Long weekend kali ni kami tak ke mana-mana. Hari Sabtu baru ni, masa tu pun dah malam, dah pukul 8 lebih, hb tiba-tiba ajak ke pasar malam Bandar Baru Bangi (BBB) yang besar tu. Kat seksyen bape entah, dah lupa, dekat dengan seksyen 1 kot. Jauh tu dari Shah Alam nak ke pasar malam BBB... Tapi memandangkan takde buat pape pun malam tu, kitorang pun pegi aje lah... Kalau pasar malam dah tutup pun takpe, boleh jalan-jalan je...
BBB ni tempat tumpahnya darah Qiqie Ila... Hehehehe... Dulu-dulu lepas kawen stay la kat BBB ni kat Seksyen 4.. Lahirkan Qiqie kat Hospital Az-Zahrah tu... Sekarang semuanya dah tinggal kenangan... BBB pun dah banyak berubah kalau nak dibandingkan 7-8 tahun dulu. Kereta dah semakin banyak, rumah-rumah dan kedai-kedai pun sama. Dulu kat sebelah PKNS tu kosong je, sekarang dah ada McDonald's besar... Hehehe...
Anyway kitorang sampai ke pasar malam dah dekat pukul 10 malam. Ramai peniaga yang dah tengah kemas-kemas nak balik. Setakat cuci-cuci mata dan mengimbau kembali kenangan dulu boleh la... Kalau nak beli barang, kena datang awal pada lain masa... Hahaha...
Tapi kan mahal juga barang-barang kat pasar malam ni kalau nak dibandingkan dengan pasar raya. Tomato 1kg RM5. Kat pasar raya paling mahal yang pernah aku beli pun boleh dapat dalam RM3++ untuk sekilo.
Anggur hijau tiada biji sekilo mencecah RM18! Sedangkan aku beli kat MyMydin sekilo baru RM15... Hmmm... Entahlah... Memang betul mahal ke barang-barang kat pasar malam dibandingkan dengan pasar raya...? Aku ni dah bertahun tak pergi pasar malam sebab pasar malam jauh dari area rumah. Adakah sekarang ni semua pasar malam harganya sebegitu atau di BBB saja... Wallahu'alam...
Sambil jenjalan tu, perut terasa lapar pulak. Nak makan nasi briyani Ghazal yang sedap tu sah-sah dah tutup. Lepas berpusing-pusing akhirnya kitorang makan kat restoran Rimba Klasik. Makanan kat kedai tu, ok lah... Yang sedap sotong goreng tepung dan sup tulang. Siakap tiga rasanya agak kureng sikit pada tekak ni...
Masa tengah berpusing-pusing tu intai juga kot-kot ada kilang percetakan (tempat keje Kak Ana hehehehe...). Tapi disebabkan malam tak nampak sangat pun. Yang ternampak kilang Sony dan kilang kabel je...
Lain kali kalau ada masa, boleh datang lagi ke pasar malam BBB ni... Best apa gi pasar malam... :)
*All photos are courtesy from Google image search.
bergantung pada barang kot sis,
ReplyDeleteada barang lebih murah kat pasar malam,
ada barang lebih murah di pasar raya,
jadilah pembeli yang bijak,, hehe :)
@ahsfantasy24: akak ni dah bertahun tak gi pasar mlm dek.. hehehe.. tp kat pasar malam air masih dijual singgit satu cup.. ok la tu.. kat pasar raya mana nak dpt kan.. hehehe
ReplyDelete`idun
ReplyDeletesaya pun dah lama tak gi pasar malam.. selalu memang beli barang2 dapur kat pasar raya je.. tak pernah lagi beli kat pasar malam...
ala... nostalgia la BBB nie,.. 8 tahun dulu akak final yer UKM,.. makna dah 8 thn akak tinggalkan BBB mesti banyak yg berubah kan... kenangan jumpa hb,.. kenangan zaman belajar x mungkin dapat dilupakan...
ReplyDelete@Kak Ana: Tu la pasal...hehehe... Tapi sekali-sekala gi pasar malam seronok juga...
ReplyDelete@aimaniman: Mmg BBB dah byk sgt berubah...hehehe..