Photo from Google search. |
Sudah menjadi lumrah sebagai ibu kadang-kadang kita menjerit pada anak-anak jika mereka tidak mendengar kata atau nakal. Tapi kalau yang menjerit pada anak-anak kita itu ialah bibiknya.. Hmmm.. Apa agaknya perasaan dan tindakan kita...?
Sedang aku mengadap komputer, kedengaran suara bibik jiranku menjerit dan memarahi anak majikannya. Satu jalan ni boleh dengar suara bibik tu, punyalah kuat.. Si bibik terus-terusan mengomel tentang anak majikannya yang nakal. Itu baru menjerit, who knows apa lagi yang bibik tu boleh buat semasa ketiadaan majikannya.. Hmm.. Apa pendapat korang, patut atau tidak tindakan si bibik itu..? Bolehkah bibik dipercayai seratus peratus untuk menjaga anak-anak ketika kita keluar bekerja? Tapi kalau tiada siapa yang hendak menjaga anak, susah pula untuk kita keluar mencari rezeki kan..
Photo from Google search. |
No comments:
Post a Comment