Wednesday, 28 December 2011

Percutian Bidan Terjun

Ehhh..ehhh.. Bercuti pun ada bidan terjun jugak ke?? Sape kata takde.. Kalau nak gi bercuti tapi tak tau ke mana hala tuju.. Takde tempat tinggal.. Main redah je ikut tayar kereta berputar.. Bidan terjun la jugak namanya tu kan..kan..kan.. Bole gitu..? Hehehe..

Sebenarnya hb dah pesan suh usha-usha nak gi mana cuti Krismas baru ni.. Tapi aku pulak yang terlalu bz dengan aktiviti mengemas dan packing barang-barang untuk pindah.. Pastu demam lak 3-4 hari.. Bila dah keletihan nak duduk mencari lama-lama kat internet pun takde mood.. Huhuhu..

Bila tiba hari Sabtu, hb pandang aku.. 'Kita ni nak bercuti ke mana..?' Aku pandang dia, terkebil-kebil..tersengih-sengih.. Hehehe.. Ikutkan hb, dia nak ajak gi Cherating lagi.. Memang Cherating best, aku pun suka melompat-lompat kalau nak gi sana.. Tapi dengan keadaan hujan sekarang ni not a good idea lah nak gi pantai.. Kalau dah asyik hujan, nak ke pantai pun tak syok kan..

Hb start enjin kereta dan roda kereta pun berpusing.. Tau-tau kami dah sampai Seremban... Ahahahahahaha... Tayar berpusing lagi sampai ke area PD lak.. Wahhh.. Trafik jem! Kete pulak diparkir bersimpang-siur kat tepi jalan.. Hotel-hotel yang mahal dan murah banyak yang full house.. Akhirnya kami dapat juga bilik kat sini... Nasib baik ada satu je bilik yang tinggal...
v
v
v
v
v
Ada jugak nama hotel kentang eh.. Hehehehe.. Sekadar untuk tido dan berehat ok la.. Tak boleh nak expect lebih-lebih kalau dah bayarannya RM65 satu malam.. Sambil-sambil berehat kat bilik kami makan burger mcD, french fries, curly fries dan juga Mr. Potato... Ahahahhahahaha.. Semuanya kentang..! Elok sangat lah tu tido pon kat hotel kentang..! Ngeh ngeh ngehh...


Pastu sambung lagi perjalanan dan sampailah ke sebuah negeri yang bernama Melaka pulak.. Hehehe.. As usual bukan ada tempat nak tido pun...Lalu kat Ayer Keroh.. Mak oiii.. Jem teruk! Kete banyak parking tepi jalan.. Maybe depa semua tu nak gi zoo, taman buaya, taman mini mesia etc etc etc yang ada kat tepi jalan tu kot.. Kami pusing-pusing ke A Famosa resort, dapatlah Qiqie naik pony.. Nak masuk safari dah kul 3 lebih, tak berbaloi pulak nak masuk sebab sekejap sangat, safari tutup kul5.. 
Then hb ajak gi makan ikan bakar kat Umbai.. Kitorang ok aje.. Sampai kat sana orang punyalah ramai.. Sume pakat nak makan ikan bakar.. Ada satu kedai makan ikan bakar ni yang paling besar kat situ.. Kalau tak silap nama dia Parameswara kot.. Takde tempat duduk langsung.. Nampak macam best.. Bole makan atas bot, bawah khemah.. pilih je mana kita nak.. Tapi bawah tanah tak leh ler.. Hikhikhik.. Memandangkan takde tempat kosong kat situ kitorang pun cari ler gerai lain.. Dah banyak seafood kat situ, lalat pun banyak la jugak.. Kami akhirnya dapat tempat kat gerai sorang pakcik yang tak berapa nak senyum ni.. Masakan gerai tu biasa-biasa je tapi agak pedas untuk tekak dan perut kami yang tak tahan pedas ni..
Dah kenyang perut, now we worry about where to spend the night.. Hahahahaa... Kebanyakan hotel penuh.. Maklumlah cuti sekolah dan long weekend.. Tak buat plan dan booking awal-awal, ini lah padahnya... Hehehehe...


Agaknya dah rezeki Qiqie Ila sebab dia nak juga dok kat hotel malam tu dan ibu pulak terpaksa mengorbankan cerita Tarabas dan Fantaghiro ku...Huwaaaaaaaaa.... Kami dapat juga tempat kat hotel permaisuri mitc.. Dulu-dulu kami dah pernah ke sini, tempatnya ok.. Tapi dulu nama lain.. Bila dah tukar nama sekarang dah jadi lain pulak dan sungguh dok beshhhh... Pintu rosak, bilik air kotor dan berlumut, remote control tv takleh pakai walaupun dah tukar bateri.. Bekpes pon dok besh juga... Nak makan pun tak lalu... Huhuhuhu.. Adoyaiiii... Bayar mahal tapi macam hotel kentang je layaknya..


Esoknya setelah check out, kami pun bergerak pulang menuju home sweet home.. Itulah saja kisah percutian bidan terjun kami buat kali ini.. Sekian.. Terima kasih.. Hehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...