Monday 12 December 2011

BR1M

Mungkin ramai antara kita yang tidak layak menerima bantuan kerajaan ini. Tapi apa salahnya kita war-warkan kepada mereka yang layak dan memerlukan... Pasti ada ibu bapa di kampung, saudara-mara dan juga rakan-rakan yang layak dapat memanfaatkan bantuan daripada kerajaan ini..
Mungkin ramai yang menganggap RM500 itu terlalu sedikit nilainya untuk kehidupan pada zaman moden ini.. Tapi bagi yang memerlukan, dengan nilai RM500 itu dapat juga menampung mana-mana yang tidak cukup.. Walaupun tidak banyak, sedikit pun memadai untuk meringankan beban..

Untuk maklumat lanjut bolehlah ke Bantuan Rakyat 1MalaysiaAtau hubungi terus hotline BR1M di talian 1-800-222-500. Senarai kaunter untuk pengambilan borang juga boleh didapati di link tadi. Kalau tak sempat nak ambik borang permohonan kat kaunter, boleh download je di link yang sama. Bagaimanapun pengambilan borang permohonan di kaunter adalah sehingga 10 Januari 2012 sahaja. Oleh itu segeralah dapatkan borang permohonan dan kembalikannya secepat mungkin...

Ehmmm..ehmmm.. Aku ni bukanlah pekerja kementerian kewangan ke hape nak buat promosi percuma kat sini Hehehe.. Saje jer berkongsi info ni untuk kebaikan bersama.. 
*All photos are courtesy from Google image search.

5 comments:

  1. agak2 ada ke orang yang tak layak tapi mohon jugak.. ??

    ReplyDelete
  2. Saya tengok kat berita, katanya ada juga yang nak cuba amik kesempatan.. Hmmm.. Tak baik kan..

    ReplyDelete
  3. @Zaitun: Salam kenal.. :) Terima kasih sudi singgah dan follow.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...