N3 terlambat yang terlampau.. Kuang Kuang Kuanggg.. Kira halal lah En. Ben ya.. Saje jer nak memeriahkan majlis.. Ahakksss :)
1. Letak banner - Dah siap letak...
2. Tajuk JELAJAH BLOG KATEGORI IBU dan linkkan ke entri ini... - Wokeyyy
3. Siapa yang layak masuk ? Blogger blogger yang sudah bergelar ibu.
Ya, saya seorang ibu tapi bukan ibu roti atau ibu jari tau.. Muahahaha..
4. Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda.
Saya seorang ibu kepada seorang anak perempuan yang baru saja memasuki darjah 1 tahun ini. Anak-anak yang lain belum ada rezeki lagi kecuali yang ada ni haa.. anak mata dan anak tekak..hehehe Oh ya lupa, di samping itu saya juga ada anak-anak ikan (oppss.. jangan fikir mende lain ye..hehe) dan anak-anak pokok yang saya sayang dan jaga setiap hari.. Saya ni baru je berjinak-jinak dengan dunia blog ni.. Tak sampai pun sebulan saya bukak tanah di alam maya ni.. Sebab tu la blog ni nampak macam poyo je kan.. hehehe Saje jer nak nyibuk2 dengan segmen En.Ben kita yang glamer ni.. heheh
5. Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu.
Rasanya semua ibu berkongsi pengalaman manis yang lebih kurang sama kot iaitu ketika menyambut kelahiran cahaya mata mereka.. Saya pun tidak terkecuali.. Masa saya bujang trang tang tang dulu saya pernah bertanya pada emak yang mempunyai sembilan anak.
"Sembilan kali mak bersalin, macam manalah mak boleh tahan kesakitan tu. Tak sakit ke mak?" Jawapan emak ringkas, "Nampak aje anak tu, lupa segala sakitnya.." Masa dengar jawapan mak, saya blurrr je.. Amende mak cakap nih.. Tapi bila dah melaluinya sendiri, saya mula memahami.. Melahirkan zuriat memang pengalaman yang menyakitkan tapi korang akan lupa segala kesakitan itu apabila memandang bayi yang baru dilahirkan.. Alhamdulillah.. cahaya mataku... Dan Insya Allah kalau ada rezeki, memang saya nak tambah lagi rakyat jelata ni.. hehehe
6. Kenangan pahit anda?
Hmm.. Kenangan pahit jadi ibu?? Sebenarnya tak ada yang pahit, cuma kadang-kadang saya rasa agak penat aje lah ketika membesarkan dan mendidik anak.. Tapi segala kepenatan tu tak lama pun.. Bila dah tengok anak hepi, sihat dan selamat, segala pengorbanan dan kepenatan tu tak terasa pun..
7. Kata-kata khas buat si suami.
Untuk suami, saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga di atas kasih sayangnya dan juga di atas segala-galanya.. Alhamdulillah, segala puji-pujian kepadaNYA di atas jodoh ini.. Semoga kasih sayang di antara kami berkekalan hingga ke hujung nyawa.. I want to grow old together with you.. Nak sama-sama bermain dengan cucu-cucu.. Sempat ke kita bang..? hehehe
8. Jika ada anak, apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana.
Sentiasa ingat Allah ya anak-anak semua..
9. Apakah harapan anda kepada anak anda.
Tiada apa yang ibu inginkan melainkan anak ibu sentiasa sihat, ceria, selamat dan bahagia di dunia dan akhirat...
10. Nasihat buat si gadis di luar sana.
Kepada anak-anak gadis semua.. oppss.. dan jejaka juga tau.. Kehidupan sebenar bukan bermula apabila anda dah dapat kerja atau bila tinggal berasingan daripada keluarga. Sebaliknya ia bermula apabila anda mendirikan rumahtangga dan ada anak-anak.. Persiapkanlah diri, mental dan fizikal dengan ilmu untuk melayari bahtera rumahtangga bersama-sama.. Marriage is a two way relationship, bukan one way street ya.. Perlu ada give and take, komunikasi, kesabaran dan juga pengorbanan..
Dah siap dah.. Nasib baik tak mengarang novel.. hikhikhik.. :)