Friday 22 July 2011

Berakhirnya Annissa...

  
Photo courtesy from Google search.
Semalam episod terakhir Annissa di slot Samarinda TV3. Sebenarnya aku bukanlah ikut sangat citer ni dari awal tapi dah tertengok citer ni 2-3 kali minggu lepas.. Pastu nak gak tau endingnya..

Kesian tengok watak lakonan si Fiza tu.. Nangis-nangis dia bila tau kawan baik sendiri yang rampas suaminya.. Yang lagi sedih tu, dia dapat tau pun bila suaminya dah mati dan kawannya tu pun dah nazak.. Kawan-kawan baik yang disayangi dan dianggap saudara rupanya gunting dalam lipatan.. Api dalam sekam.. Mana lagi sakit..? Kawan baik yang gelapkan duit syarikat atau kawan baik yang rampas suami sendiri... Huhhh... Sendiri mau ingat lerr..

Apa pun aku suka dengan lagu-lagu dalam citer ni.. Di Mana, Di Mana dan Beribu Sesalan.. Enjoy...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...