Friday, 29 July 2011

Khasiat Limau Nipis

Kali ni sajelah nak share petua ni.. Mana tau dapat membantu.. Aku pun tak pernah cuba gak.. Jap lagi boleh cuba.. Hehehe..

Limau nipis boleh: 
  • Menghilangkan minyak pada kuali. Caranya perahkan limau nipis pada permukaan kuali dengan rata. Kemudian bilas dengan air bersih.
  • Membuatkan jerawat cepat surut tanpa parut. Perahkan limau nipis ke dalam bedak kemudian letakkan pada jerawat sehingga kering. Yang ni aku nak cuba la.. Tapi tak pulak dinyatakan bedak apa, bedak sejuk kot?? Tapi kalau aku ni tak pakai bedak sejuk caner lak..? Hmm.. Mungkin boleh letak je limau nipis tu kat jerawat kot? Hehehe Suka hati je nak tukar-tukar sendiri ek.. Mana tau berkesan kan.. Kalau tak cuba, tak tau..Betul tak..? Hehehehe


*All photos are courtesy of Google search.

* Petua dipetik daripada majalah Mingguan Wanita..

Thursday, 28 July 2011

Let's Do The Hokey Pokey!

Dah banyak hari Qiqie suruh aku cari lagu kanak-kanak Hokey Pokey kat internet.. Lagu amende ntah.. Katanya ada nyanyi kat sekolah.. 

Semalam aku carik la kat youtube.. Oohh lagu ni ropanya.. Pernahlah dengar tapi tak tau apa tajuknya.. It's a fun song dan ada dancenya sekali.. Haa.. Kalau tengah boring tak tau nak buat aktiviti apa dengan anak-anak, bolehlah do the Hokey Pokey ni.. Trust me.. It's fun..! Hehehe





Wednesday, 27 July 2011

Zamian Cocoa Gold Mask

http://eidahasanprettyshop.blogspot.com
Aku order benda alah ni.. Insya Allah esok sampai kata tokey kedai yang cun melecun gitu, Eida Hasan.. Hehehe Tak sabar nak pakai.. Harap-harap berkesan dan serasi ler.. Nak tau lebih lanjut pasal produk ni boleh berkunjung ke blog Eida ya.. :)

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER

Santai Bersama BEN ASHAARI

Aiseyymann.. Baru je tau pasal segmen bro Ben ni.. Dan seperti biasa ketinggalan lrt lagi.. Huhuhu..

Blog saya ni takde pape yang spesel pun, masih baru lagi di alam maya ni.. Niat saya berblog hanya mahu berkongsi cerita-ceriti, pendapat dan juga berkenalan dengan blogger-blogger lain.. :)

Kepada yang sudi berkunjung terima kasih diucapkan.. Muaaaahhhh..! :)

It Does Feel Good...!


*Kali ni nak mengomel dalam Bahasa Inggeris la pulak.. Errr... Ehhmm.. Ehmmm.. Boleh lagi ke aku menulis dalam Bahasa Inggeris setelah lama otak ni dibiarkan berkarat..? Ngeh ngeh ngehhh.. 

I was pissed off with someone earlier today.. Arggghhhh..! Feel like strangling this person..! Always taking me for granted.. And me, always ended up hurt and feeling sorry for myself.. Duhhh... :(

Anyway, it happened just before I fetched Qiqie Ila from school. I tried not to think much about it, don't wanna stress myself out while driving.. I was singing on top of my voice in the car trying to make myself happy.. Hahaha.. So pathethic..

Just before I leave the house, I saw my next door neighbour arrived home from work.. She waved at me with this big grin on her face.. I smiled and waved back.. Gosh.. Dunno why but I felt a bit relieved from the tense that was building up inside.. 

I drove on.. And I passed this lady driver.. And she was smiling at me too..! Don't even know her but I smiled back.. Guess what.. I felt much much better..! It does feel good when you smile..! Hahaha.. 
So you guys out there, whenever you feel down, sad or angry.. Try give a smile to someone...It may help you feel better... Hehehehe Well.. It worked on me.. :)
*All photos are courtesy from Google search.

Tuesday, 26 July 2011

SuperMak..

Photo courtesy from Google search.
Semalam tengok citer Supermak kat TV3.. Best gak.. Kelakar.. Dah lama tak tengok lakonan Nasha Aziz kat tv.. Best juga kalau ibu-ibu ada super power macam tu kan.. Senang sikit nak buat kerja rumah, jaga anak dan uruskan rumahtangga.. Takde sakit pinggang lagi dah.. Sepantas kilat semua kerja dah selesai.. Hehehe... :)

Friday, 22 July 2011

Berakhirnya Annissa...

  
Photo courtesy from Google search.
Semalam episod terakhir Annissa di slot Samarinda TV3. Sebenarnya aku bukanlah ikut sangat citer ni dari awal tapi dah tertengok citer ni 2-3 kali minggu lepas.. Pastu nak gak tau endingnya..

Kesian tengok watak lakonan si Fiza tu.. Nangis-nangis dia bila tau kawan baik sendiri yang rampas suaminya.. Yang lagi sedih tu, dia dapat tau pun bila suaminya dah mati dan kawannya tu pun dah nazak.. Kawan-kawan baik yang disayangi dan dianggap saudara rupanya gunting dalam lipatan.. Api dalam sekam.. Mana lagi sakit..? Kawan baik yang gelapkan duit syarikat atau kawan baik yang rampas suami sendiri... Huhhh... Sendiri mau ingat lerr..

Apa pun aku suka dengan lagu-lagu dalam citer ni.. Di Mana, Di Mana dan Beribu Sesalan.. Enjoy...





Menu Rakyat 1Malaysia


Malam bila entah tengok Buletin Utama TV3, ada kempen Menu Rakyat 1Malaysia oleh kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.. Untuk bekpes harga maksima ialah RM2. Lunch pulak RM4... Bagus gak ada kempen macam ni.. Sekurang-kurangnya masa dompet tengah kempis tu, ada gak tempat makan yang murah kan.. 

Untuk senarai kedai makan yang mengambil bahagian, bolehlah klik di sini..

Wednesday, 20 July 2011

Makan Mangga Macam Monyet..!!??

  
  
* All photos are courtesy from Google search.
Sedapnya buah mangga kan.. Droolingggg...! Hehehe Aku ni memang hantu mangga dari zaman anak dara dulu lagi.. Baik mangga muda, jeruk mangga atau mangga masak ranum, semuanya aku belasah.. Hehehe Cuma semenjak dua menjak dah jadi mak dara ni kurang sikit aku makan jeruk mangga.. Tapi mangga masak memang aku tak tolak punya.. Ekekekeke..

Bercerita pasal buah mangga ni teringat kisah aku makan mangga dengan adik perempuan aku yang nombor lima. Cerita ni masa aku anak dara dululah.. Masa tu kami dapat stok mangga yang banyak kat rumah.. Apa lagi melompat katak la kami.. Suka hati betul dapat makan mangga sebanyak mana yang kami nak.. Hahaha..

Seronok je kami duduk kat dapur 'mengerjakan' mangga tu.. Sambil kupas mangga dok bersembang-sembang.. Suka hati la katakan.. Dah selesai mengupas, apa lagi ngaaappp laa.. Tak cukup dengan isi mangga, biji mangga tu pun jadi mangsa 'kerakusan' kami.. Entah kenapa macam syok je makan biji mangga tu.. Hahahaha..
Tengah sedap menikmati mangga tu, dengan mulut yang penuh dengan mangga, tetiba adik aku cakap, "Eh Kaklong... Kita ni makan mangga macam monyetlah kan..!" Aku terdiam dan kami berpandangan sesama sendiri.. Tangan masing-masing dengan biji mangganya.. Mulut pulak comot dengan kesan buah mangga.. Buruk benor perangai anak dara dua orang ni.. A'ah laa... Memang macam monyet!!! Hahahahahahaha... Nasib baik tak makan mangga tu sambil mencangkung, kalau tak.. Lagi la sebijik macam monyet..! Hahahahaha...
Sekarang ni aku dah tak makan mangga macam tu lagi dah.. Hehehe Kenalah control anggun sejak dah jadi bini dan emak orang ni kan.. Bila potong mangga, terpaksa lah aku tahan 'nafsu' bila tengok biji mangga tu... Hahahahaaa... Walaupun kadang-kadang tak tahan gak, aku makan la sorok-sorok kat dapur.. Malu lak kalau hb dan si Qiqie nampak aku makan biji mangga tu macam monyet..! Hahahahahahahaaa... 

Wednesday, 13 July 2011

Yuran Astro Naik Lagi...

Semalam baru dapat surat daripada Astro. Haiii... Yuran bulanan naik lagi.. Rasanya baru je naik beberapa bulan lepas.. Ikutkan hati nak aje di'terminate'kan servisnya.. Tapi kesian lak kat Qiqie tak dapat tengok kartunnya dan hb lak tak dapat tengok F1 nya.. Hmmm.. Apo nak dikato.. Huhuhu..

Tuesday, 12 July 2011

Hmmm... Over Protective??

    
*Photos are courtesy from Google search.
Pada suatu hari Qiqie bertanya padaku, "Ibu, bila Qiqie nak lintas jalan sendiri ke sekolah macam budak-budak lain..?" Aku terdiam.. Hmmm...

Selama ni bila aku hantar Qiqie ke sekolah, aku memang lintas jalan bersama-sama dengan dia.. Ada 2 jalan yang perlu dilintas sebelum sampai ke sekolah.. Dan memang ada dua orang penjaga lalu lintas yang menjaga murid-murid melintas jalan tersebut.

Entahlah, selama ni aku tak pernah terfikir pun nak biarkan Qiqie melintas sendiri tanpa aku menemaninya.. Selalunya aku akan tunggu Qiqie sehingga dia masuk ke gate sekolah. Bila dia dah hilang daripada pandangan barulah aku balik.. Tak senang hati dibuatnya kalau tak tengok Qiqie masuk ke sekolah dengan selamat..

Berbalik kepada soalan Qiqie tadi.. Aku tak tau nak jawab apa.. Last-last aku cakap kat Qiqie, "Satu hari nanti Ibu bagi Qiqie lintas sendiri ya.." Tetiba dia tanya lagi sambil tersengih-sengih.. "Bila Ibu..? Bila..?" Ni yang malas nak jawab ni.. Lepas satu soklan ada lagi soklannya.. Hadoiii....

Pssstttt... Am I being silly? Or just an over protective mother for my only child..??? 

Sunday, 10 July 2011

Mr. Popper's Penguins

We went to the movie to watch Mr. Popper's Penguins yesterday.. I have never been Jim Carrey's fan but the movie was awesome! Best..! We had a good laugh with Captain, Stinky, Loudy, Bitey, Nimrod and Lovey.. Love the adorable penguins!  They are so so cute..!

Jim Carrey dah nampak tua sikit dalam citer ni.. Lawak dia pun tak over sangat, just nice.. Hahaha.. Anyway, it's a good movie for the whole family.. Jangankan untuk budak-budak..mak-mak budak pun seronok gak tengok citer ni.. Hehehe
 
  


* All photos are courtesy from Google search.

Thursday, 7 July 2011

Apam Yogurt Strawberry & Air Halia

Masa gi jenjalan ke blog-blog sifu masakan Kak Ummi Kuantan dan Che Mat Gebu yang meletops tu terjumpa la pulak resepi Apam Yogurt dan Air Halia ni.. Haaa.. Baguuusss.. Kebetulan yogurt ada kat dalam fridge.. Halia pun melambak-lambak.. Boleh buat eksperimen ni.. Hehehe..

Memandangkan aku takde kaler purple atau pes keladi, aku belasah je la dengan strawberry emulco.. Hehehe Dah itu aje yang ada dalam lemari, halal lah ek.. Nasib ko la labuuu..

Masa tengah mengukus apam tu, harum semerbak je bau yogurt kat dalam rumah.. Best! Bila dah masak rasanya pun sedap.. Sedap pada tekak aku laa.. Tekak orang lain tak tau la pulok.. Nasib baik menjadi apamnya.. Hehehe..

Air halia tu pun best.. Aku memang suka halia jadi aku  tambah lah extra halia daripada resepi asalnya.. Boleh lah kan.. Sendiri mau telan.. Ikut suka hati tekak sendiri la kan.. Hehehe Terima kasih banyak-banyak pada Kak Ummi dan CMG kerana sudi berkongsi resepi..

Lelaki Ini ~ Anuar Zain


Layan lagu Anuar Zain ni dululah ya.. Best.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...