mula-mula macam ok. Bila aku dah jadi regular customer dia, mulalah buat hal. Dia tersalah hantar barang yang aku nak, pastu tanak bertanggungjawab lak! Sape suruh dia tak check pastu pegi hantar yang salah??? Uishhhhh.. Hangin betul la aku dengan dia.. Tak beretika langsung! Disebabkan kejadian tu aku serik dah nak beli barang dengan dia.. Lagilah lepas aku dapat tau dia jual hanger tudung dengan harga yang sangat tinggi berbanding harga pasaran... Huhuhu
   
Diharap peniaga-peniaga online yang nak maju dan bertahan lama, amalkanlah etika perniagaan yang betul. Berniagalah dengan jujur.. Biarlah ada win-win situation antara penjual dan pembeli. Tak baiklah kalau penjual asyik nak kaut untung saja tanpa memikirkan kepentingan pembeli.. Hmmm.. Lama-lama customer pun lari.. 

Setakat ni aku rasa ada sorang awek cun nilah peniaga online yang paling best.. Sebelum ni dia meniaga kat Fesbuk je.. Tapi sekarang dah ada blog.. Baru lagi blog dia, fresh from the oven.. Hehehe Kalau korang nak tau dia jual apa, singgah la ke blog dia ya, kat sini.. :)

Eh panjang bebenor aku dok membebel.. Apa pun kepada kengkawan.. Berhati-hatilah ketika shopping online ya.. :)


* All photos are from Google search.

4 comments:

  1. tak pernah cuba lagi shopping online...tak berani..nak juga cuba

    ReplyDelete
  2. Tu laa.. saya dulu memula cuba beli barang online, suspens gak.. tapi beli yang murah2 je dulu.. nasib baik semua barang yang dibeli sampai.. cuma attitude sesetengah peniaga online tu aje la yang dok besh.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. macehh Aida promo blog kita dlm blog Aida.. hihi ;)

    ReplyDelete
  4. Sama2 Eida.. hehehe kalau dah penjualnya baik hati, servis tip top..brg2 pulak bagus.. mestilah promote hehehe.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...