Wednesday 24 August 2011

Nenek...

*Photo courtesy from Google search.
Dah 3 hari nenek (nenek hb) stay dengan kami.. Sebenarnya nenek tinggal di rumahnya dengan adik ipar aku. Tapi tahun ni adik ipar balik beraya ke kampung wifenya dan ambik cuti panjang.. Takde orang pulak nak menjaga nenek di rumahnya.. Umur nenek pun dah 80+ bahaya pulak kalau dibiarkan tinggal berseorangan.. So nenek di sini aje lah selama 3 minggu..

Nenek memang dah agak uzur, susah hendak bangun sendiri.. Jalan pun bertongkat.. Makan minum, mandi, ubat etc semua kena ada orang yang tolong uruskan.. Pengalaman sepanjang 3 hari ni menjaga nenek memang memenatkan.. Tipulah kalau kata tak penat.. Tapi tak apa.. Siapa tahu mungkin di penghujung usianya ini, aku dapat berbakti pula pada nenek.. Membantu nenek samalah seperti aku membantu hb dan juga ibu mertua.. Jaga nenek ni kiranya macam servis 24-7 jugak la.. Nenek tak henti-henti memohon maaf kepada aku sebab terpaksa menyusahkan aku kerana menjaganya.. Sedih pulak aku rasa.. Huhuhu.. Ini hari nenek.. Kalau aku tua nanti, entah bagaimana pulak nasib aku.. Huhuhu..

Nenek banyak menghabiskan masa berbaring di bilik.. Nak berjalan dalam rumah pun bukannya dia larat sangat..  Setiap kali memerlukan apa-apa, nenek akan memanggil aku.. Masa tu kalau tengah buat apa-apa kerja pun, aku akan drop everything and attend to her... 

Dalam pukul 9 lebih malam semalam, nenek mintak pisang goreng.. Pisang nangka memang ada kat dapur, cuma nak kena goreng je.. Kalau nak diikutkan aku memang tengah penat sangat masa tu.. Seharian dah uruskan nenek, Qiqie pun nak kena tengok juga.. Masak, kemas rumah dan sebagainya.. Semuanya aku sorang yang kena buat.. Dah la masa tu aku pun belum mandi lagi.. Lepas tu malam-malam mintak pisang goreng pulak.. Huhuhu.. Makcik jual pisang goreng pun dah balik meniaga dah malam-malam camtu..

Tapi nasib baik aku cepat tersedar dan cepat-cepat beristighfar.. Kesian pulak pada nenek.. So aku pun pegilah goreng pisang nangka tu.. Nenek makan dengan penuh selera.. Alhamdulillah... 

Ya Allah.. Aku memohon kekuatan fizikal dan mental daripadaMu supaya dapat aku berbakti kepada nenek.. Ampunilah dosa-dosaku jika ada kekurangan dalam layananku pada nenek.. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Penyayang dan Maha Pengampun.. Aminnnn...

2 comments:

  1. Insaallah kita cuba berbakti yg terbaik. Berkata memang mudah but org yg melaluiny lebih memahami. Tahniah teruskan usaha murni.tk

    ReplyDelete
  2. Maceh En. Badrul.. Allah nak bagi saya pahala tambahan di bulan puasa tahun ni.. Alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...