Tuesday, 12 July 2011

Hmmm... Over Protective??

    
*Photos are courtesy from Google search.
Pada suatu hari Qiqie bertanya padaku, "Ibu, bila Qiqie nak lintas jalan sendiri ke sekolah macam budak-budak lain..?" Aku terdiam.. Hmmm...

Selama ni bila aku hantar Qiqie ke sekolah, aku memang lintas jalan bersama-sama dengan dia.. Ada 2 jalan yang perlu dilintas sebelum sampai ke sekolah.. Dan memang ada dua orang penjaga lalu lintas yang menjaga murid-murid melintas jalan tersebut.

Entahlah, selama ni aku tak pernah terfikir pun nak biarkan Qiqie melintas sendiri tanpa aku menemaninya.. Selalunya aku akan tunggu Qiqie sehingga dia masuk ke gate sekolah. Bila dia dah hilang daripada pandangan barulah aku balik.. Tak senang hati dibuatnya kalau tak tengok Qiqie masuk ke sekolah dengan selamat..

Berbalik kepada soalan Qiqie tadi.. Aku tak tau nak jawab apa.. Last-last aku cakap kat Qiqie, "Satu hari nanti Ibu bagi Qiqie lintas sendiri ya.." Tetiba dia tanya lagi sambil tersengih-sengih.. "Bila Ibu..? Bila..?" Ni yang malas nak jawab ni.. Lepas satu soklan ada lagi soklannya.. Hadoiii....

Pssstttt... Am I being silly? Or just an over protective mother for my only child..??? 

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...