Tuesday, 20 March 2012

Berwaspadalah...

 
Kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan berita-berita gempar yang membabitkan kehilangan kanak-kanak dan remaja.. Allahyarham adik Dirang diculik ketika ke kedai dan kemudiannya dibunuh. Seorang remaja lain pula diculik ketika ke kedai bersama adik-adiknya.. Sudah semakin tidak selamatkah dunia hari ini..? Adakah manusia sudah menjadi semakin kejam, tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan..? 

Saya masih ingat lagi pada awal tahun 80an, saya sekeluarga tinggal di rumah pangsa di Petaling Jaya. Saya ketika itu berusia sekitar 6-7 tahun. Boleh dikatakan setiap hari banyak saya kali turun naik dari rumah kami di tingkat dua untuk pergi ke kedai runcit yang terletak di tingkat bawah.. Alhamdulillah semuanya selamat dan tidak ada yang perlu dirisaukan oleh bonda apabila menyuruh saya ke kedai ketika itu. Kadang-kadang apabila tiada bahan yang diperlukan di kedai runcit Si Janggut, terpaksa pula saya ke kedai runcit Nyonya di blok bersebelahan.. Pada sebelah petang pula kadang-kadang saya turun lagi untuk membeli kuih-muih dan pisang goreng di gerai kuih untuk makan petang..

Bila diingat-ingat kembali ketika itu, semuanya aman damai je.. Tapi itu dulu... Dulu lain, sekarang ni lain... Apa hendak jadi dengan dunia moden hari ini.. Hendak ke mana-mana pun macam dah tak selamat dah bagi kanak-kanak dan remaja.. Kita sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak tentulah semakin risau dengan berita-berita gempar ini... Dah tak boleh dibiarkan lagi anak-anak hendak ke mana-mana tanpa ditemani orang dewasa... 

Kepada ibu bapa, marilah sama-sama kita didik anak-anak tentang bahaya-bahaya di luar sana.. Apa do's dan don'ts yang perlu mereka tahu... Kalau boleh, ajarkan kepada mereka juga amalan-amalan dan doa pendinding diri daripada mara bahaya. Bahaya ada di mana-mana dan malang tidak berbau.. Oleh itu, berwaspadalah... 

Hanya kepada Allah tempat kita memohon perlindungan.. Semoga Allah melindungi kita semua daripada sebarang perkara yang tidak baik.. Ameeeeennn...
  
**Nak cuba teh sudan secara percuma? Sila klik sini.

2 comments:

  1. betul `idun.. tetiba lak jadi menggila kes culik budak ni.. ingatkan dah stop, tetiba jadi balik... memang sah ada sindiket.. ada sorang budak tu ilang, dah jumpa rupanya kat bangkok.. akak memang ketar lutut baca kes2 budak2 kena culik ni.. dunia dah jadi makin gila.. eh bukan dunia, manusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal kak ana.. takut je baca berita-berita ni.. mintak anak-anak kita semua dilindungiNYA..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...