Nama menjadikan setiap daripada kita unik.. Walaupun kadang-kadang ramai di antara kita yang mempunyai nama yang serupa tetapi hakikatnya kita tidak sama. No ic atau pasport tetap berbeza, begitu juga dengan tarikh lahir.. Dengan nama jugalah kita dipanggil.. Kalau takde nama, susah juga dibuatnya.. Takkan nak dipanggil 'hoi', 'hey', 'si anu tu', 'si polan ni' pulak kan..
Ada yang menyukai nama pemberian ibu bapa mereka, namun ramai juga yang tidak menyukainya. Aku termasuk dalam kategori yang kedua tu.. Hehehe.. Si Kicap dalam citer Supermak tu pun tak suka dengan nama dia Nor Asmara kan.. Hehehe... Bukannya aku tak bersyukur diberikan nama tapi entahlah.. Pada aku nama pertama aku memang dok beshh... Dahlah orang selalu tergeliat lidah bila nak menyebutnya.. Lagilah aku menyampah.. Huhuhu...
*All photos are courtesy from Google image search.
Kata emak, nama pertama aku diambil sempena nama penyanyi terkenal zaman dahulu dari Tanah Seberang.. What?????!!!!! Arggghhhhhh...!!!! Pastu dia pandai-pandailah mix and match dengan nama kedua aku.. Katanya penyanyi tu cantik sangat.. Hmmm.. Nasib akulah labuuuuuu....
Anyway, dalam pada aku tak suka nama pertama aku tu, ada gak yang suka dan kata nama tu sedap...! Hahahaha.. Lawak sungguh.. Teringat lagi, masa tu zaman student kat uni. Aku terserempak dengan kawan sekolah yang sudah bekerja bersama ofismatenya. Mamat ni terus memperkenalkan aku pada temannya. Dah la intro aku dengan nama penuh lak tu.. Geram betul aku...
Tetiba kawan dia ni cakap kat aku, "Wow.. You have a very beautiful name..." Blur dan melopong aku sekejap.. Tak abis-abis dia dok puji nama aku.. Hahahaha.. Dia ni saje jer nak perli aku ke apa.. Yang lagi best, ada jugak yang syok kat aku sebab dia suka nama aku... Tetiba boleh terjatuh chente lak sebab berkenan tengok nama penuh aku kat email ofis... Muahaahahahaha.. Apa daa.... Ini macam orang pon ada ke... Ooppsss.. Ini citer off record daaa... Shhhhhh.... Hehehehe...
Apa pun, dah ditakdirkan aku hidup dengan nama ini.. Terima dan redha aje lah kan.. Hehehe Kalau nama best tapi perangai huduh pun takde makna gak.. Yang paling penting dan diambil kira di sisiNYA hanyalah keimanan dan taqwa kita kepadaNYA..