Monday, 10 October 2011

Kalau Dah BerTUANkan NAFSU...

Aku rasa mesti ramai yang dok tengok citer Tahajjud Cinta kat TV3 kan.. Aku pun tak terkecuali hehehe.. Mulanya tertengok secara tak sengaja.. Pastu lelama terikut la pulak.. Tiap-tiap minggu termelekat je kat depan tv tuh.. hehe


Aku tengok sweet je Fazura, Fauziah Ghouse, Dira dan Norish Karman pakai tudung dalam citer ni.. Tapi apa yang aku nak mengomel kat sini bukan pasal diorang tapi pasal ustaz Sauki yang patut mati tu.. Huhhhh.. Geram betul nengoknya.. Kononnya macam alim sangat dan berilmu tapi hipokrit.. riak.. Dia ajelah yang betul.. Orang lain salah.. Semua orang kena dengar dan akur dengan kata-katanya.. Ishhhhhh... Jahat jahat jahat..!


Tapi pandai gak si Eman Manan tu berlakon watak jahat kan.. Biasanya dia selalu jadi baik je.. Hehehe Kasi orang menyampah dan 'panas' je.. Rasanya part yang paling ramai orang sakit hati ialah masa ustaz Sauki tu tendang dan pijak Seri tu.. Kesian Seri.. Tak sabar aku nak tengok endingnya.. jeng jeng jeng...


Mungkin pada sesetengah orang, cerita sebegini merapu.. Citer Soffiya tu pun ada orang marah...  Tapi kalau manusia dah bertuankan nafsu serakah, hati pun akan turut menjadi hitam dan buta.. Akal lagilah, memang dah tak boleh nak fikir.. Dalam keadaan begini nothing is impossible.. Yang tak terjangkau dek akal fikiran pun boleh dilakukannya.. Ilmu yang dipelajari pun boleh pulak digunapakai mengikut kepentingan sendiri..


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita menyayat hati yang dilakukan oleh seorang bapa yang kejam.. Berita penuh di sini. Bayi yang baru berusia 23 hari telah diliwat dengan kejam oleh bapanya yang tiada perikemanusiaan langsung! Inilah akibatnya kerana terlalu mengikutkan nafsu serakah sehingga sanggup bertindak sedemikian rupa... Ke mana hilangnya rasa kasih sayang seorang bapa kepada anaknya.. Tergamak dia melakukan perkara terkutuk itu terhadap bayinya sendiri.. Bapa sebegini seharusnya dihukum mati je..
*All photos are courtesy from Google image search.
Peringatan untuk kita bersama... Marilah kita sentiasa muhasabah diri.. Jangan dibiarkan nafsu bermaharajalela dan akhirnya kita yang menjadi hamba nafsu.. Bukankah manusia yang paling kuat ialah manusia yang dapat mengatasi hawa nafsunya.. Fikir-fikirkanlah... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...