Wednesday, 7 December 2011

Ibu Tak Tutup Aurat???

Piiinnn Piiiiinnnnn....!!!
Aku cepat-cepat menyarung tudung.. Ohh.. Posto rupanya.. Aku cepat-cepat membuka pintu gril. Encek posmen menanti di luar pagar di tengah panas terik.. 

Qiqie yang sedang khusyuk mewarna colouring booknya, tiba-tiba memandangku dan menjerit... "Ibu!!! Ibu tak tutup aurat???" Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya dan 'mengecheck' diri sendiri.. Errrkkk....!! Aku pakai tudung tapi pakai t-shirt tangan pendek.. Huhuhu.. 

"Kejap Qiqie.. Nanti posmen tu pergi.." Kataku terus berlari ke arah pintu pagar... Sebaik saja aku masuk semula ke dalam rumah, Qiqie bertanya lagi, "Kenapa Ibu tak tutup aurat?" Errrkkk...! Macam guru disiplin daaaa.... "Ibu nak cepat tadi.. Tak sempat nak cari baju tangan panjang.. Kang posmen tu dah pergi..." Ooppsss encek posto pulak yang nak disalahkan.. Huhuhu... Qiqie hanya mendiamkan diri dengan jawapanku...

Piiinnn Piiiiinnnnn....!!!
Kali ni pizza delivery pulak.. Aku dengan rutin biasa selepas menyarungkan tudung terus gi bukak pintu... Dan sekali lagi.... "Ibuu...!!! Ibu tak tutup aurat!!!!!" 

Errrrkkkkkk...!!!

Huhuhu... Terima kasih anakku di atas peringatanmu... Sesungguhnya Ibu tidak salah dalam mendidikmu.. Memang Ibu yang bersalah kerana kadang-kadang tidak menjaga aurat Ibu dengan baik...
Lepas ni Ibu akan cuba menjaga aurat Ibu dengan lebih baik.. Insya Allah.. Pada Ibu, memanglah agak leceh nak duduk di rumah pun pakai baju tangan panjang.. Mana nak mencuci pinggan mangkuk, memasak, mengemas dan sebagainya, panas lagi.. Tapi lepas ni Ibu akan cuba sediakan satu baju atau blouse tangan panjang yang Ibu boleh sarungkan saja bila nak jumpa encek posto atau encek pizza.. Boleh ya sayang..?
*All photos are courtesy from Google image search.

7 comments:

  1. cerita menarik.. tq atas perkongsian cerita.. qiqi mesti comelkan.. hehe.. free2 jmput dtg blog sy :)

    ReplyDelete
  2. @Mohd Razik: Tq atas komen dan sudi singgah ke blog saya.. Insya Allah saya akan balas kunjungan hormat anda.. :)

    ReplyDelete
  3. 'idun, akak pun sama.. kalao kat umah memang aurat tak dijaga dengan molek.. macam akak gi kerja, kaki bertutup bagai, sampai umah, kadang kuar pakai serkup jer.. adehh.. jom kita sama2 ingat mengingati.. kena ada penyangkut baju kat depan, sangkut tudung ngan sweater.. sambar pakai everytime nak kuar umah ekk..

    ReplyDelete
  4. Kak Ana: Tu la pasal.. Nasib baik ada si Qiqie ni nak tegur saya.. Hehehe sejuk perut ibu mengandung.. :)

    ReplyDelete
  5. saling mengingatkan sesama untuk tutup aurat

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  6. alhadulillah melekat dlm kepala anak2..saya setuju cadangan kak anaa, sediakan tudung dan sweater berdekatan pintu so senang nak capai bila nak keluar

    ReplyDelete
  7. sediakan baju kemeja suami long sleeve aje kat belakang pintu. senang, kalu nak long sleeve..sarung aje :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...