Wednesday, 24 August 2011

Hospital Amma

*All photos are courtesy from Google search.
Sementara nak tunggu mata mengantuk, bole hapdet blog dulu.. Nenek pun dah titon.. Hehehe Cuma si Qiqie ni aje yang tak berapa nak mengantuk lagi..

Aku sebenarnya teringatkan salah sorang adik pompuan aku.. Kisah ni dah lama dah.. Masa adik aku kecik dan  aku pun masih anak dara lagi.. Kisah adik dan Hospital Amma yang buat aku ketawa tergolek-golek gelakkan dia..

Masa tu umur dia dalam 7 tahun kalau tak silap. Satu hari aku tengah layan citer Hindi.. Budak kecik tu pun ada la sekali tercongok depan tv.. Citer apa ntah aku pun dah lupa..  Alkisahnya setelah berjaya dalam kehidupannya, hero citer tu pun binalah hospital yang dinamakan Hospital Amma, sempena mengingati ibunya..
Dalam nada melawak aku cakap kat adik yang dia dilahirkan kat Hospital Amma tu.. Adik diam je.. Macam endah tak endah je dengan cakap aku.. Ingatkan dah abis sampai situ je.. Ropanya tak.. Hehehe..

Entah bila lepas tu, aku tengah belek-belek buku tulis adik. Subjek BM. Dia kena tulis perenggan pendek tentang diri sendiri.. Aku pun baca, dia bagitau nama penuh dia.. Umur, tarikh lahir.. Sampai satu ayat ni.. Aku tak boleh tahan diri untuk gelak kaw-kaw punya.. 

"Saya dilahirkan di Hospital Amma..." 

Hahahahahahahahaha... Hadoiiiii.... Dia percaya cakap aku ropanya...! Lepas tu mengamuk sakan dia marahkan aku sebab tipu dia.. hahahahhaha.. Sori berlori-lori la dik oiii.. Hehehehe.. :)

Moral of the story: Jangan kelentong dan mainkan perasaan budak kecik.. Heheheh.. :p!

2 comments:

  1. Tu la psl.. Dia dah umo 23 thn ni pon kalau sebut psl hosp amma mesti dia marah.. Hahaha.. Tringat kisah lama la tu.. ekekeke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...