Aku baru je dapat email daripada seorang sahabat tentang butter Golden Churn tak halal. Wallahu'alam.. Diharap pihak yang berkaitan dapat tampil untuk memberi pengesahan tentang berita ini..
Friday, 29 April 2011
Thursday, 28 April 2011
Jus Apple & Asamboi
Nyaman je tekak bila minum jus apple dan asamboi daripada blog Kak Ida 1001 Resepi. Memang peberet aku ni.. Bila terai membuatnya dan menjadi pulak tu, waahhh.. melompat-lompat sakan lah aku.. Demam pun boleh baik macam ni.. Hahaha.. Sungguh sedap! Perghhhh..! Rasa sebijik macam yang orang jual kat kedai tu haa.. Nampaknya lepas ni tak payahlah susah payah gi minum air ni kat kedai, sebab aku pun dah pandai buat sendiri.. Hehehe... :)
Pertunjukan Akrobatik @ Big Plate.. Huhuhu...
Tengah demam sebenarnya ni.. Huhuhu Satu badan sakit-sakit, rasa macam orang dalam pantang pun ada.. Qiqie Ila pun terpaksa dicutikan daripada bersekolah hari ni, tak larat aku nak drive, rasa macam nak baring je.. Qiqie ni pun dengan bangganya memberitahu, 'Ibu rest lah hari ni kat rumah ya. Qiqie bagi ibu mc" Hehehe..
Gelas dan pinggan yang bersusun kat sinki pun Qiqie yang tolong basuhkan.. Bertuah badan, anak seusia 7 tahun ni ringan tulang untuk membantu.. Alhamdulillah.. Bersih atau tak tu, belakang kira.. Hehe Sakit atau tidak, memang aku kena bangun juga untuk sediakan makanan untuk Qiqie. Kalau tak, siapa pulak nak buat semua tu.. McDonald's pulak tak buat delivery ke area rumah ni..
Anyway, n3 ni bukan nak citer pasal aku demam tapi tentang kejadian malam semalam. Disebabkan aku kurang sihat dan tak larat nak masak, hb ajak kitorang dinner kat luar je. Dia suggest kami ke restoran Big Plate yang terletak tak jauh dari rumah. Dah lama juga kami tak ke sana, ada dalam setahun kot. Aku ok je, sebelum keluar aku dah siap-siap pakai stokin dan jacket takut kesejukan pulak kena angin malam.
Selesai makan, tiba-tiba aku terasa macam kerusi yang aku duduk tu macam bergoyang je. Aku ingatkan aku yang rasa berpusing-pusing sebab tak sihat.. Bila aku toleh ke belakang aku tengok sikit lagi tempat duduk kerusi tu nak tercabut! Whoaaaa... Cepat-cepat tanganku berpaut pada meja dan aku menjerit pada hb, "Abang, kerusi ni patah!"
Sepantas kilat hb berlari dan mengampu belakang kerusiku supaya aku tak jatuh. Hb menyuruhku bangun dengan segera. Aku yang blur dan terkejut cepat-cepat bangun, entah kenapa tak terfikir pulak tadi untuk bangun.. Huhuhu Sebaik aje aku bangun kerusi tu pun praaakkk...! Hadoiii.. nasib baik aku tak jatuh sekali dengan kerusi tu.. Kalau tak, aku dapat la award buat pertunjukan akrobatik kat kedai makan sebab jatuh dari kerusi.. Hehehe Lepas ni tamo dah gi makan kat kedai tu.. Huhuhu
Sepantas kilat hb berlari dan mengampu belakang kerusiku supaya aku tak jatuh. Hb menyuruhku bangun dengan segera. Aku yang blur dan terkejut cepat-cepat bangun, entah kenapa tak terfikir pulak tadi untuk bangun.. Huhuhu Sebaik aje aku bangun kerusi tu pun praaakkk...! Hadoiii.. nasib baik aku tak jatuh sekali dengan kerusi tu.. Kalau tak, aku dapat la award buat pertunjukan akrobatik kat kedai makan sebab jatuh dari kerusi.. Hehehe Lepas ni tamo dah gi makan kat kedai tu.. Huhuhu
Kepala pun dah semakin berat ni, aku nak gi rest dulu lah.. Assalamu'alaikum... :)
http://astrotabletalk.blogspot.com/2007/09/neptune-and-ground-beneath-my-feet.html |
Wednesday, 27 April 2011
Selasihku Sayang...
Menjadik jugak eksperimen aku menanam pokok selasih (thai basil) ni.. hehehe Tanamnya kat dalam kotak je.. Hidup subur pulak dia.. Alhamdulillah...
Yang aku tau guna daun basil ni dalam resepi CMG je iaitu daging goreng daun selasih.. Huhuhu.. Itulah sebab utama aku tanam pokok basil ni pun.. Every time teringin nak makan daging goreng basil tu, punyalah susah nak dapat daun basilnya.. Sekali bila jumpa kat kedai, terus aku beli dan tanam dalam kotak ni haa.. Sekarang ni dah ada pokok basil, tak tau nak guna untuk masakan apa lagi.. hehehe Nampak gaya nak kena selongkar resepi kat blog sifu-sifu masakan la ni.. :)
Friday, 22 April 2011
Mantera Anjasmoro di TV3
tv3.com.my |
Tadi layan Mantera Anjasmoro kat slot seram TV3.. Aku ikut citer ni sebab ada Ady Putra je.. kehkehkeh.. Jalan citernya boleh tahan dan menarik juga kalau nak dibandingkan dengan drama seram yang entah pape sebelum ni. Kisah ini berkisar mengenai seorang wanita, Sabrina (Eija) yang mengalami pergolakan rumahtangga setelah sahabat baiknya sendiri iaitu Suria, (Fauziah Ghous) yang sampai hati memandrem dan merampas suaminya (Ady Putra). Si Sabrina ni pulak bila dah tau tentang kejahatan Suria tu pun mula membuat serangan balas dengan meminta pertolongan seorang bomoh wanita ala-ala Mona Fendy. Yang paling kesian watak Ady Putra tu la, jadi macam bengong je kena mandrem dengan dua-dua pompuan yang berebutkannya tu.. Huhuhu
Cuma yang paling tak tahannya bila tengok ropa antu-antunya iteww.. hehehe Sungguh kelakor bagai nak pecah perut aku ketawa.. Ada antu gumuk terlebey makan, antu tangan panjang yang kelakar, pastu antu rambut kerinting yang ada misai.. Antu baring atas lemari, antu tergantung kat compressor aircond.. Muka Fauziah Ghous jadi antu pun kelakar, ada ke mukanya di'make up'kan dengan kaler putih/pucat, tapi kat leher tak make up pun, masih lagi normal skin kalerrr.... Oppss.. Kaler kulit antu ni tak sekatalah.. Hahaha.. Hadoiii... Kenapalah jadi camni.. Burok bebenor ropa antu-antunya sekelian.. Dah jadi macam citer lawak la pulok.. hehehe
Pada pendapat aku drama seram yang paling besh aku tonton kat slot seram ni adalah Kekasih Ku Seru, lakonan Imelda Rosmila dan Fizz Fairuz dulu.. Huhh.. Memang menyeramkan sungguh.. Hihihihihiiiiiiiiiiiiiii.. (Sound effect: Sila mengilai macam langsuir ya..)
Apa pun, dah terlanjur ikut citer ni aku pun nak tau gak apa kesudahannya nanti.. Ok lah juga buat layan ketawa di setiap malam Jumaat.. Exercise muka dan perut.. Hehehe
Thursday, 21 April 2011
Err.. Nak Bagitau Ke Atau Buat-Buat Tatau Je..?
http://www.toonpool.com/cartoons/MARILYN%20MONROE_66157 |
Kadang-kadang kita tak sedar pun bila ada yang terselak atau terdedah atau terbuka apabila kita berada di khalayak ramai.. Baik perempuan mahu pun lelaki.. Huhuhu Memang sangat-sangat memalukan tapi yang 'termenonton' aksi tak sengaja yang terlampau itu pun serba salah juga sebenarnya.. Huhuhu Aku bukan jenis yang suka free show okay... Huhhh.. Tak kuasaaa..
Tak tau la apsal tapi aku seringkali terperangkap dalam situasi sebegini. Dah banyak kali pulak tu jadi pada aku bebeh..! Huhuhu Terbaru adalah semalam ketika menunggu hb yang sedang solat di surau. Dah malas nak pusing shopping complex tu, aku duduk aje tercongok kat bangku sambil memerhatikan manusia yang mundar-mandir.
Tetiba seorang makcik atau kakak ni lalu bersama anak-anaknya kat depan aku. Hbnya pun ada sekali.. Tudungnya terselak, blouse yang dipakainya pulak jenis leher yang low cut.. Korang pikirlah sendiri apa yang aku nampak.. Huhuhu Rasa nak nangesss pun ada.. Kesian sangat kat kakak tu.. Dah la tiga empat kali dia lalu depan aku.. Hadoiiii... Aku serba-salah, nak gi kejar kakak tu ke dan bagitau dia??? Tapi entah kenapa aku tak buat macam tu.. :( Aku hanya mampu berdoa dalam hati supaya kakak tu cepat-cepat sedar yang tudungnya terselak dan telah menampakkan apa yang tak sepatutnya ditonton oleh umum..
Tetiba seorang makcik atau kakak ni lalu bersama anak-anaknya kat depan aku. Hbnya pun ada sekali.. Tudungnya terselak, blouse yang dipakainya pulak jenis leher yang low cut.. Korang pikirlah sendiri apa yang aku nampak.. Huhuhu Rasa nak nangesss pun ada.. Kesian sangat kat kakak tu.. Dah la tiga empat kali dia lalu depan aku.. Hadoiiii... Aku serba-salah, nak gi kejar kakak tu ke dan bagitau dia??? Tapi entah kenapa aku tak buat macam tu.. :( Aku hanya mampu berdoa dalam hati supaya kakak tu cepat-cepat sedar yang tudungnya terselak dan telah menampakkan apa yang tak sepatutnya ditonton oleh umum..
Moral of the story dan peringatan pada aku juga.. Bila berada di tempat umum, selalu-selalulah check diri sendiri.. Takut-takut kejadian macam ni berlaku pada kita.. Waduuhh.. Malu bangat donnnggg...!
Bila Polis Yang Buat Kesalahan
Rasanya ramai di antara kita yang tau adalah menjadi satu kesalahan bila memandu dan menggunakan telefon bimbit tanpa hands free. Undang-undang dikuatkuasa untuk keselamatan kita bersama juga. Bukannya apa, takut tengah dok syok dan ralit berborak on the phone, hilang pulak fokus dan konsentrasi ketika memandu.. Haaa.. Kalau dah eksiden, sapo yang susah.. ekauuuuu dan pengguna jalan raya yang lain jugak...
Semalam masa kat highway, kereta kami berselisih dengan satu kete polis ni.. Bukan main syok lagi pakcik polis tu dok borak kat henpon tanpa hands free.. Huhu Lama lak tu.. Kalau dah bawak kete polis tu dah sah-sah lah polis ek..? Takkan la tukang masak ke, tukang kebun ke yang drive kete tu..? Ishh Ishhh Ishhh... Sendiri mau ingat la pak polisi oiii.. Kalau ikutkan hati, nak aje aku snap gambo dia masa tengah drive and gunakan henpon tu.. Bukan aku yang drive, so polis tak leh tahan aku amik gambo masa driving hehehe.. Tapi takut lak kang dia tahan kete kitorang..Tak pasal-pasal aku lak yang kena.. hehehe
Pakcik polis, kalo tak mampu beli hands free cuba buat cenggini masa driving.. heheh
|
Tuesday, 19 April 2011
Kalau Si Bibik Yang Menjerit Pada Anak..
Photo from Google search. |
Sudah menjadi lumrah sebagai ibu kadang-kadang kita menjerit pada anak-anak jika mereka tidak mendengar kata atau nakal. Tapi kalau yang menjerit pada anak-anak kita itu ialah bibiknya.. Hmmm.. Apa agaknya perasaan dan tindakan kita...?
Sedang aku mengadap komputer, kedengaran suara bibik jiranku menjerit dan memarahi anak majikannya. Satu jalan ni boleh dengar suara bibik tu, punyalah kuat.. Si bibik terus-terusan mengomel tentang anak majikannya yang nakal. Itu baru menjerit, who knows apa lagi yang bibik tu boleh buat semasa ketiadaan majikannya.. Hmm.. Apa pendapat korang, patut atau tidak tindakan si bibik itu..? Bolehkah bibik dipercayai seratus peratus untuk menjaga anak-anak ketika kita keluar bekerja? Tapi kalau tiada siapa yang hendak menjaga anak, susah pula untuk kita keluar mencari rezeki kan..
Photo from Google search. |
Monday, 18 April 2011
Susahnya Nak Minum Susu..
Photo from Google search |
Hadoiii... Macam mana lagi aku nak buat supaya budak Qiqie Ila ni suka nak minum susu?? Macam-macam jenama dah dicuba. Yang murah, yang mahal.. Katanya semua tak sedap, tak suka dan macam-macam alasan lagi yang dia bagi.. Yang peliknya bila kat kedai, masa promoter bagi sample semuanya sedap.. Bila dah beli, dah dibancuh untuk minum kat rumah, mulalah buat muka seposen tak nak minum..
Seingat aku Qiqie ni mula tak nak minum susu sejak umur dia 5 tahun. Satu peket susu yang 700gram tu berbulan-bulan nak abis.. Fresh milk dia minumlah, cuma dia tak nak susu yang khas untuk kanak-kanak membesar tu. Yang ada DHA la dan segala benda mak nenek tu yang bagus untuk tumbesaran kanak-kanak.. Kalau tak silap aku, sepupu dia pun tak suka minum susu gak.. Apa daa.. budak-budak ni, susu yang sedap tu pun tak suka..
Apa pun aku tak boleh nak ikutkan sangat budak ni, kang tak cukup kalsium pulak.. Dah lah tengah nak membesar.. Macam-macam cara aku buat, memujuk dan juga bercerita kat dia tentang kebaikan minum susu.. Tapi kadang-kadang bila tak jalan jugak, terpaksalah aku jadi ibu harimau (hahaha) dan paksa dia minum susu.. Tak nak minum susu, nanti Ibu rotan! Muahahahaa...
Photo from Google search. |
Friday, 15 April 2011
Terima Kasih Kak Ida 1001 Resepi!
Tadi masa tengah jalan-jalan ke blog Kak Ida 1001 Resepi, terkejut badak dibuatnya. Huhhh.. Takkan pagi-pagi lagi mata dah sparrow?? Mata ni ditenyeh-tenyeh.. Eh betul la.. Ini bukan cobaan lagiii.. Memang betul-betul kejadiaaannn...!
Sungguh tidak kusangka Kak Ida blogger masakan yang hebat itu sudi menjengah ke blogku ini.. Dan yang paling best Kak Ida masukkan lagi link blog newbie aku ni dalam senarai rakan bloggernya! Waaah.. Terharu terharu..! Jutaan terima kasih diucapkan pada Kak Ida!! Memang tak sangka betul.. Heheh.. I lop you la Kak Ida.. Muaaaahhhhh....! You really made my day.. :) Dapat juga mengubati ke'frust'an buat steamed banana cake dan apam cream cheese yang tak menjadi tu.. Keknya jadi bingka, apam pulak jadi keras macam batu! Muahahahaha...
Terima kasih sekali lagi Kak Ida... :)
Wednesday, 13 April 2011
Kek? Bingka? Cekodok..???
Petang tadi bersemangat aku buat kek kukus pisang, resepi aku amik daripada blog Kak Ummi, di sini. Siap berangan lak tu nak bagi hb bawak bekal gi kerja esok.. Heheh
Bila dah siap, aku bukak pengukus... Errrrkkk!!!! Apsal ropa kek aku ni lain macam je??? Tak lawa pun macam Kak Ummi atau Kak Rima buat...Huhuhu Sedey la pulok.. Hmm.. Where did I go wrong ya..? Orang buat kek jadi kek, aku buat kek.. Ishhh ishh ishhh... Apsal ropanya macam bingka je??? Nak amik gambar tepek kat sini pun malu.. Huhuhu Bila kusuap masuk ke dalam mulut, takde rasa kek pun.. Huhhh.. Sekali rasa macam bingka, dua kali rasa macam cekodok pun ada.. Huwaaaa.....
Tapi takpe.. Jangan putus asa.. Lain kali bole cuba lagi kan kan kan.. Go go chaiyyok..! Heheh Errrrr... Tapi sape yang nak habiskan kek @ bingka @ cekodok ni...? Huhuhu
Monday, 11 April 2011
Tuntutan Agama atau Sekadar Fesyen..?
Photo from Google search |
Entah macam mana aku boleh sampai lak ke blog sorang minah ni. Rasanya macam aku pernah kenal je.. Tapi kenapa lain macam pulak gambarnya kat blog tu. Oohh.. rupa-rupanya gambar tu diambil masa dia bercuti ke luar negara. Hmmm... Heran.. Kat Malaysia bertudung tapi bila melancong ke luar negara, tudung dah digantikan dengan topi??? Apa sudah jadi ek??? Cempedak dah jadi nangka..?? Lalalalaaa..
Photo from Google search |
Hmmm... Aku bukannya nak cakap banyak pasal isu menutup aurat ni. Aku pun bukannya alim sangat untuk nasihatkan orang. Aku sendiri tak pakai jubah atau jilbab.. Sejujurnya aku juga masih berusaha untuk menjaga aurat sendiri.. Walaupun ada kalanya terkial-kial juga..
Cuma aku heran, kenapa sesetengah daripada kita hanya bertudung di tempat tertentu je..? Misalnya ada yang bertudung hanya di pejabat, di luar pejabat tak pakai tudung pun. Gi kedai, gi jenjalan, tak pakai tudung pun.. Kalau tak silap aku, takde pejabat pun yang paksa pekerja pakai tudung kan? Kecualilah kalau keje kat pejabat agama..
Pada pendapat akulah, nak pakai tudung atau tidak, itu suka hati memasinglah.. Rasanya ramai yang tahu apa hukumnya menutup aurat ni kan.. Semua dah besar panjang dan dah boleh pikir sendiri baik buruk sesuatu perkara. Tepuk dada tanya selera.. Cumanya kalau yang bertudung tu nak bukak tudung atau nak tunjuk rambut, rasanya tak payahlah tayang gambar free hair tu untuk tontonan umum.. Untuk tontonan sendiri udah ler kan..
Photo from Google search |
Psstt..Jom kita sama-sama kita muhasabah diri kita.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu datangnya daripada diri kita sendiri...
Midnight With Rio..
Photos from Google search |
Tengok midnite citer Rio dengan hb dan Qiqie Ila last weekend.. Daripada segi jalan citer, aku lagi suka Ice Age.. Citer Rio ni ok la, tapi yang aku paling suka pasal citer ni sebab it is so colourful..! Cantik sangat kalernya..
Bestnya Dapat Hadiah...!!!
Photo from Google search. |
Best kan bila dapat hadiah..? Maunya tak best.. Lebih-lebih lagi kalo dapat mende yang memang korang nak kan..? Hehehe
Aku nak citer ni.. Baru-baru ni aku dapat hadiah daripada mak mertua aku.. Hehehe Maklum la aku ni kan menantu pebret dia.. Alhamdulillah.. Bertuah badan bila disayangi oleh mak mertua ni kan.. Heheh Thank you so much Mama...! I lop you lah.. Muaaaaaahhhhh...!!!
Korang nak tau apa hadiah yang dia bagi kat aku... Haaa.. jangan terkejut.. Dia bagi aku hadiah microwave, pastu periuk pressure cooker dan last sekali mesin jahit letrik.. Waaaa... Melompat-lompat la aku dapat hadiah tu semua.. Yang paling best microwave tu ler.. Cunnn... Lawaaaa.. Heheh I loikeeee....
Walaupun aku tak reti menjahit, ok juga dapat mesin jahit ni.. Langkah pertama, lepas ni bolehlah aku cuba-cuba belajar menjahit stok kain batik aku yang melambak tu.. Heheh..
Photo from Google search. |
Subscribe to:
Posts (Atom)