Friday 26 August 2011

MARI MENAMBAH FOLLOWER SEBELUM RAYA

Assalamu'alaikum... Hari ni Jumaat (26 August 2011) ramai di antara kita yang dah mula balik ke kampung kan..  Best la you all yang ada kampung, kitorang ni tinggal kat Selangor, kampung pun kat Selangor.. Sehari je beraya pastu dah abess.. Nak pusing-pusing ke mana pun tak tau.. Nak gi beraya ke rumah jiran dan kawan-kawan.. Semua pun dah balik kampung.. Last-last dok rumah tengok tv je laa.. Hehehe...

Ok lah, nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.. Tak lupa juga ucapan Selamat Hari Raya dan terima kasih kepada Petua Pakar yang menganjurkan segmen ni.. Kepada semua, maaf zahir batin jika ada terkasar bahasa dalam menyusun kata dalam blog ni.. You all beraya elok-elok ya.. Memandu balik ke kampung tu hati-hati tau.. Pandu cermat, jiwa selamat..

Kepada semua yang sudi singgah dan follow blog ni, jutaan terima kasih diucapkan.. Insya Allah kepada yang follow, nanti saya follow balik... Tapi jangan lupa letak back link ya..  Terima kasih daun keladi.. Lain kali boleh singgah blog saya lagi.. :)

Thursday 25 August 2011

Susah Sangat Ke Nak Puasa..?

Masa hantar Qiqie ke sekolah tengah hari tadi, aku nampak kat tepi jalan bergelimpangan pekerja-pekerja potong rumput tidur.. Sebelum bulan puasa ni, tak pernah lak nampak diorang tidur macam tu.. Macam kelakar pun ada.. Nasib baik aku tengah driving, kalau tak sure aku dah snap gambar diorang pastu tepek kat sini.. Hehehe.. Tapi aku bersangka baik je la.. Agaknya diorang kepenatan berpuasa kot... Walaupun terpaksa bekerja di tengah panas terik matahari, ibadah puasa tetap dilaksanakan.. Alhamdulillah..

Berbeza dengan sesetengah orang yang sihat tubuh badannya, kerja pun dalam ekon, tapi masih juga kurang rajin nak puasa.. Kenapa ya..? Susah sangat ke nak puasa tu..?

Yang lagi best, dah la tak puasa.. Boleh pulak gi beli McDonald's atau KFC kat drive through... Hadoiiii... Kalau perempuan mungkin dia uzur, tapi kalau lelaki...? Aku tak buat cerita tau, ini memang betul-betul kejadian.. Hmmm.. Entahlah...

Minggu lepas aku tengok cekikrama Mengurai Rindu.. Dalam citer tu ada sorang mamat ni liat betul nak puasa.. Huhh.. Geram betul nengoknya.. Lagi satu citer lak lagi kelakar, aku tertengok gak tapi dah half way, entah apa tajuknya.. Ada la laki bini ni gi merompak rumah orang memalam buta.. Disebabkan tuan rumah takde cash, diorang sanggup tunggu pastu tumpang sahur dan solat lak kat rumah tu... Ada ke... Hahahahaha...

Apa pun Ramadhan sudah semakin hampir ke penghujungnya.. Sama-samalah kita cuba memanfaatkan bulan yang mulia ini sebaiknya.. Entah dapat atau tidak bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun depan.. Wallahu'alam..
*All photos are courtesy from Google search.

Wednesday 24 August 2011

Hospital Amma

*All photos are courtesy from Google search.
Sementara nak tunggu mata mengantuk, bole hapdet blog dulu.. Nenek pun dah titon.. Hehehe Cuma si Qiqie ni aje yang tak berapa nak mengantuk lagi..

Aku sebenarnya teringatkan salah sorang adik pompuan aku.. Kisah ni dah lama dah.. Masa adik aku kecik dan  aku pun masih anak dara lagi.. Kisah adik dan Hospital Amma yang buat aku ketawa tergolek-golek gelakkan dia..

Masa tu umur dia dalam 7 tahun kalau tak silap. Satu hari aku tengah layan citer Hindi.. Budak kecik tu pun ada la sekali tercongok depan tv.. Citer apa ntah aku pun dah lupa..  Alkisahnya setelah berjaya dalam kehidupannya, hero citer tu pun binalah hospital yang dinamakan Hospital Amma, sempena mengingati ibunya..
Dalam nada melawak aku cakap kat adik yang dia dilahirkan kat Hospital Amma tu.. Adik diam je.. Macam endah tak endah je dengan cakap aku.. Ingatkan dah abis sampai situ je.. Ropanya tak.. Hehehe..

Entah bila lepas tu, aku tengah belek-belek buku tulis adik. Subjek BM. Dia kena tulis perenggan pendek tentang diri sendiri.. Aku pun baca, dia bagitau nama penuh dia.. Umur, tarikh lahir.. Sampai satu ayat ni.. Aku tak boleh tahan diri untuk gelak kaw-kaw punya.. 

"Saya dilahirkan di Hospital Amma..." 

Hahahahahahahahaha... Hadoiiiii.... Dia percaya cakap aku ropanya...! Lepas tu mengamuk sakan dia marahkan aku sebab tipu dia.. hahahahhaha.. Sori berlori-lori la dik oiii.. Hehehehe.. :)

Moral of the story: Jangan kelentong dan mainkan perasaan budak kecik.. Heheheh.. :p!

Nenek...

*Photo courtesy from Google search.
Dah 3 hari nenek (nenek hb) stay dengan kami.. Sebenarnya nenek tinggal di rumahnya dengan adik ipar aku. Tapi tahun ni adik ipar balik beraya ke kampung wifenya dan ambik cuti panjang.. Takde orang pulak nak menjaga nenek di rumahnya.. Umur nenek pun dah 80+ bahaya pulak kalau dibiarkan tinggal berseorangan.. So nenek di sini aje lah selama 3 minggu..

Nenek memang dah agak uzur, susah hendak bangun sendiri.. Jalan pun bertongkat.. Makan minum, mandi, ubat etc semua kena ada orang yang tolong uruskan.. Pengalaman sepanjang 3 hari ni menjaga nenek memang memenatkan.. Tipulah kalau kata tak penat.. Tapi tak apa.. Siapa tahu mungkin di penghujung usianya ini, aku dapat berbakti pula pada nenek.. Membantu nenek samalah seperti aku membantu hb dan juga ibu mertua.. Jaga nenek ni kiranya macam servis 24-7 jugak la.. Nenek tak henti-henti memohon maaf kepada aku sebab terpaksa menyusahkan aku kerana menjaganya.. Sedih pulak aku rasa.. Huhuhu.. Ini hari nenek.. Kalau aku tua nanti, entah bagaimana pulak nasib aku.. Huhuhu..

Nenek banyak menghabiskan masa berbaring di bilik.. Nak berjalan dalam rumah pun bukannya dia larat sangat..  Setiap kali memerlukan apa-apa, nenek akan memanggil aku.. Masa tu kalau tengah buat apa-apa kerja pun, aku akan drop everything and attend to her... 

Dalam pukul 9 lebih malam semalam, nenek mintak pisang goreng.. Pisang nangka memang ada kat dapur, cuma nak kena goreng je.. Kalau nak diikutkan aku memang tengah penat sangat masa tu.. Seharian dah uruskan nenek, Qiqie pun nak kena tengok juga.. Masak, kemas rumah dan sebagainya.. Semuanya aku sorang yang kena buat.. Dah la masa tu aku pun belum mandi lagi.. Lepas tu malam-malam mintak pisang goreng pulak.. Huhuhu.. Makcik jual pisang goreng pun dah balik meniaga dah malam-malam camtu..

Tapi nasib baik aku cepat tersedar dan cepat-cepat beristighfar.. Kesian pulak pada nenek.. So aku pun pegilah goreng pisang nangka tu.. Nenek makan dengan penuh selera.. Alhamdulillah... 

Ya Allah.. Aku memohon kekuatan fizikal dan mental daripadaMu supaya dapat aku berbakti kepada nenek.. Ampunilah dosa-dosaku jika ada kekurangan dalam layananku pada nenek.. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Penyayang dan Maha Pengampun.. Aminnnn...

Segmen Tambah Follower : Edisi Kuih Raya

!                                                                             LUNA LANUN !

Assalamua'alaikum semua.. Hehehe.. Join segmen lagi.. Bolehlah ya.. Sekadar memeriahkan suasana Ramadhan dan Syawal tahun ni.. Adik Luna Lanun kata suh bagitau kuih raya pebret sepanjang zaman.. Hmmm.. Apa ek... Haaa...ni diaa...
v
v
v
v
v

  
* Photos are courtesy from Google search.

Kuih raya kegemaran sepanjang zaman saya ialah kuih batang buruk ni haa.. Tatau la apsal suka kuih ni.. Maybe sebab sedap la kot.. Hehehe.. 

Dulu-dulu masa zaman anak dara pernah belajar buat kuih batang buruk ni dengan makcik.. Hmm.. Setakat belajar je la.. Nak buat untuk suka-suka atau makan sendiri.. Idok lerrr... Sebab agak leceh juga nak membuatnya... Baik beli je kat kedai.. Hehehe.. 

Tapi tu la, biskut atau kuih raya yang dibeli ni, sama ada sedap, tak sedap atau bolehlah untuk ditelan.. Huhuhu.. Pastu pulak harganya semakin mahal.. Kalau sedap ok la juga walaupun mahal kan.. Bolehlah dipejam mata buat-buat tak nampak regenya tu asalkan sedap di tekak.. Tapi kalau mahal dan rasa hampeh.. Huhuhu..

Oklah banyak lak mengomel.. Kepada tetamu-tetamu yang sudi datang, jemputlah makan kuih batang buruk ni ya.. Sila.. Sila... Hehehe.. Makan leklok tau, jangan main ngap je.. Kot nanti tersedak lak.. Mulakan dengan Bismillahirahmanirrahim.. :)

Sunday 21 August 2011

Lapar...

*Photo courtesy from Google search.
Tengah memalam buta tetiba rasa kelaparan yang amat sangat.. Huhuhu.. Macamlah tak makan langsung masa berbuka tadi.. Tak leh jadik ni.. Perut meraung-raung mintak diisi, tapi tanak makan roti atau sekuk kering.. Dia mintak nak nasik daa... Nak ajak hb kuar gi kedai mamak macam kesian lak kat dia.. Nak tak nak terpaksalah merajinkan diri masuk ke dapur.. Selongkar esbok.. Haaa.. nasik semalam ada lagi..cantekk...! Maka bermulalah operasi memasak nasik goreng di tengah-tengah malam buta.. Hehehe..

Sekarang dah kenyang... Burrrrppppp... Alhamdulillah.. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.. Hahahaha.. Bolehlah layan internet sekejap.. Takkan lepas makan nak terus tido pulak kan.. Kang jadi ular sawa melingkau pulak.. Hehehe

Saturday 20 August 2011

Kami Blogger Prihatin

Santai Bersama BEN ASHAARI
  
  
  v
*All photos are courtesy from Google search.

Tersentuh hati apabila membaca berita kesengsaraan yang dialami rakyat Somalia.. Begitu hebat mereka diduga sedangkan kita di bumi Malaysia yang bertuah ini seringkali lalai dan alpa untuk bersyukur dengan nikmat dan kurnia daripadaNYA.. 

Oleh itu kengkawan, marilah kita sentiasa muhasabah diri (peringatan untuk diri sendiri juga..) agar kita menjadi insan yang lebih baik dan tidak lupa kepadaNYA.. 

Kepada yang mampu, marilah kita sama-sama menderma untuk meringankan sedikit beban saudara kita di Somalia ini.. Paling tidak pun, marilah kita sama-sama panjatkan doa kepada Allah agar dipermudahkan kehidupan mereka..

Jika ada yang berminat untuk menderma, bolehlah ke 
http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...