Friday, 8 June 2012

Sup Apa Eh..?

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.. Curi masa untuk update blog sekejap.. Hehehe.. Minggu lepas, ketika sedang bergolek-golek di depan tv setelah kepenatan mengemas, saya tertengok rancangan masakan Barefoot Contessa di Astro. Nama tukang masaknya Ina Garten kalau tak silap.. Menarik juga resepinya, tapi yang paling penting mudah dan ringkas untuk disediakan.. Kalau tak silap pendengaran saya masa tu dia sebut nama resepi ni ialah Mexican chicken soup.  Kalau salah, mintak mahap la yea.. Hehehe..

Beberapa hari selepas itu, saya mencari bahan-bahan untuk menyediakan sup ini. Berkobar-kobarlah pulak nak masak sejak pindah rumah ni.. Dan jeng jeng jeng... Inilah hasilnya.. Tapi minta maaflah gambar yang diambil tak begitu cantik. Ambik gambar dengan henpon cap ayam je, lepas tu pulak dah tak sabar nak makan.. Hehehehe...
Pada saya, sedap juga rasa sup ni.. Qiqie Ila dan ayahnya pun puji sedap.. Hehehe... Rasanya agak berbeza dengan sup biasa yang kita masak. Lepas tu pulak sup ni tak dimakan bersama nasi, makan macam tu je sebab kat dalamnya dah ada tortillas.. 

Kalau nak cuba, ini resepinya. Tak ada sukatan, saya main agak-agak sendiri je..

Ayam (Saya guna 5-6 ketul bahagian peha)
Bawang kuning (holland) (Saya guna 1 1/2 biji - didadu)
Bawang putih (Saya guna 4 ulas - diketuk)
Celery (1 paket - didadu)
Jalapeno atau cili hijau (Saya tak letak sebab Qiqie tak tahan pedas)
Lobak merah (1 batang bersaiz sederhana - julienne)
Diced tomatoes (1 tin)
Serbuk ketumbar (1 sudu besar)
Serbuk jintan putih (cumin) (1 sudu besar)
Serbuk lada hitam (Saya tak letak)
Tortillas (Saya guna 2 keping, dibahagi kepada 4 bahagian, kemudian dihiris halus memanjang)
Air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa

Kalau ikutkan resepi asalnya, ayam dipanggang hanya dengan minyak zaitun selama 35 minit. Tapi saya suka-suka hati je perap ayam bersama garam dan sedikit serbuk lada hitam hehehe... Disebabkan saya tak ada oven, saya hanya pan grill peha ayam dengan minyak zaitun sehingga masak. Bila ayam sejuk, carik-carikkkan isinya.

Tumiskan bawang dan bawang putih sehingga sedikit layu dan naik bau. Masukkan celery, lobak merah, jalapeno (kalau guna) dan juga diced tomato. Kacau sebentar kemudian masukkan air. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan juga serbuk lada hitam. Kacau lagi. Apabila mendidih, masukkan ayam yang telah dicarik-carik tadi. Masukkan juga tortillas, gula dan garam secukup rasa. Bila dah masak boleh matikan api dan hidangkan.

P/s Jika sup dimasak terlalu lama atau dipanaskan berkali-kali, tortillas boleh kembang dan menjadi sangat lembik. Untuk mengelakkan ini berlaku, masukkan tortillas ke dalam sup sejurus sebelum anda mahu menghidangkannya. Pada pendapat saya, anda juga boleh menggantikan tortillas dengan pasta, samada macaroni, elbows atau apa-apa jenis pasta yang kecil.

Selamat mencuba...! 

4 comments:

  1. wah..mexican style la pulak ye? kalau guna tortilas mmg kena masuk kemudian, mau kembang macam roti canai banjir nanti..haha..
    Rajinnya mencuba resipi dr tv, kak pb ni kalau tengok, tengok sesaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni budak baru belajar memasak kak zana.. hehehe.. xtau pulak bila dah kembang tortillas tu burok bebenor kejadian dan rasanya.. hahahaha..

      Delete
  2. wah dah makan ala2 latino pulak ehh.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkihkih.. hentam sajelah kak... janji tekak bole telan.. :p!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...