Thursday, 21 April 2011

Err.. Nak Bagitau Ke Atau Buat-Buat Tatau Je..?

http://www.toonpool.com/cartoons/MARILYN%20MONROE_66157
Kadang-kadang kita tak sedar pun bila ada yang terselak atau terdedah atau terbuka apabila kita berada di khalayak ramai.. Baik perempuan mahu pun lelaki.. Huhuhu Memang sangat-sangat memalukan tapi yang 'termenonton' aksi tak sengaja yang terlampau itu pun serba salah juga sebenarnya.. Huhuhu Aku bukan jenis yang suka free show okay... Huhhh.. Tak kuasaaa..

Tak tau la apsal tapi aku seringkali terperangkap dalam situasi sebegini. Dah banyak kali pulak tu jadi pada aku bebeh..! Huhuhu Terbaru adalah semalam ketika menunggu hb yang sedang solat di surau. Dah malas nak pusing shopping complex tu, aku duduk aje tercongok kat bangku sambil memerhatikan manusia yang mundar-mandir.


Tetiba seorang makcik atau kakak ni lalu bersama anak-anaknya kat depan aku. Hbnya pun ada sekali.. Tudungnya terselak, blouse yang dipakainya pulak jenis leher yang low cut.. Korang pikirlah sendiri apa yang aku nampak.. Huhuhu Rasa nak nangesss pun ada.. Kesian sangat kat kakak tu.. Dah la tiga empat kali dia lalu depan aku.. Hadoiiii... Aku serba-salah, nak gi kejar kakak tu ke dan bagitau dia??? Tapi entah kenapa aku tak buat macam tu.. :( Aku hanya mampu berdoa dalam hati supaya kakak tu cepat-cepat sedar yang tudungnya terselak dan telah menampakkan apa yang tak sepatutnya ditonton oleh umum..

Moral of the story dan peringatan pada aku juga.. Bila berada di tempat umum, selalu-selalulah check diri sendiri.. Takut-takut kejadian macam ni berlaku pada kita.. Waduuhh.. Malu bangat donnnggg...!

2 comments:

  1. laaaaa...awat tak gi tau kakak tu...tapi ye lah..kita pun rasa janggal jugak tetiba nak tegur orang kita tak kenal, kan... jadi selalu2 lah check badan sendiri...hikhik..

    ReplyDelete
  2. lizan: kita pon konpius gak sebenarnya.. nak bgtau ke tanak.. kalau nak ikutkan tanggungjwb sosial kena la bgtau kan.. tp terpikir lak caner nak susun ayat nak bgtau kat dia ek? lama sgt dok pikir, last2 dia pon dah blah.. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...