Thursday, 8 March 2012

Perisa Tambahan: Kasih Sayang!

Terbaca kat satu wall di fesbuk, tulisnya kenapa semua orang mengatakan masakan ibu masing-masing adalah yang paling sedap...? Walhal apabila orang lain merasainya, masakan itu biasa-biasa sahaja. Malah ada lagi masakan lain yang lebih sedap...
Sebenarnya apabila seseorang wanita itu memasak untuk insan yang disayanginya, beliau akan memasak dengan bersungguh-sungguh dan penuh kasih sayang... Anak-anak dan juga suami yang menikmati makanan tersebut akan merasanya sedap kerana terdapat sekali perisa tambahan kasih sayang di dalamnya... Sedangkan pada orang-orang lain yang tak berkenaan, mereka menganggap masakan itu biasa-biasa je sebab tak dapat merasai kasih sayang itu!
Hehehe... Mungkin ada betulnya juga kan.. Kadang-kadang sebagai ibu dan isteri kita masak entah pape, main cincai-cincai je.. Tapi anak dan suami kata sedap pulak.. Hinggakan diorang tu boleh teringat-ingat masakan kita sampai ke sekolah dan pejabat.. Hihihihi...
Tapi ada juga seorang anak remaja yang mengatakan masakan ibunya tak sedap... Huhuhu... Kesian ibunya tu... Dulu pernah adik bercerita tentang seorang temannya ni. Katanya, "Mak aku masak tak sedap.. Mak kau masak sedap.." "Eh, tak baik kau cakap macam tu.. Kecik hati mak kau," balas adik kepada temannya.. "Tapi memang betul pun mak aku masak tak sedap... Nak buat macam mana.. Dia jarang masak dan tak pandai masak.." 
Hmmm... Bila anak-anak berkata begini, siapa pula yang hendak dipersalahkan...? Si anak yang mengutuk masakan ibunya sendiri...? Atau si ibu yang tak pernah ada masa memasak daripada air tangannya sendiri untuk anak-anak dan suami... Renung-renungkanlah... Sama-sama kita ambil ikhtibar.. 
*All images are courtesy from Google search. 

2 comments:

  1. walau macammana pun rasa masakan tu,
    ia tetap akan jadi sedap bila dimasak dgn kasih sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..hehehe kecuali masak terlebih garam mcm ajis satar dlm bujang lapok..walaupun masak dgn kasih syg membuak2 takkan jadi sedap kalau dah sebekas garam yg masuk dlm masakan tu.. ekekeke

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...