Wednesday, 28 March 2012

Alahai....

 

Masa tengah sibuk-sibuk berkemas dan packing untuk pindah ni banyak kali Qiqie mengeluh dengan wajah sedih... Kata Qiqie, "Ibu... Qiqie rasa macam tak nak pindahlah.. Qiqie sayang nak tinggalkan sekolah dan kawan-kawan.."

Saya terdiam... Kasihan Qiqie... Saya amat memahami perasaannya... Tapi apa boleh buat, kadang-kadang hidup ini menuntut pengorbanan... Sabarlah wahai anakku...

Yana (BFF Qiqie) pula setiap kali datang ke rumah mesti cakap macam ni pada saya.. "Auntie.. Janganlah pindah.. Nanti Yana rindu Auntie.." Saya pun turut sebak dibuatnya..

Sorang lagi BFF Qiqie, Sarah pula cakap macam ni, "Kita nak ikut Qiqie pindahlah.."

Alahai.....


Tuesday, 27 March 2012

Nak Jadi Jantan??

Masa tanya soklan ni, muka Qiqie Ila innocent je... Hehehehe... 

Qiqie: Ibu... Kalau minum kopi ni, boleh jadi jantan ke..??
Ibu    : Errrrrrrkk..................................!!!

Monday, 26 March 2012

Pilihan Anda?

 
Ramai orang dengan tak sedar memilih untuk sedih, derita, stress, boring & dibenci orang lain. Orang yang bijak memilih untuk bahagia dengan banyak berdoa, yakin yang Allah Maha Pengasih & beri kita yang terbaik, redha dengan setiap yang berlaku, cari hikmah dalam semua hal, banyak senyum, bantu orang, belanja orang, maafkan orang, pakai minyak wangi, solat taubat, istighfar, tengok kartun, syukur dengan apa yang ada di depan mata, buat kebaikan, nasihatkan orang, dan sebagainya. 

Orang bahagia insya Allah sihat, orang sayang, mudah buat keputusan, berjaya dalam pelajaran/kerjaya, hidup berkat, tinggalkan legasi hebat & Allah redha. 

-Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah-

Friday, 23 March 2012

Bila Diuji...

Bila diuji dengan kekayaan, jika hati sihat akan menjadi pemurah. Jika hati sakit akan menjadi sombong...
Bila diuji dengan kemiskinan, jika hati sihat akan menjadi redha. Jika hati sakit akan menjadi keluh kesah...
Bila diuji dengan kesihatan, jika hati sihat akan menjadi syukur. Jika hati sakit akan menjadi lupa...
Bila diuji dengan kesakitan, jika hati sihat akan menjadi sabar. Jika hati sakit akan menjadi gelisah...
Bila diuji dengan ketuaan, jika hati sihat akan menjadi tenang. Jika hati sakit akan menjadi merana...
Bila diuji dengan kemudaan, jika hati sihat akan menjadi seorang yang sentiasa beringat. Jika hati sakit akan menjadi seorang yg lalai...
 
♥♥♥♥♥♥ Cinta yang sejati mengandungi kasih sayang, keharmonian, penghargaan dan kerinduan di samping bersedia menempuh kehidupan susah dan senang, suka dan duka bersama-sama...   ♥♥♥♥♥♥
 
-Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood-

Wednesday, 21 March 2012

Anak Anda Masih Kencing Malam?

 
Anak-anak kencing malam ketika berusia bawah 4 tahun adalah perkara biasa. Tapi bagaimana pula jika mereka sudah bersekolah rendah atau meningkat remaja tapi tabiat kencing malam ini masih tidak dapat dibendung..? Sebagai ibu bapa tentulah kita akan merasa risau dengan situasi ini.. Hendak berjalan dan bermalam di rumah orang pun agak sukar bila perkara ini sering berlaku...

Di sini saya kongsikan satu amalan/doa/tips untuk mengelak daripada anak-anak kencing malam.. Baca:
1. Surah Al-Fatihah.
2. Surah Al-Mukminun, Ayat 115-118.
3. Ayat Penahan iaitu sebahagian daripada Surah Hud Ayat 44.
"Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah daripada curahan airmu..."

Cubalah amalkan dan banyakkan berdoa kepadaNYA.. 

**Kalau nak rasa teh sudan, boleh dapatkan sample percuma daripada saya. Sila klik di sini.

Tuesday, 20 March 2012

JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT!

BEN ASHAARI
Assalamu'alaikum semua... Saya join segmen Bro Ben lagi.. Hihihi... Kalau ada sesiapa yang berminat nak join, boleh klik sini.. Tapi kena cepat tau... Nanti dah tamat tempoh, tak dapek den nak nolong... Hehehe..

Best kan kalau dapat join bloglist Bro Ben ni.. Sebenarnya di awal pembabitan saya dalam dunia blog ni, segmen daripada Bro Ben lah yang pertama kali saya join.. Sebelum ada blog dulu, hanya jadi silent reader je.. Tak sangka pulak bila masuk segmen tu, blog saya adalah salah satu blog yang dipilih oleh Bro Ben.. Bangga tu.. hehehe...

Anyway, blog saya ini hanyalah blog peribadi yang memuatkan pengalaman saya dan anak (dan anak-anak...? Hihihi.. Insya Allah..), pandangan saya dan juga cerita-cerita menarik lain yang ingin saya kongsikan bersama pembaca.. Terbaru juga saya turut mempromosikan Sudan Hibiscus Tea di blog saya kerana saya ingin berkongsi khasiat teh ini dengan pembaca.. Saya rasa, saya telah menemui minuman yang berkhasiat untuk hidangan saya sekeluarga.. Jadi apa salahnya saya berkongsi pula pengalaman saya sepanjang menikmati teh sudan ini bersama anda semua kan..  Di samping dapat menghilangkan dahaga, ianya juga berkhasiat.. :)

Tak lupa juga terima kasih kepada Bro Ben kerana menganjurkan segmen ini.. Dan selamat menjadi papa dan mama kepada anda dan isteri.. All the best.. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkanNYA.. Ameeeennnnn...

Berwaspadalah...

 
Kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan berita-berita gempar yang membabitkan kehilangan kanak-kanak dan remaja.. Allahyarham adik Dirang diculik ketika ke kedai dan kemudiannya dibunuh. Seorang remaja lain pula diculik ketika ke kedai bersama adik-adiknya.. Sudah semakin tidak selamatkah dunia hari ini..? Adakah manusia sudah menjadi semakin kejam, tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan..? 

Saya masih ingat lagi pada awal tahun 80an, saya sekeluarga tinggal di rumah pangsa di Petaling Jaya. Saya ketika itu berusia sekitar 6-7 tahun. Boleh dikatakan setiap hari banyak saya kali turun naik dari rumah kami di tingkat dua untuk pergi ke kedai runcit yang terletak di tingkat bawah.. Alhamdulillah semuanya selamat dan tidak ada yang perlu dirisaukan oleh bonda apabila menyuruh saya ke kedai ketika itu. Kadang-kadang apabila tiada bahan yang diperlukan di kedai runcit Si Janggut, terpaksa pula saya ke kedai runcit Nyonya di blok bersebelahan.. Pada sebelah petang pula kadang-kadang saya turun lagi untuk membeli kuih-muih dan pisang goreng di gerai kuih untuk makan petang..

Bila diingat-ingat kembali ketika itu, semuanya aman damai je.. Tapi itu dulu... Dulu lain, sekarang ni lain... Apa hendak jadi dengan dunia moden hari ini.. Hendak ke mana-mana pun macam dah tak selamat dah bagi kanak-kanak dan remaja.. Kita sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak tentulah semakin risau dengan berita-berita gempar ini... Dah tak boleh dibiarkan lagi anak-anak hendak ke mana-mana tanpa ditemani orang dewasa... 

Kepada ibu bapa, marilah sama-sama kita didik anak-anak tentang bahaya-bahaya di luar sana.. Apa do's dan don'ts yang perlu mereka tahu... Kalau boleh, ajarkan kepada mereka juga amalan-amalan dan doa pendinding diri daripada mara bahaya. Bahaya ada di mana-mana dan malang tidak berbau.. Oleh itu, berwaspadalah... 

Hanya kepada Allah tempat kita memohon perlindungan.. Semoga Allah melindungi kita semua daripada sebarang perkara yang tidak baik.. Ameeeeennn...
  
**Nak cuba teh sudan secara percuma? Sila klik sini.

Monday, 19 March 2012

Cherish Your Life...

 
"When you're feeling down, take a moment, think of all the blessings that you have been given and then suddenly all your problems and shortcomings seem so small and insignificant."

 

"Letting go of your past is not to forget, or block memories, or stop to think about, or pretend the feelings are not there. It’s about the ability to think about your past with no feelings of anger, jealousy, hurt or regret.


Letting go is not about wishing things could have been different and dwelling in the past. It isn’t about thinking sad memories that leave you empty and hurt. It isn’t about loss or defeat. 


To let go is to cherish the good memories, learning and growing. It’s about being thankful for the experiences that once made you laugh, made you cry, made you who you are today. It’s about having the courage to accept that people change and things change. It’s about having the strength to overcome the pain and move on. It’s about all that you had, all that you have and all that you will gain if you were to let go. Letting go is to release your past and grow and live for your present and your future" - Rita Zahara

Cuba Tengok Betul-Betul...

Berapa banyak haiwan yang anda nampak...?
 
Source FB Medical Humour

Sunday, 18 March 2012

Antu Jahat The Woman In Black

Errrrr.. Ada ke antu yang baik..??? Hihihiiiiiiii... (Sila mengilai macam langsuir...) :p!
   
Malam semalam tengok movie The Woman In Black, lakonan Daniel Radcliffe (Harry Porter) kat TGV Bukit Raja Klang.. Kat MBO Space U8, tak tayang citer ni.. Tu yang terpaksa merantau sampai ke Bukit Raja.. Pada mulanya Qiqie tamo tengok sebab takut nak tengok citer antu tapi nak tinggalkan dia dengan sape lak kat rumah kan.. Nak tak nak terpaksalah juga bawak dia sekali... Punyalah ketakutan budak ni sampai tutup mata tutup telinga.. Hehehe.. Kesian dia kena paksa tengok citer antu dengan Ibunya.. Nanti Ibu upah beli magazines ya... Hehehe...
 
Citer ni banyak adegan yang terkejut-kejut... Penonton kat dalam movie hall tu pun ada yang sampai menjerit sebab tokojut... Seram jugalah tengok muka makcik antu tu time malam-malam.. Hihihi.. Cuma tak puas hati la ending citer ni.. Nape la jadi cenggitu.. Kesian Arthur Kipps...
  
  
Beberapa minggu sebelumnya kami tengok John Carter.. Best juga citer ni.. Sape-sape suka citer adventure dan sains fiksyen, bolehlah layan citer ni.. 
  
 
 


Friday, 16 March 2012

To Let Go

 
Dalam sibuk-sibuk berkemas dan packing nak pindah ni, sempat lagi tu layan blog.. Alaaa.. Sekejap je ponn.. Hihihi.. Masa tengah berkemas ni ada banyak juga terjumpa semula benda-benda yang masih elok dan tak pernah guna lagi.. Kebanyakannya Qiqie Ila punyalah.. Simpan punya simpan, lelama lupa pastu baju atau kasutnya tu dah kecik.. Langsung tak boleh pakai lagi dah.. Sayang betul.. Huhuhu... Nak simpan untuk adik Qiqie... Hmmm... Tak tau bilalah dapat adiknya... Nak simpan lagi nanti bertambah rosak benda-benda tu.. Baik let go aje kan.. 

Nantilah bila-bila ada masa, saya cuba upload gambar-gambarnya kat blog.. Kot la ada yang berkenan dan nak beli murah-murah kaann... :)

Pssstt... Dah baca pasal Sudan Hibiscus Tea...? Nak tau klik sini dan sini.
 

Wednesday, 14 March 2012

Perhatian: Jimatkan Air!

 
Bermula hari ni banyak tempat kat Lembah Klang akan mengalami gangguan air selama 36 jam bermula dari jam 8 pagi 14 March 2012 sehingga 8 malam 15 March 2012. Untuk maklumat lanjut dan senarai kawasan yang terlibat, sila klik sini.
 
Uihhh.... Lama tuuu takde air.. Gunakan bekalan air yang disimpan dengan berhemah.. Jangan bazir-bazir tau... Kot nanti tak cukup air, terpaksa lak gi beli air mineral kat kedai atau gi tumpang toilet kat pusat membeli-belah.. Hehehe... Aiyyoohhh... Masa nak kena jimat air ni lah, masa tu pulak lah asyik nak terkucil... Apa daaa... 

Friday, 9 March 2012

Thursday, 8 March 2012

Perisa Tambahan: Kasih Sayang!

Terbaca kat satu wall di fesbuk, tulisnya kenapa semua orang mengatakan masakan ibu masing-masing adalah yang paling sedap...? Walhal apabila orang lain merasainya, masakan itu biasa-biasa sahaja. Malah ada lagi masakan lain yang lebih sedap...
Sebenarnya apabila seseorang wanita itu memasak untuk insan yang disayanginya, beliau akan memasak dengan bersungguh-sungguh dan penuh kasih sayang... Anak-anak dan juga suami yang menikmati makanan tersebut akan merasanya sedap kerana terdapat sekali perisa tambahan kasih sayang di dalamnya... Sedangkan pada orang-orang lain yang tak berkenaan, mereka menganggap masakan itu biasa-biasa je sebab tak dapat merasai kasih sayang itu!
Hehehe... Mungkin ada betulnya juga kan.. Kadang-kadang sebagai ibu dan isteri kita masak entah pape, main cincai-cincai je.. Tapi anak dan suami kata sedap pulak.. Hinggakan diorang tu boleh teringat-ingat masakan kita sampai ke sekolah dan pejabat.. Hihihihi...
Tapi ada juga seorang anak remaja yang mengatakan masakan ibunya tak sedap... Huhuhu... Kesian ibunya tu... Dulu pernah adik bercerita tentang seorang temannya ni. Katanya, "Mak aku masak tak sedap.. Mak kau masak sedap.." "Eh, tak baik kau cakap macam tu.. Kecik hati mak kau," balas adik kepada temannya.. "Tapi memang betul pun mak aku masak tak sedap... Nak buat macam mana.. Dia jarang masak dan tak pandai masak.." 
Hmmm... Bila anak-anak berkata begini, siapa pula yang hendak dipersalahkan...? Si anak yang mengutuk masakan ibunya sendiri...? Atau si ibu yang tak pernah ada masa memasak daripada air tangannya sendiri untuk anak-anak dan suami... Renung-renungkanlah... Sama-sama kita ambil ikhtibar.. 
*All images are courtesy from Google search. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...