Wednesday, 28 March 2012

Alahai....

 

Masa tengah sibuk-sibuk berkemas dan packing untuk pindah ni banyak kali Qiqie mengeluh dengan wajah sedih... Kata Qiqie, "Ibu... Qiqie rasa macam tak nak pindahlah.. Qiqie sayang nak tinggalkan sekolah dan kawan-kawan.."

Saya terdiam... Kasihan Qiqie... Saya amat memahami perasaannya... Tapi apa boleh buat, kadang-kadang hidup ini menuntut pengorbanan... Sabarlah wahai anakku...

Yana (BFF Qiqie) pula setiap kali datang ke rumah mesti cakap macam ni pada saya.. "Auntie.. Janganlah pindah.. Nanti Yana rindu Auntie.." Saya pun turut sebak dibuatnya..

Sorang lagi BFF Qiqie, Sarah pula cakap macam ni, "Kita nak ikut Qiqie pindahlah.."

Alahai.....


Tuesday, 27 March 2012

Nak Jadi Jantan??

Masa tanya soklan ni, muka Qiqie Ila innocent je... Hehehehe... 

Qiqie: Ibu... Kalau minum kopi ni, boleh jadi jantan ke..??
Ibu    : Errrrrrrkk..................................!!!

Monday, 26 March 2012

Pilihan Anda?

 
Ramai orang dengan tak sedar memilih untuk sedih, derita, stress, boring & dibenci orang lain. Orang yang bijak memilih untuk bahagia dengan banyak berdoa, yakin yang Allah Maha Pengasih & beri kita yang terbaik, redha dengan setiap yang berlaku, cari hikmah dalam semua hal, banyak senyum, bantu orang, belanja orang, maafkan orang, pakai minyak wangi, solat taubat, istighfar, tengok kartun, syukur dengan apa yang ada di depan mata, buat kebaikan, nasihatkan orang, dan sebagainya. 

Orang bahagia insya Allah sihat, orang sayang, mudah buat keputusan, berjaya dalam pelajaran/kerjaya, hidup berkat, tinggalkan legasi hebat & Allah redha. 

-Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah-

Friday, 23 March 2012

Bila Diuji...

Bila diuji dengan kekayaan, jika hati sihat akan menjadi pemurah. Jika hati sakit akan menjadi sombong...
Bila diuji dengan kemiskinan, jika hati sihat akan menjadi redha. Jika hati sakit akan menjadi keluh kesah...
Bila diuji dengan kesihatan, jika hati sihat akan menjadi syukur. Jika hati sakit akan menjadi lupa...
Bila diuji dengan kesakitan, jika hati sihat akan menjadi sabar. Jika hati sakit akan menjadi gelisah...
Bila diuji dengan ketuaan, jika hati sihat akan menjadi tenang. Jika hati sakit akan menjadi merana...
Bila diuji dengan kemudaan, jika hati sihat akan menjadi seorang yang sentiasa beringat. Jika hati sakit akan menjadi seorang yg lalai...
 
♥♥♥♥♥♥ Cinta yang sejati mengandungi kasih sayang, keharmonian, penghargaan dan kerinduan di samping bersedia menempuh kehidupan susah dan senang, suka dan duka bersama-sama...   ♥♥♥♥♥♥
 
-Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood-

Wednesday, 21 March 2012

Anak Anda Masih Kencing Malam?

 
Anak-anak kencing malam ketika berusia bawah 4 tahun adalah perkara biasa. Tapi bagaimana pula jika mereka sudah bersekolah rendah atau meningkat remaja tapi tabiat kencing malam ini masih tidak dapat dibendung..? Sebagai ibu bapa tentulah kita akan merasa risau dengan situasi ini.. Hendak berjalan dan bermalam di rumah orang pun agak sukar bila perkara ini sering berlaku...

Di sini saya kongsikan satu amalan/doa/tips untuk mengelak daripada anak-anak kencing malam.. Baca:
1. Surah Al-Fatihah.
2. Surah Al-Mukminun, Ayat 115-118.
3. Ayat Penahan iaitu sebahagian daripada Surah Hud Ayat 44.
"Wahai bumi telanlah airmu dan wahai langit berhentilah daripada curahan airmu..."

Cubalah amalkan dan banyakkan berdoa kepadaNYA.. 

**Kalau nak rasa teh sudan, boleh dapatkan sample percuma daripada saya. Sila klik di sini.

Tuesday, 20 March 2012

JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT!

BEN ASHAARI
Assalamu'alaikum semua... Saya join segmen Bro Ben lagi.. Hihihi... Kalau ada sesiapa yang berminat nak join, boleh klik sini.. Tapi kena cepat tau... Nanti dah tamat tempoh, tak dapek den nak nolong... Hehehe..

Best kan kalau dapat join bloglist Bro Ben ni.. Sebenarnya di awal pembabitan saya dalam dunia blog ni, segmen daripada Bro Ben lah yang pertama kali saya join.. Sebelum ada blog dulu, hanya jadi silent reader je.. Tak sangka pulak bila masuk segmen tu, blog saya adalah salah satu blog yang dipilih oleh Bro Ben.. Bangga tu.. hehehe...

Anyway, blog saya ini hanyalah blog peribadi yang memuatkan pengalaman saya dan anak (dan anak-anak...? Hihihi.. Insya Allah..), pandangan saya dan juga cerita-cerita menarik lain yang ingin saya kongsikan bersama pembaca.. Terbaru juga saya turut mempromosikan Sudan Hibiscus Tea di blog saya kerana saya ingin berkongsi khasiat teh ini dengan pembaca.. Saya rasa, saya telah menemui minuman yang berkhasiat untuk hidangan saya sekeluarga.. Jadi apa salahnya saya berkongsi pula pengalaman saya sepanjang menikmati teh sudan ini bersama anda semua kan..  Di samping dapat menghilangkan dahaga, ianya juga berkhasiat.. :)

Tak lupa juga terima kasih kepada Bro Ben kerana menganjurkan segmen ini.. Dan selamat menjadi papa dan mama kepada anda dan isteri.. All the best.. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkanNYA.. Ameeeennnnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...