Tuesday, 4 December 2012

Untuk Wanita Sahaja

Sumber daripada FB Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Perkara yang selalu kurang dititikberatkan...
TIPS MENGGUNAKAN TUALA WANITA

Perkara yang salah selalu dilakukan oleh wanita ketika menggunakan tuala wanita ialah:

1. Tidak membasuh tangan sebelum mengambil tuala wanita yang baru. Ketika membuka dan meletakkan tuala wanita pada seluar boleh memindahkan kuman dari tuala wanita yang lama dan kotor.

2. Tidak meneliti tarikh luput, kerana apabila tuala wanita menghampiri tarikh luput, kualitinya menjadi rendah.

3. Menggunakan tuala wanita yang mempunyai wangi-wangian yang boleh menyebabkan alahan pada kulit.

4. Menggunakan satu tuala wanita untuk jangka masa yang lama dengan alasan untuk menjimatkan kos, mengakibatkan pembiakan kuman yang banyak dan akhirnya menyebabkan jangkitan kuman. Cara terbaik ialah menukarkan setiap dua jam ketika hari-hari awal kedatangan haids.

5. Memilih tuala wanita yang terlalu tebal dengan alasan agar lendiran dan darah dapat diserap dengan baik. Padahal ini akan menyebabkan wanita itu menggunakan tuala wanita itu terlalu lama dan mengakibatkan pembiakan kuman yang banyak pada tuala itu dan jangkitan kuman pada alat sulit.

Friday, 23 November 2012

Mahukah Kita Mendengar...?

Sebagai ibu bapa, sudah pastinya kita mahukan yang terbaik buat anak-anak yang tercinta. Kita mahukan anak-anak mendengar dan menuruti apa yang kita suruh.. Tapi mahukah kita sebagai orang dewasa mendengar dan melakukan apa yang disarankan oleh anak-anak kita..? Lebih-lebih lagi jika apa yang dikatakan oleh anak-anak itu adalah suatu perkara yang perlu dititikberatkan..?

Seperti contoh, pada suatu hari Qiqie Ila pulang dari sekolah dan bercerita tentang aktiviti di sekolahnya. Ada sebuah syarikat produk hygiene telah datang ke sekolah dan berkempen tentang kepentingan menjaga kebersihan kepada murid-murid.
Qiqie: Ibu tau tak.. Kalau kita dah lepas guna toilet bowl, kita mesti tutup toilet bowl tu dengan penutupnya..

Ibu    : Ye ke..? Tapi kenapa..?

Qiqie: Sebabnya orang yang datang kat sekolah tu bagitau, toilet bowl tu masih ada germs walaupun kita dah flush.. Macam orang sneeze, bila sneeze kemudian tak tutup mulut, semua germs akan merebak.. Heee... Geli Qiqie tengok gambar yang orang tu tunjukkan kat sekolah.. Germs yang banyak tu akan spread everywhere dalam toilet kalau kita tak tutup toilet bowl..

Ibu    : Ooohh.. Macam tu ye.. Ibu pun tak tau sebelum ni..

Qiqie: Lepas ni Ibu dan Ayah mesti tutup toilet bowl bila dah guna toilet bowl tu ye..
Ibu    : Ye lah.. Kita sama-sama jaga kebersihan ok..? Bagus anak Ibu ni..

Mula-mula memang asyik terlupa je nak turunkan penutup toilet bowl tu lepas guna.. Tapi lama-lama kami bertiga dah mempraktikkannya.. 
Cuma bila ke rumah neneknya, ada yang bising-bising bila toilet bowl asyik ditutup selepas menggunakannya.. Puas Qiqie menerangkan kepada mereka, tapi setakat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je kot.. Biasalah.. Agak susah untuk melakukan perubahan kan.. Hehehe..
*All images are courtesy from Google search.

Tuesday, 30 October 2012

Happy Birthday Qiqieku Sayang...

Happy 8th birthday to my beloved Qiqie Ila... Selamat hari lahir sayang... Dah 8 tahun umur anak Ibu ni.. Terasa cepat sangat masa berlalu.. Macam baru semalam je Ibu dukung Qiqie masa baby.. Huhuhu.. Hari ni Ibu dah tak larat nak dukung dah.. 

Ibu doakan Qiqie sihat, menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat dan juga sentiasa dilindungi oleh Allah.. Aameennn... Ibu dan Ayah sayang sangat pada Qiqie.. Muaaaaahhhhhhh.... :)
 
 
 
Dua kek birthday untuk Qiqie.. Yang Barbie doll tu for display only.. Comey sangat-sangat sampaikan sayang nak makan... Hehehe.. Yang dipotong hanyalah kek cekelak moist tu.. Hehehe... Dua-dua kek ni dibuat oleh mak sedara Qiqie yang comel.. Kalau nak order boleh terjah ke blog dia kat sini.

Thursday, 27 September 2012

Memasak...

Huahuahuaaa.... Inilah hasilnya memasak ketika sakit pinggang... Agaknya kalau tak sakit pinggang, siap masak-masak untuk kenduri lagi tu... Hehehe... Ohhh tidaaaaaaaaakk... Patah pinggangku ini...

Yang sebenarnya masak lontong untuk Qiqie Ila.. Kesian dia dah lama mengidam nak makan.. Sakit tak sakit digagahkan juga memasak untuk anak.. Hilang sekejap sakit bila tengok Qiqie dan ayahnya makan dengan penuh selera.. Alhamdulillah...

Dahhh... Nak gi cari tukang urut pulak.. Huhuhu... 

Friday, 14 September 2012

Bloglist HASRULHASSAN.COM | 200 Blog Terawal Sahaja!

Assalamu'alaikum... Dah lama saya tak join apa-apa segmen. Tadi ternampak segmen HH ni.. Apa lagi.. Boleh la join kan.. Harap-harap masih sempat untuk mendapat tempat sebagai 200 blog terawal tu.. 

Dulu-dulu saya dah pernah join segmen anjuran HH ni sebab tu la blog HH dah sedia ada dalam bloglist saya. Memang best la bila dapat join bloglist blogger otai ni sebab diorang dah ada ramai pembaca.. Secara tak langsung, mungkin ada juga yang berminat nak singgah ke blog saya yang suam-suam kuku ni.. Hehehe... Pada saya kalau dapat followers ramai best juga.. Tapi yang lagi best bila ada ramai pembaca setia yang selalu singgah ke blog kita.. Asalnya dok mengomen-ngomen kat blog je.. pastu lama-lama jadi kawan betul-betul.. Kan best gitu.. Hehehe.. 

Kalau ada sesiapa nak join, boleh ke sini. :-) 

Thursday, 13 September 2012

Kalau

Photo: Alhamdulillah...Thank You Allah <3...
Kalau bosan, jangan lama-lama...
Kalau sedih, usah larut panjang berjela...
Kalau marah, tahanlah semampunya... 
Maafkanlah semua yang melukakan kita...
Mintalah maaf daripada orang yang kita lukai...
Mohonlah ampun pada ALLAH..

Kuatkan hati, bangun semula...
Photo

Tuesday, 11 September 2012

Betul Juga

Hmmm... Kadang-kadang betul juga kaaann... Ada masanya kita nak cover line supaya orang yang bertanya tu tak risau sangat, jawab je la 'Ok'.. Padahalnya Tuhan aje yang tau apa yang ada dalam hati...

Kadang-kadang juga disebabkan marah, terasa hati atau kecewa, laju je mulut tu cakap, 'I don't care'.. 'Lantak kau lah..', 'Ada aku kesah..???'.. Padahalnya dalam hati... Sendiri mau ingat ler.. Hehehe...

Kadang-kadang kita diamanahkan supaya menyembunyikan sesuatu. Tapi bila ada yang cuba menjadi 'kapal korek', terpaksa juga cakap 'Entahlah..', 'Tak tau..' Tapi sebenarnya tau.. Huhuhu... Mana ada bohong sunat ye tak..? 

Sebagai manusia, adakah kita bersalah jika pada masa-masa tertentu kita terpaksa menyembunyikan perkara sebenar...? Hmmm... Memang kita dianjurkan supaya berkata benar setiap masa walaupun kadang-kadang hakikatnya begitu pahit untuk ditelan... Tetapi jika diberitahu juga perkara yang sebenar, dapatkah mereka yang mendengarnya menerima kenyataan tanpa ada rasa marah, kecewa dan perasaan-perasaan  negatif lain yang sewaktu dengannya...? Hmmm...

Salam Syawal

Assalamu'alaikum dan selamat hari raya kepada semua walaupun Syawal dah nak abess.. Hehehe.. Lama tak bersiaran kat sini.. Kak Ana kata nanti blog kena hinggap dengan makhluk halus! Huahuahuaa... Lawak sungguh Kak Ana ni.. Bukan merajuk atau takde idea nak mencurah perasaan kat belog yang suam-suam kuku ni.. Cumanya masa dan keadaan kesihatan yang kureng mengizinkan untuk mengadap komputer ni lama-lama... 

Alhamdulillah... Tahun ni dapatlah merasa berpuasa dengan hb. Sebab tahun-tahun sebelum ni hb keje jauh, hujung minggu je ada kat rumah (kalau tak outstation). Tahun ni dapatlah kami tiga beranak sama-sama bersahur dan berbuka puasa.. Syukur.. Tahun ni juga dapat merasa 'balik kampung'.. Walaupun kampungnya kat KL.. Hehehehe... Ok la tu kan... Pengalaman baru untuk kami tiga beranak..
 

Monday, 16 July 2012

Bila Cinta Beralih Arah...

Dua bulan lepas ketika pulang ke kampung, saya sempat bertemu dengan seorang sahabat, Kak Ell di rumahnya. Terkejut dan menangis saya bila Kak Ell menceritakan masalah rumahtangganya dalam tangisan di dapur rumahnya.. Kak Ell saya peluk erat-erat sebelum kami berpisah. Doa saya dalam hati, Ya Allah.. Kau kuatkanlah semangat sahabatku ini.. Kami sama-sama menangis.. 


Siapa sangka rumahtangga Kak Ell yang dibina selama 13 tahun tiba-tiba goyah disebabkan ada orang ketiga.. Siapa yang menduga suami yang dicurahkan kasih sayang sepenuhnya mula main cinta dengan rakan sepejabatnya (yang juga isteri orang) setelah berjawatan besar.. Anak dan isteri mula diabaikan bila suami terlalu asyik memadu kasih.. Yang paling menyakitkan hati, si suami tergamak memberitahu kekasih barunya yang dia sudah bercerai dengan Kak Ell.. 

Saya pernah terdengar satu ceramah agama, jika seorang suami memberitahu orang lain bahawa dia sudah bercerai dengan isterinya, sebenarnya talak itu sudah jatuh kepada isterinya.. Huhhhh... Scary kan..? Alangkah bahayanya bagi suami untuk mempermain-mainkan lafaz talak ini.. Walaupun niat asal hanya sekadar untuk main-main atau untuk menipu kekasih barunya tapi sebenarnya talak itu sudah sah di sisi agama... Huhuhu.. 

Khabar terbaru, kes Kak Ell sudah dibawa ke mahkamah.. Kesian sangat pada Kak Ell... Semoga Kak Ell terus sabar dan kuat menghadapi dugaan ini.. 

Dugaan datang pada kita dengan pelbagai rupa.. Kembalilah kita kepada Allah dan memohon kekuatan daripadaNYA... 

Wednesday, 11 July 2012

Memang Macam Tu Ke?

Seumur hidup saya, saya tak pernah sekolah girls school, methodist ke, convent ke.. Tapi di tempat baru ni, anak saya bersekolah di sekolah convent.. Semua budak perempuan je takde budak lelaki. Saya perhatikan cikgu pun semuanya perempuan takde cikgu lelaki. Lelaki yang ada hanyalah pak guard sekolah.. ekekekeke... 

Sekolah ni kecik je kalau nak dibandingkan dengan sekolah lama Qiqie di Shah Alam dulu.. Rasa pelik juga bila dah biasa dengan sekolah besar tiba-tiba bertukar ke sekolah kecik, lepas tu murid dan cikgu pun tak ramai. Ada juga peraturan sekolah ni yang saya rasa 'ridiculous'.. Antaranya murid-murid tak dibenarkan bawa mechanical pencil dan pen ke sekolah.. Errkkk... Kenapa ya...??? Bila ditanya pada Qiqie kenapa? Jawabnya entah.. tak tau.. Cikgu tak bagi.. Siapa yang bawak pen, nanti kena rampas masa spot check.. Nak kata pen dengan mechanical pencil tu tajam, pensel biasa dan pensel warna tu pun tajam gak. Gunting tajam gak.. Tapi boleh je bawak ke sekolah.. Hmmm...?

Oohh.. Ada lagi yang saya tak puas hati.. Menurut Qiqie, cikgu hanya benarkan murid yang berambut pendek pakai cekak. Yang berambut melepasi bahu kena buat sanggul.. Ikat tak boleh.. Haaahhh...??!! Sanggul..?? Aduhaiii.. Memang semua sekolah convent macam ni ke..? Semua murid kena bersanggul.. Tapi kenapa pulak ya..? Di sekolah lain ok je nak ikat rambut satu ke.. Ikat dua ke.. Tocang ke.. Janji rambut murid kemas.. Tak bersepah dan tak berserabai.. Rambut si Qiqie ni pulak sikit je lagi nak sampai bahu.. Selalunya saya ikat je rambut dia bila pergi sekolah.. Dah kena panggil berdiri ke depan sebab tak sanggul rambut.. Huhuhu... Saya suruh dia gunting rambut dia tak nak.. Suruh dia pakai cekak, dia tak suka lak pakai cekak.. Alih-alih terpaksalah juga saya berhempas-pulas menyanggul rambutnya.. Nak sanggul pun susah juga sebab rambut tak cukup panjang.. Nasib baiklah ada jual hair accesories untuk sanggul kat book shop sekolah.. Sebijik dua hengget.. Haaahh.. belilah dua, satu sebagai spare, kot patah ke hape.. Adeiiii... 
 
Sebenarnya ada lagi perkara yang saya agak kurang puas hati dengan sekolah ni.. Kalau di sekolah lama Qiqie, cikgu kelas memang bagi nombor henpon masing-masing pada ibu bapa. So kalau ada apa-apa, ibu bapa boleh berhubung terus dengan cikgu. Memang pihak sekolah pun galakkan ibu bapa ambil nombor cikgu. Tapi kat sini tak macam tu.. Bila saya bertanya pada cikgu kelas Qiqie, dia hanya memberi alasan boleh call nombor telefon sekolah je.. Hmmmphh.. Kita pun bukannya takde kerja nak mengacau dia.. Cuma kalau ada apa-apa  kemusykilan berkenaan anak kita, bolehlah kita bertanya.. 

Sementara Qiqie masih di sekolah ini, nak tak nak terpaksalah akur dengan peraturannya walaupun tak puas hati.. Kalau later kami pindah lagi, terpaksalah menukar rentak dengan ikut peraturan sekolah lain pulak.. Hmmm.. Apo nak dikato..  

Hmmm.. Tengah panas-panas ni.. panas cuaca dan panas hati.. elok juga minum roselle yang sejuk dan nyaman ni kan... Oppsss... Apa kena-mengena lak ni.. Hehehehe.. Iklan enterprem.. Kihkihkihhh... :-)

Wednesday, 4 July 2012

Jangan Lupa Bersyukur KepadaNYA

Kesihatan yang baik itu sememangnya anugerah yang tak ternilai daripada Allah.. Oleh itu kita sebagai hambaNYA jangan sekali-kali lupa untuk bersyukur di atas kurniaanNYA itu.. Jangan sekali-kali kita riak dan sombong.. Jangan sia-siakan kesihatan yang baik untuk memaksimumkan ibadah kepadaNYA..

Malam entah bila ketika menikmati hidangan makan malam, sambil-sambil kami menjeling berita di tv yang memang sedia terpasang. Ada seorang 'public figure' sedang menceritakan bagaimana beliau menjaga kesihatan dan amalan-amalan yang beliau lakukan untuk kekal sihat.. 

Cuma yang tak sedap didengar dan saya juga hampir tersedak apabila mendengar kenyataan beliau yang agak berbau riak.. Katanya beliau bersih daripada segala jenis penyakit, tak ada kencing manis, tak ada sakit pinggang, tak ada sakit jantung.. Tak ada apa-apa penyakit, bersih daripada segala jenis penyakit..

Saya terdiam dan berfikir seketika.. Bukankah lebih baik jika beliau berkata, "Alhamdulillah.. Saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan saya kesihatan yang baik sehingga hari ini.."

Tak kisahlah apa jenis amalan yang dilakukannya untuk kekal sihat, jika Allah tak mengizinkannya, takkan sihat juga dia.. Kalau Allah nak tarik balik nikmatNYA, dalam sekelip mata saja kita boleh kehilangan segala-galanya.. Teringat saya pada Cerekarama pada Sabtu malam yang lepas.. Watak lakonan Norish Karman begitu sombong dan takbur dengan kekayaan yang dimilikinya.. Masa tengah on the phone dengan pembunuh upahan yang diupah untuk membunuh menantunya sendiri, dia cakap.. "....Mati??? Aku takkan matilah!!" Dia bukak pintu kereta nak keluar daripada kereta tetiba tebabommmmm...!!! Terus kena gelek dengan lori besau... Errrrkkk...!!! Mati tang tu jugak dia... Sungguh sadis... Huhuhu...

Moh kita jaga lisan kita.. Jaga hati kita.. Jaga ibadah kita kepadaNYA... Sesungguhnya nikmat Allah kepada hambaNYA terlalu banyak dan tak terhitung oleh kita.. Yang paling mudah.. Bersyukurlah kita kerana masih bernafas hingga ke hari ini..

Peringatan juga buat diri saya sendiri supaya sentiasa bersyukur di atas nikmatNYA yang tak terhingga... 

Friday, 15 June 2012

Bismillah 5


Antara fungsi Bismillah 5:

*Penawar bisa diri
*Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
*Penawar bisa-bisa badan
*Penawar bisa batu merian
*Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya

Cara menggunakan Bismillah 5 :

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kemudian tiup tempat tadi, kemudian baru tiup di air; atau



2. Kalau tempat sakit itu tidak boleh diletakkan tangan kerana sakit atau sukar untuk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahawa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.


Kesan Sampingan:

Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudarat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun. Insya Allah. 

Sumber: FB Kasturi Syifa' HQ

Perihal Makan

Kalau dah namanya berada di tempat orang, mesti nak juga merasa makan di tempat-tempat makan kat situ kan... Kami pun tidak terkecuali. Nak la rasa makanannya sesuai dengan tekak kami atau tidak.
Ada lah beberapa tempat makan yang kami dah cuba. Tapi kami telah dicaj dengan harga yang agak mahal kalau nak dibandingkan dengan pelanggan lain.. Errrkkk...! Apsal eh..? Adakah sebab mereka tengok muka kami ni muka orang luar, jadi bolelah caj kaw-kaw punya..?

Kalau kedai kepsi, mekdi atau kedai-kedai yang dah bagitau harga makanan dan minuman tu awal-awal, tak kisahlah.. Memang kita dah tau rege masing-masing.. Kalau nak order je, tak nak pun boleh blah je dari situ..

Ini kedai biasa-biasa je yang tidak dinyatakan harga lauk-pauknya. Bukan bertaraf hotel dan ada juga kedai makan kat tepi jalan.. Amik la makanan sebanyak mana pun, pastu bawak makanan kat kaunter dan bayar. Orang lain kat depan kami, lagi banyak lauk yang diambilnya tapi apsal kami yang lauk ala kadar je ni kena caj mahal pulak ya..? Ada sekali tu saya ambil lauk ayam seketul, kari daging seketul bersama kuah sikit dan nasi beriani harganya RM12! Mak oiiii... Orang depan tu lagi meriah lauknya cuma dicaj RM9.. Huhhh... Apa kes..???

Kat muka kami ni ada cop 'Sila caj kami dengan harga yang mahal' ke..???? Adoyaiiiii....

Wednesday, 13 June 2012

Upah Orang Penat...

Sudah sebulan lebih kami di tempat baru. Masih lagi dalam adjustment period... Kerja-kerja mengemas rumah, membuka kotak-kotak pun banyak yang belum siap lagi.. Tak tau la berapa bulan boleh siap sepenuhnya huhuhu.. Ini pun baru je dapat makan dan minum daripada pinggan dan gelas kaca. Dah sebulan kami jadi kanak-kanak riang ribena, makan dan minum dalam pinggan dan cawan plastik yang berwarna-warni... hehehehe... Sebabnya banyak sangat kotak yang bertulis kaca, dah tu tak ingat pulak pinggannya dalam kotak mana..... hehehe.. Dalam kelam-kabut dan kesibukan ini, business saya pun entah ke mana... Kesihatan sendiri pun tidak terjaga... huhuhu... Takpe, lepas ni all out buat business ni.. Insya Allah..

Akibat terlampau penat dan stress beberapa bulan sebelum berpindah baru-baru ni, saya mengalami demam panas. Rupa-rupanya saya dijangkiti HFMD...! Kita dah lah mengejar masa, sakit lah pulak.. Memang dugaan betul.. Kata doktor yang merawat, sakit ini tak merbahaya cuma ambil masa untuk sembuh sepenuhnya. Kebetulan pula kawasan sekolah Qiqie di Shah Alam ketika itu mengalami outbreak, duduk berulang-alik menghantar Qiqie ke sekolah, saya pun terkenalah tempiasnya... Huhuhu... 

Saya ingatkan sakit ini dialami oleh kanak-kanak saja. Rupa-rupanya menurut doktor, orang dewasa juga boleh terkena jangkitan jika sistem imunisasi badan sangat-sangat rendah.. Oohhh.. Baru saya tau.. Patutlah saya yang kena.. Penat dan stress sangat, haaa.. amekaww.. hehehehe.. Moral of the story, lain kali penat macam mana pun kena jaga kesihatan diri.. Nanti sendiri juga yang susah dan menanggung sakit.. 

Ooppss.. sebenarnya citer tadi itu iklan je.. Nak citer pasal lain.. Hehehe.. Anyway, rumah di tempat baru ni berjiran pulak dengan McDonald's.. Bolehlah jalan kaki kalau dapat lintas longkang besor dan jalan yang sibuk dengan kete kat depan tu.. Hehehe.. Yang kelakarnya, pada masa-masa tertentu boleh bau fries McD sampai ke rumah... Perut yang kenyang pun bole terasa lapor.. Hahahaha.. 
Gambar diambil dari tingkap bilik utama...

Agaknya kesian nengok saya yang asyik kepenatan dan sakit pinggang dok tunggang-terbalik mengemas, hb pun belikanlah saya hadiah... Hehehehe.. Nak tau apa dia...? Jeng jeng jengg..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Hehehehe... Gelang kristal batu garnet... Beli kat kedai kristal HOJB Kinta City Ipoh. Kata penjual tu, batu garnet ni bagus untuk balancekan hormon, untuk melancarkan peredaran darah dan sebagainya. Tapi saya ni takdelah peduli sangat pasal tu, yang penting cantik, saya berkenan dan hb baik hati nak belikan.. Terima kasih ya abang... Smooocchhhh... Muahahahaha.. Harganya boleh tahan juga, nasib baik kebetulan ada sale, dapatlah less.. Selamat RM aku...kata hb..Hahahahahaha...

Qiqie Ila pon dapat hadiah gak, tapi hadiah dia Poh Kong mali.. Yang berani masuk Poh Kong tu sebab boleh trade in barang-barang lama dia masa baby. Ada yang dah putus dan Qiqie dah overgrown saiznya... Kalau tak, takdenya nak beli.. Emas sekarang mahal yang amat... Kata Qiqie, Ibu dapat batu, Qiqie dapat emas...! Amboi-amboi...kemain mulut dia eh... Kalau kau noti, siaplah gelang baru kau ku trade in pulak..! Muahahahahahahaha.. (Evil laugh)

Takpe Qiqie.. Ibu ni fleksibel, Ayah nak bagi gelang kristal Ibu ambik. Kalau nak bagi gelang emas pun boleh, Ibu takkan tolak punya.. Hahahahaha.. **wink wink wink**

Ada lagi satu gelang kristal blue topaz yang saya berkenan juga.. Harganya errr.. boleh tersedak juga walaupun dah dapat 50% diskaun untuk member.... Nak mintak orang belikan, malulah pulak.. Nak pecah tabung, tabung pun takde.. Kena kumpul duitlah, sehari singgit boleh...? Hehehehe.. 
I'm driving happily with my garnet bracelet.. hehehe :)

Tuesday, 12 June 2012

Dari Central Ke Utara...

Kata orang, berpindah merupakan salah satu perkara yang menyumbang kepada stress dalam kehidupan. Ada betulnya juga pendapat itu. Stress dan penat mengemas, packing, unpacking dan juga stress ketika dalam proses untuk menyesuaikan diri di tempat baru.

Boleh dikatakan seumur hidup saya, saya dibesarkan dan hidup di Selangor/ KL. Belajar dan bekerja di Selangor, berumahtangga juga dengan orang Selangor. Pendek kata kalau orang sibuk pulang ke kampung ketika musim perayaan, kami hanya berpusing-pusing di Selangor saja. Pi mai pi mai..tang tu jugak.. Beberapa jam saja dah setel menziarahi saudara-mara. Lepas tu mulalah termangu-mangu tak tau nak ke mana...Last-last sama ada kami tiga beranak berjimbaria ke shopping complex atau pun mengadap tv je.. kihkihkih.. 

Apabila suami bertukar tempat kerja di utara, kami semua akur untuk berpindah... Seorang teman memberitahu bersiap sedialah mental apabila berada di tempat baru... Stress nanti... Saya terpinga-pinga... Kenapa pula stress ya...? Sambung teman itu lagi, bila dah biasa dengan kehidupan di Selangor/KL, bila berpindah keluar dari Selangor/Kl akan terasa lainnya nanti. Saya tidak memberikan apa-apa komen, hanya memohon kepadaNYA that everything will be ok for us di tempat baru nanti.

Bila tiba harinya, kami meninggalkan Shah Alam dengan hati yang sayu... Selamat tinggal Selangor yang kuchentai...huhuhuhu Ipoh now awaits us... Positive thinking... Jangan sedih-sedih wahai hati.. Inilah masanya nak menimba pengalaman di tempat orang kan... Hehehe..


Banyaknya barang kan.. Ni baru dalam satu bilik.. Belum lagi satu rumah.. Malu la pulak nak tunjuk kalau satu rumah.. Pening nengoknya... Adoyaiii...Maunya senget orang yang dok mengemas dan packing.. Saya ler tu..huhuhu.. Ooppss.. dan suamiku yang terchenta juga sama-sama bersusah-payah membanting tulang untuk kerja-kerja mempacking ini.. hikhikhik... :p! 
Kejap ada, kejap dah takde... Sigh...
Sekali pandang macam kat dalam kedai perabot pun ada... Hehehe
Sayu je hati bila tengok dah kosong camni...hukhuk

Friday, 8 June 2012

Sup Apa Eh..?

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.. Curi masa untuk update blog sekejap.. Hehehe.. Minggu lepas, ketika sedang bergolek-golek di depan tv setelah kepenatan mengemas, saya tertengok rancangan masakan Barefoot Contessa di Astro. Nama tukang masaknya Ina Garten kalau tak silap.. Menarik juga resepinya, tapi yang paling penting mudah dan ringkas untuk disediakan.. Kalau tak silap pendengaran saya masa tu dia sebut nama resepi ni ialah Mexican chicken soup.  Kalau salah, mintak mahap la yea.. Hehehe..

Beberapa hari selepas itu, saya mencari bahan-bahan untuk menyediakan sup ini. Berkobar-kobarlah pulak nak masak sejak pindah rumah ni.. Dan jeng jeng jeng... Inilah hasilnya.. Tapi minta maaflah gambar yang diambil tak begitu cantik. Ambik gambar dengan henpon cap ayam je, lepas tu pulak dah tak sabar nak makan.. Hehehehe...
Pada saya, sedap juga rasa sup ni.. Qiqie Ila dan ayahnya pun puji sedap.. Hehehe... Rasanya agak berbeza dengan sup biasa yang kita masak. Lepas tu pulak sup ni tak dimakan bersama nasi, makan macam tu je sebab kat dalamnya dah ada tortillas.. 

Kalau nak cuba, ini resepinya. Tak ada sukatan, saya main agak-agak sendiri je..

Ayam (Saya guna 5-6 ketul bahagian peha)
Bawang kuning (holland) (Saya guna 1 1/2 biji - didadu)
Bawang putih (Saya guna 4 ulas - diketuk)
Celery (1 paket - didadu)
Jalapeno atau cili hijau (Saya tak letak sebab Qiqie tak tahan pedas)
Lobak merah (1 batang bersaiz sederhana - julienne)
Diced tomatoes (1 tin)
Serbuk ketumbar (1 sudu besar)
Serbuk jintan putih (cumin) (1 sudu besar)
Serbuk lada hitam (Saya tak letak)
Tortillas (Saya guna 2 keping, dibahagi kepada 4 bahagian, kemudian dihiris halus memanjang)
Air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa

Kalau ikutkan resepi asalnya, ayam dipanggang hanya dengan minyak zaitun selama 35 minit. Tapi saya suka-suka hati je perap ayam bersama garam dan sedikit serbuk lada hitam hehehe... Disebabkan saya tak ada oven, saya hanya pan grill peha ayam dengan minyak zaitun sehingga masak. Bila ayam sejuk, carik-carikkkan isinya.

Tumiskan bawang dan bawang putih sehingga sedikit layu dan naik bau. Masukkan celery, lobak merah, jalapeno (kalau guna) dan juga diced tomato. Kacau sebentar kemudian masukkan air. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan juga serbuk lada hitam. Kacau lagi. Apabila mendidih, masukkan ayam yang telah dicarik-carik tadi. Masukkan juga tortillas, gula dan garam secukup rasa. Bila dah masak boleh matikan api dan hidangkan.

P/s Jika sup dimasak terlalu lama atau dipanaskan berkali-kali, tortillas boleh kembang dan menjadi sangat lembik. Untuk mengelakkan ini berlaku, masukkan tortillas ke dalam sup sejurus sebelum anda mahu menghidangkannya. Pada pendapat saya, anda juga boleh menggantikan tortillas dengan pasta, samada macaroni, elbows atau apa-apa jenis pasta yang kecil.

Selamat mencuba...! 

Thursday, 24 May 2012

Sarafina The Cat

Hellooooo.... I'm Sarafina, the cat... Comel tak saya...? Meoooowwwwww.....

Hehehehe... Update blog sat... Sebenarnya minggu ni minggu midterm exam untuk Qiqie.. Dengan peksenya lagi, kesibukan bertambah dirasai.. Almaklumlah sibuk dengan mengemas dan urusan lain, lepas tu kena jadi guru tusyen Qiqie pulak.. Budak ni kalau ibunya takde tercongok kat sebelah, takdenya dia nak buat revision sendiri... Adoyaiiiii... 

Topeng kucing tu sebenarnya adalah untuk exam Pendidikan Seni dan Visual semalam.. Cikgu dah bagi tajuk siap-siap, so kena prepare la apa-apa yang patut kat rumah.. Qiqie pilih tajuk topeng haiwan. Disebabkan banyak peralatan untuk art masih dok dalam kotak yang mana entah.. Terpaksalah buat je dengan apa yang ada... Ada berpuluh-puluh kotak yang belum bukak lagi tuu.. huhuhu...

Puas ibunya ni memikirkan nak guna apa untuk bagi muka kucing tu supaya nampak fluffy.. Bila dah dapat idea, cotton padnya pulak entah di mana.. Puas dicari tak jumpa... Dok dalam kotak mana pun tak tau.. Dah lupa sebab ada banyak sangat kotak.. Huhuhu... Demi sokongan moral untuk anakanda terchenta yang nak pekse, Ayah pun sanggup kuar memalam buta kul 1 pagi gi cari cotton pad. Alhamdulillah... Nasib baik ada jual kat kedai runcit mamak yang bukak 24 jam.. Hehehe... Dah dapat cotton pad tu, Ibu pun memulakan operasi buat topeng.. Misainya guna straw, hidungnya guna crepe paper yang direnyuk-renyuk... Hentamlah labuuu... Dah desperate, guna ajelah apa yang ada... Hehehe.. Kul 3 pagi baru siap.. 

Esok paginya Qiqie pulak buat kat rumah untuk practice. Petangnya baru buat sendiri kat kelas... Takpelah kalau orang kata huduh pon, janji Qiqie happy dengan topeng Sarafinanya... Hehehehe...


Petang ni Qiqie last day exam... Esok dah merdeka.. Phewww... Legaaa... Semoga Qiqie mendapat keputusan yang cemerlang... Ameeeeennnn... :)

Thursday, 17 May 2012

Redha...

Peringatan untuk diri saya sendiri... Belajar untuk redha di atas segala apa yang berlaku... Insya Allah ada ganjaran daripadaNYA... 

Errrrr........

Qiqie: Ibu... Jom balik Shah Alam... Qiqie rindu kat bff... Rindu kat sekolah dulu...
Ibu : Errrrrrr..... Tergaru-garu kepala tak tau nak jawab apa...
Dalam hati... Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Ibu pon kalau bole nak pindah semula ke Shah Alam juga...

Thursday, 10 May 2012

Lama Menghilang...

Assalamu'alaikum... Lama pulak saya menghilang... Ada ke yang rindu..? Hehehehe.. Perasannnnnnn... Kuang..kuang..kuaaannggg... Baru hari ni berkesempatan nak menjenguk blog yang dah lama terbiar dan bersawang ni.. Ini pun sekejap je ni.. Tak leh lama-lama... Masih banyak keje yang menanti... 
Sebenarnya sejak April yang lepas saya agak sibuk dengan urusan pindah... Dari Shah Alam ke Ipoh... Huhuhu.. Apakan daya.. Terpaksa jua ditinggalkan negeri Selangor yang kucintai itu... Dah sepanjang umur hidup ini tinggal di Selangor, bila tiba-tiba terpaksa beralih arah ke negeri lain, terasa kekok juga...
Looks like my time is up for now... Nanti bila ada masa, saya update blog lagi.. Until then, kepada pembaca budiman, take care dan senyum selalu...  



Tuesday, 10 April 2012

Race Against Time


Sangat letih mental dan fizikal.. Ditambah pulak dengan keadaan kesihatan yang sangat down di saat-saat kritikal ini.. Huhuhuhu..  Need to rest as much as possible for recuperation.. Masalahnya masa terlalu singkat sekarang ni.. Tak sempat nak rest pun.. Nak buat kerja, tengah sakit.. Nak rehat pulak takut tak sempat... Camno..??? Huhuhuhu..

Thursday, 5 April 2012

Bila Hati Gundah Gulana...

Dalam hidup ini kita memang tidak dapat lari daripada kesedihan...Walau sesukar mana pun musibah yang datang, kita sebagai hambaNYA perlu tabah dan redha dalam menghadapi segala dugaan dalam hidup ini..

Ingin saya kongsikan di sini pengalaman saya... Mana tahu dengan izinNYA mungkin juga dapat membantu anda meredakan keresahan di hati...
Saya terjumpa tentang Selawat Tafrijiyyah ini di salah satu wall di Facebook. Bila dah dengar, terdetik di hati nak cuba hafal selawat ni. Saya download nasyidnya dan masukkan kat handphone dan usb. Kereta saya myvi, ada tempat cucuk usb tu, so senanglah nak dengar selawat ni.. Mula-mula susah sikit nak hafal sebab nasyid ni agak laju.. Nak print out, printer pulak dah rosak. Saya pun salinlah kat buku nota saya by hand.. Punyalah bersemangat hehehe... Saya baca maksudnya... Sungguh best! So saya mulalah menghafalnya.. Dengar kat dalam kereta, masa masak, masa buat kerja rumah.. Boleh dikatakan sepanjang masa saya dok mendengar selawat ni sambil menghafalnya.. Alhamdulillah pada hari ketiga saya dah berjaya menghafalnya.. (Otak dah tua, lambat sikitlah nak menghafalnya.. Ambik masa sampai 3 hari...hehehe)
Bila dah berjaya hafal, baru saya tergerak hati nak cari fadhilat selawat ni kat internet... 

FAKTA TENTANG SELAWAT TAFRIJIYAH/NARIAH/TAFRIYYAH: 

"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam". 

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu. 

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali. 

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai. 

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi. 

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan. 

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.


Ohhh.. Bagusnya... Bisik saya dalam hati... Tapi memang betul... Lepas amalkan selawat tafrijiyyah ini, hati saya jadi semakin tenang.. Kalau sebelum ini, saya selalu susah hati, sedih dan stress dengan pelbagai masalah yang datang. Tapi kini berbeza sangat.. Memang ada masa-masanya kesedihan itu tetap terasa, tetapi saya lebih mudah untuk menerimanya.. Alhamdulillah... Ya ALLAH.. Kupanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepadaMU.. Subhanallah...


Lagi satu, sejak amalkan selawat ini yang saya perasan, saya mudah mendapat idea-idea positif. Urusan-urusan yang sebelum ini nampak begitu sukar dan tertangguh begitu lama, turut menjadi lebih mudah.. Kalau dulu bila saya overstress, saya sukar untuk tidur, migraine pun mulalah singgah dan kepala jadi berat, muka monyok, makan tak ada selera... Tapi sekarang ini memang terasa perbezaannya... Masalah tetap ada (dah nama pun hidup kan.. selagi hidup selagi itulah kena berusaha selesaikan masalah) tetapi saya lebih positif dan tenang... Alhamdulillah.. Sekarang saya lebih gembira dalam menjalani kehidupan saya seharian... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...