Tuesday, 28 June 2011

Tabasco Sauce Pulak TAK HALAL??

Baru dapat email daripada seorang teman berkaitan tabasco sauce ni.. Huhuhu..

*All photos are courtesy from Google search.
ARKIB : 16/06/2011

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi


KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

Sumber daripada Utusan Malaysia Online 

Monday, 27 June 2011

Decepticons On The Loose!

  
  
Ishhhh... Sungguh mengerikan bila nengok lori-lori besau ni kat jalan raya.. Aku yang takut driving dan lemah semangat ni lagi laa.. Lagi-lagi bila aku drive sorang diri.. Ada lori besar je yang berdekatan dengan kete, aku menjerit sensorang dalam kete..! Hahaha Bengong ke apa.. 


Dah la jalan raya kat sini banyak lori lalu lalang.. Huhuhu Entah la, rasa cuak and seram bebenor bila nampak lori-lori ni.. Aku terbayangkan lori ni semua jadi transformers yang jahat tu.. Sungguh ganas dan kijam... Full of imagination sungguh! Muahahahahaaa.. :) Transformers jahat tu Autobots ke Decepticons ya? Lupalah..  Eh hari Khamis ni movie Transformers keluar tau.. Nak ajak darling-darling gi tengok lah hujung minggu nanti.. :)
  
* All photos are courtesy from Google search.

Errr.. No More Report Card..?

Jumaat lepas (24/6/11) adalah hari terbuka sekolah Qiqie Ila.. Bukanlah terbuka apa sangat pun, ibu bapa dijemput datang ke sekolah untuk amik buku laporan adab belajar anak-anak dan tengok result exam penggal 1 baru-baru ni..

Berkobar-kobar gak semangat aku nak amik report card anak ni.. Maklumlah first time kan.. Suspens nak tengok result exam Qiqie.. Untuk sesi petang masanya adalah dari 2.30 petang hingga 5.30 petang..

Memula kena gi dewan dulu, amik buku laporan adab belajar (LAB) dan result slip. Pastu kalau ibu bapa nak jumpa cikgu bolehlah ke kelas anak masing-masing.. Aku ingatkan buku LAB tu la report cardnya.. Rupanya bukaaaannnn.... Itu hanyalah markah daripada cikgu-cikgi untk adab belajar murid-murid bagi setiap subjek.. Huhuhu

Aku naik ke tingkat 1 untuk ke kelas Qiqie.. Ambik nombor giliran, aku dapat nombor 8.. Lepas tu ambik fail Qiqie yang mengandungi kertas-kertas exam dan ujiannya.. Lepas jumpa cikgu kelas Qiqie baru aku tau yang untuk Tahun 1 bermula 2011 ni, dah takde report card lagi dah.. Murid-murid akan dinilai mengikut 'Band'.. Band 1 mewakili band yang terendah. Setiap subjek pula ada band tertinggi yang berbeza. Seperti contoh untuk subjek Bahasa Malaysia Tahun 1, band yang tertinggi ialah Band 3.. Manakala band tertinggi untuk subjek Matematik pula adalah Band 4. 

Dan sekarang ni punya sistem dah takde lagi dah nombor kedudukan dalam kelas macam kita kecik-kecik dulu.. Peratus markah pun dah takde.. Hanya tau dapat band berapa untuk setiap subjek je.. 

Kata cikgu kelas Qiqie, Kementerian implement sistem ni supaya tak nampak jurang perbezaan yang ketara sangat di antara murid-murid. Kalau dulu, kita tengok based on markah kan.. Ada yang dapat 78%, ada yang dapat 95% dan ada yang dapat 100%.. Tapi kalau guna sistem ni.. Kita hanya akan tau murid-murid dapat Band 3.. tapi tak tau apa markah sebenar mereka.. Hmm.. Macam tu la pulok...

Overall Qiqie dapat band yang tertinggi untuk setiap subjek. Alhamdulillah.. Cikgu kelasnya pun kata Qiqie is doing well in class.. Kesalahan yang Qiqie buat dalam examnya hanyalah carelessness je dan dia tak faham arahan untuk soalan.. Huhuhu.. Takpe takpe.. Boleh practice lagi.. 

Memandangkan Qiqie dapat result bagus untuk examnya, kami pun belikanlah hadiah untuk Qiqie.. Hehehe Tahniah sayang bucuk Ibu dan Ayah.. Semoga jadi anak yang solehah, taat, rajin belajar dan dapat result yang lebih baik lagi di masa hadapan... Muaaaaahhhhh...!
v
v
v
v
v
v
v
v
Hadiahnya ialah 2 ekor baby turtle sebagai pet untuk Qiqie.. Happy sangat Qiqie dapat kura-kura ni.. Sekor dia bagi nama Terraspin, sekor lagi Amphibian.. Sempena nama alien Ben 10.. Peminat tegar Ben 10 betul budak ni.. Hahahahaha..

  
These two photos are courtesy from Google search.

Saturday, 18 June 2011

Nak..?

 
   
Aiyyoohhh... Banyaknya keje nak kena buat... Kain yang menggunung tu belum dilipat.. Nak kemas rumah.. Nak basuh toilet.. Nak lap habuk.. Nak vakum rumah.. Nak mop rumah.. Nak masak.. Nak basuh pinggan.. Nak gosok baju... Bla bla bla bla... Aku penat lah.. dan malessssss...!
Huwaaaaaaaaaaaaaaaa....!!! Doraemonnnnnn... Tulun... tuluuunnnnnn......!!

Aku rasa macam nak goyang kaki je.. Nak lepak.. Nak makan tido.. Nak jalan-jalan.. Nak sopping mengabiskan duit.. Nak kena pamper kat spa.. (Nak kena pamper ke, nak kena penampar? Hahahaaa..) 
Nak cuti sekejap jadi surirumah bole...? Hehehe
*All photos are courtesy from Google search.

Tuesday, 14 June 2011

5 Wisdoms

Found these 5 wisdoms while blog walking memalam ni.. 
Lovely and inspiring.. 
http://www.malaysiaapartment.com/cherating_suriacheratingbeachresort.html
1.
If you are right, then there is no need to get angry.
And if you are wrong then you don't have any right to get angry.

2.
Patience with family is love.
Patience with others is respect.
Patience with self is confidence.

3.
Never think hard about past, It brings tears.
Don't think more about future, It brings fears.
Live this moment with a smile, It brings cheers...

4.
Every test in our life makes us bitter or better.
Every problem comes to make us or break us.
Choice is ours, whether we become victim or victorious.

5.
Search a beautiful heart, not a beautiful face.
Beautiful things are not always good, but good things are always beautiful.


Jalan-Jalan Cuti Sekolah Part I

Sejak balik daripada berjalan ni rasa malas betul laa.. Mood cuti tak abes lagi.. Kalau dapat lepak kat Cherating tu lama-lama pon best gak.. Dok menghitamkan kulit kat tepi pantai..  Hahahaha.. Kain baju kotor berlambak-lambak lagi tak boleh nak basuh sebab cuaca yang tak menentu, kejap mendung.. kejap hujan.. Si Qiqie Ila pulak sampaikan merajuk tak nak balik rumah.. Katanya nak tukar sekolah kat Sek Keb Cherating laa.. Hahahahaaa.. Banyak cantekkk.. Kalau mokcik kayo, bole gak beli sebijik rumah hinggap kat tepi pantai Cherating tu.. Tak payah susah-susah nak booking hotel/chalet bagai.. Hahahaha.. Aminnnn.. Mana tau kot jadi kenyataan kan.. Hehehee.. 

Kami sampai kat Cherating dalam tengah hari.. Perut semua orang pun dah berbunyi, jadi kami berhenti aje la kat gerai pertama yang kami nampak.. Aku dengan Qiqie makan nasik ayam je, hb makan nasik campur.. Sementara tengah dok menunggu nasi ayam yang diorder sampai, aku dok merenung benda alah ni kat atas meja.. 
Apa hal pulak botol bedak ni ada kat atas meja makan.. kataku dalam hati.. Dah la tulisan dalam bahasa Siam..
Puas kubelek-belek, ropanya ni haaa..
Pepper powder ropanyaaa..! Hehehehe.. Botolnya macam botol bedak kan.. Hehehe First time aku tengok botol pepper powder macam ni.. 
Bila perut dah kenyang, kitorang pon teruskan perjalanan ke hotel.. Hmmm.. Nanti sambung kat Part II la pulak ya.. Adios... :)

Monday, 13 June 2011

X-Men: First Class

Lama tak update blog.. Alaa.. baru dalam seminggu lebih je tak update.. Tapi rasa macam dah berminggu-minggu.. Huhuhu.. Tapi ada ke yang nak baca blog picisan aku ni..? Hehehe Takpe la ek.. Sape suka bole baca, sape tak suka, takpa noo...

Anyway, aku tak update blog bukannya merajuk ke hape.. Cuma bz skit minggu lepas, pastu dapat lak peluang berjalan sempena cuti sekolah ni.. Hehehe Manyak syok woo... Cerita bab jalan-jalan tu, nanti la aku share bebila ada masa ek.. 

Sementara tu layanlah dulu gambar-gambar daripada citer X-Men First Class yang kitorang tengok semalam.. Sape yang minat citer X-Men, mesti kata citer ni best.. Kiranya citer ni berkisar pada asal-usul penubuhan X-Men laa.. Caner Prof X bole jadi lumpuh, caner Magneto bole jadi jahat dan sebagainya.. Overall.. Entertaining.. Thumbs up..!

Nanti minggu ni Green Lantern lak keluar.. Pastu hujung bulan ni Transformers.. July, Harry Porter.. Whoaaa.. Berderet-deret movie baru.. Hehehe :)
 

 
 

  
* All photos are from Google search.



Friday, 3 June 2011

Sejuuuk Perut Ibu...

http://healthbuzztoday.com/category/back-pain
Photo from Google search.
Kalau usia dah nak masuk senja ni (Echehh chehhh.. macam lah dah tua sangat, 40 pun belum lagi.. hehehe..), macam-macam lah penyakit yang datang... Kejap-kejap sakit badan la, sakit kepala la.. lenguh-lenguh la.. angin kus kus lah.. Segala bagai mak nenek penyakit datang menepek.. Huhuhu..
http://headache-causes.com/
Semalam migraine aku datang lagi.. Yang aku malas nak makan ubat tu, nanti 5-10 minit lepas tu mesti aku tido tak sedar diri punya.. Kesian pulak kat si Qiqie.. Sapa lak nak melayan dia.. Bila ibu dah lalok makan ubat, si Qiqie apa lagi.. Mengadap 'Bibik kartun' aje la jawabnya..

Melihatkan keadaan ibunya yang tak berapa nak sihat, Qiqie berkata: Ibu restlah, makan ubat..tido 1 hari.. Hahaha.. Pandai anak aku.. Siap bagi MC 1 hari.. Kihkihkih..

Aku      : Kalau Ibu tido 1 hari, sape pulak nak tengokkan
              Qiqie..? Sape nak masak..? Sape nak bagi Qiqie 
              makan..? Takde orang lain dah kat rumah ni, kita 
              berdua je..
Qiqie    : Takpe Ibu.. Manusia boleh tahan 1 hari tak makan...
              (Hahahaha.. Mana dia dapat info ni.. )
Aku      : Eh.. Tak boleh lah macam tu.. Nanti lepas 1 hari Ibu
              bangun tido, tengok-tengok Qiqie dah lembik sebab 
              kelaparan.. McDonald's pulak tak buat delivery ke
              rumah kita.. Kalau tak, boleh Qiqie telefon je..
Qiqie    : Pizza ada.. Domino's kan boleh hantar..?
Aku      : Ye lah.. Nanti kalau Ibu tak sihat dan tido 1 hari,
              Qiqie call Domino's ya? Mintak regular pizza, thin 
              crust, flavour plain cheese.. Harganya RM23.80..
              Qiqie ambik duit dalam purse Ibu tau.. 
(Aku tersengih, sajalah nak menyakat Qiqie ni..)
Qiqie    : Ok Ibu.. Tapi dalam purse Ibu ada RM22 je.. Mana
              cukup nak beli pizza.. 
(Hahahaha sebelum ni Qiqie dok mengira duit dalam purse aku ada RM22 je.. Pastu dia suh mintak duit lagi daripada ayahnya.. Hahahaha bijak.. bijak..)
Aku       : Qiqie carilah lagi RM1.80 dalam coins purse Ibu..
Qiqie     : Haaa... Qiqie tau, masa telefon pizza tu nanti Qiqie 
               cakap macam ni... Saya ada RM22 je, tolonglah 
               hantar pizza.. Saya lapar.. Ibu saya tido...
Bertuah punya anak.. Cakap la Ibu saya tak sihat.. Ada ke nak bagitau kat orang Ibu tido.. Ni geng Belalang  dalam Nujum Pak Belalang tu kaa..? Hahahahahahaha...!
  
Photos from Google search.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...