Jumaat lepas (24/6/11) adalah hari terbuka sekolah Qiqie Ila.. Bukanlah terbuka apa sangat pun, ibu bapa dijemput datang ke sekolah untuk amik buku laporan adab belajar anak-anak dan tengok result exam penggal 1 baru-baru ni..
Berkobar-kobar gak semangat aku nak amik report card anak ni.. Maklumlah first time kan.. Suspens nak tengok result exam Qiqie.. Untuk sesi petang masanya adalah dari 2.30 petang hingga 5.30 petang..
Memula kena gi dewan dulu, amik buku laporan adab belajar (LAB) dan result slip. Pastu kalau ibu bapa nak jumpa cikgu bolehlah ke kelas anak masing-masing.. Aku ingatkan buku LAB tu la report cardnya.. Rupanya bukaaaannnn.... Itu hanyalah markah daripada cikgu-cikgi untk adab belajar murid-murid bagi setiap subjek.. Huhuhu
Aku naik ke tingkat 1 untuk ke kelas Qiqie.. Ambik nombor giliran, aku dapat nombor 8.. Lepas tu ambik fail Qiqie yang mengandungi kertas-kertas exam dan ujiannya.. Lepas jumpa cikgu kelas Qiqie baru aku tau yang untuk Tahun 1 bermula 2011 ni, dah takde report card lagi dah.. Murid-murid akan dinilai mengikut 'Band'.. Band 1 mewakili band yang terendah. Setiap subjek pula ada band tertinggi yang berbeza. Seperti contoh untuk subjek Bahasa Malaysia Tahun 1, band yang tertinggi ialah Band 3.. Manakala band tertinggi untuk subjek Matematik pula adalah Band 4.
Dan sekarang ni punya sistem dah takde lagi dah nombor kedudukan dalam kelas macam kita kecik-kecik dulu.. Peratus markah pun dah takde.. Hanya tau dapat band berapa untuk setiap subjek je..
Kata cikgu kelas Qiqie, Kementerian implement sistem ni supaya tak nampak jurang perbezaan yang ketara sangat di antara murid-murid. Kalau dulu, kita tengok based on markah kan.. Ada yang dapat 78%, ada yang dapat 95% dan ada yang dapat 100%.. Tapi kalau guna sistem ni.. Kita hanya akan tau murid-murid dapat Band 3.. tapi tak tau apa markah sebenar mereka.. Hmm.. Macam tu la pulok...
Overall Qiqie dapat band yang tertinggi untuk setiap subjek. Alhamdulillah.. Cikgu kelasnya pun kata Qiqie is doing well in class.. Kesalahan yang Qiqie buat dalam examnya hanyalah carelessness je dan dia tak faham arahan untuk soalan.. Huhuhu.. Takpe takpe.. Boleh practice lagi..
Memandangkan Qiqie dapat result bagus untuk examnya, kami pun belikanlah hadiah untuk Qiqie.. Hehehe Tahniah sayang bucuk Ibu dan Ayah.. Semoga jadi anak yang solehah, taat, rajin belajar dan dapat result yang lebih baik lagi di masa hadapan... Muaaaaahhhhh...!
v
v
v
v
v
v
v
v
Hadiahnya ialah 2 ekor baby turtle sebagai pet untuk Qiqie.. Happy sangat Qiqie dapat kura-kura ni.. Sekor dia bagi nama Terraspin, sekor lagi Amphibian.. Sempena nama alien Ben 10.. Peminat tegar Ben 10 betul budak ni.. Hahahahaha..
These two photos are courtesy from Google search.
No comments:
Post a Comment