Monday 11 April 2011

Tuntutan Agama atau Sekadar Fesyen..?

Photo from Google search

Entah macam mana aku boleh sampai lak ke blog sorang minah ni. Rasanya macam aku pernah kenal je.. Tapi kenapa lain macam pulak gambarnya kat blog tu. Oohh.. rupa-rupanya gambar tu diambil masa dia bercuti ke luar negara. Hmmm... Heran.. Kat Malaysia bertudung tapi bila melancong ke luar negara, tudung dah digantikan dengan topi??? Apa sudah jadi ek??? Cempedak dah jadi nangka..?? Lalalalaaa..

Ada lagi sorang minah ni pun aku kenal, termasuk dalam senarai kengkawan Fesbuk aku. Setau aku dia ni pun bertudung. Aiikk.. kenapa kebanyakan gambarnya di Fesbuk tak pakai tudung pun..? 
Photo from Google search



Hmmm... Aku bukannya nak cakap banyak pasal isu menutup aurat ni. Aku pun bukannya alim sangat untuk nasihatkan orang. Aku sendiri tak pakai jubah atau jilbab.. Sejujurnya aku juga masih berusaha untuk menjaga aurat sendiri.. Walaupun ada kalanya terkial-kial juga.. 



Cuma aku heran, kenapa sesetengah daripada kita hanya bertudung di tempat tertentu je..? Misalnya ada yang bertudung hanya di pejabat, di luar pejabat tak pakai tudung pun. Gi kedai, gi jenjalan, tak pakai tudung pun.. Kalau tak silap aku, takde pejabat pun yang paksa pekerja pakai tudung kan? Kecualilah kalau keje kat pejabat agama.. 

Pada pendapat akulah, nak pakai tudung atau tidak, itu suka hati memasinglah.. Rasanya ramai yang tahu apa hukumnya menutup aurat ni kan.. Semua dah besar panjang dan dah boleh pikir sendiri baik buruk sesuatu perkara. Tepuk dada tanya selera.. Cumanya kalau yang bertudung tu nak bukak tudung atau nak tunjuk rambut, rasanya tak payahlah tayang gambar free hair tu untuk tontonan umum.. Untuk tontonan sendiri udah ler kan.. 


Photo from Google search
Psstt..Jom kita sama-sama kita muhasabah diri kita.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu datangnya daripada diri kita sendiri...

2 comments:

  1. Tuntutan agama tak mengira d mana anda berada....selagi kita menghirup udara dr Illahi, patuthilah ajarannya.

    ReplyDelete
  2. Betul tu En. Badrul.. Tapi nampaknya ramai yang terlupa atau buat-buat lupa, kemudian tanpa segan silu berkongsi pulak untuk tontonan umum.. Errrkkk! Dan terima kasih juga kerana sudi singgah ke teratak saya yang tidak seberapa ini.. Salam kenal.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...