Thursday 2 June 2011

Cemaner Nak Tolong Eh..?

  
Letrik dah naik... Pasni berderet-deret lah benda lain pulak yang naik.. Pendapatan bulanan je yang tak berapa nak naik.. Huhuhu..

Bagi pasangan suami isteri yang bekerja mungkin takdelah terasa sangat kot tempiasnya.. Tapi bagi kami surirumah sepenuh masa ni... Hmmm... Cemaner nak tolong suami eh..? Kalau ada peluang nak juga aku cari pendapatan sampingan.. Nak amik tempahan jahit baju, skill menjahit aku hancusss.. Hehehe Nak jual biskut raya atau buat kek.. Errrkkk... Aku ni takde la sepandai mana pun memasak atau buat kuih, setakat masuk tekak sendiri boleh la.. Tekak orang lain, aku tak jamin.. Hahahaha..

Bab berjimat-cermat letrik ni dah lama kami praktikkan sejak kahwin, so takde la masalah sangat.. Aku ni pun bukannya jenis kaki shopping a.k.a shopaholic.. Ye lah beli yang perlu je.. Kena la sedar diri sikit, kita ni takde pendapatan.. Takkan la nak berjoli sakan ngabihkan duit laki ye tak.. Hehehe
Kitorang ni kalau wiken je memang suka keluar dan mencuba kedai-kedai makan yang baru.. Hmmm... Kalau dah makan kat luar, faham-faham aje lah.. Paling murah pun sekali makan untuk kami tiga beranak dalam RM70++ ke atas.. Itu baru makan kat Nando's atau Johnny's.. 

Hmm.. Mungkin kami kena kurangkan sikit makan kat luar ni.. Kalau terpaksa gak, makan aje la kat food court.. Murah sikit kot..? Tak pun masa jalan-jalan, cuba bawak bekal sandwich dan air.. Dah jimat banyak tu kan.. Hehehe :)
*All photos are from Google search.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...