Tuesday, 22 February 2011

Aku Tobaaatt… Tamo Makan Roti Daaah..!!

Pix from bigstockphoto.com

Hmmmppphhh…. Minggu roti sedunia…! Pagi roti, tengah hari roti, petang roti, malam pun roti..!!! Adehhh.. Muka pun dah jadi macam roti dah! Hahaha.. Iklan jap..Tapi aku still tak leh lawan Cik Mat kita yang gebush tu.. Jangan marah Cik Mat, gurau-gurau manja gitu..  Ahakkss!! 

Aku pun tak tau la apsal jadi mengong sekejap... Dah tau kat rumah ada setengah plastik lagi roti Gardenia tu. Gi beli pulak sebungkus hot dog buns kat Tesco, satu bungkus ada 10 buns pulak tu. Aku nak buat hotdog ni, takpe lah, kataku dalam hati. Pastu gi beli lagi Delicia Soft Roll Butter Toffee yang sodap tu. Uihhh.. Susah ni aku nak jumpa kat kedai-kedai yang aku biasa pergi, baik rembat banyak sikit.. Bila-bila masa pun boleh dingap..! Pikir punya pikir, 3 paket sekali aku sambar!   

On the way balik ke rumah, anak aku nak makan pizza. Singgah la kat satu bakery ni. Pizza dan donut dia memang sedap. Kalau makan donut tu rasa macam tak boleh berenti pun ada.. Haahh.. Apa lagi, beli la pizza dengan donut. Donut tu RM10 dapat 5 ketul. Tapi memandangkan aku ni regular customer yang gilakan donut tu, tokey dia bagi la free 2 ketul.. Waaahhh.. Sukanya hati aku dapat 7 donut!!!!


 Pix from www.ifood.tv/recipe/molasses_doughnuts

Sampai rumah, baru aku perasan.. Berapa banyak roti daa… Aduuuu duuu duuuu duuu… Huhuhu.. Rakyat jelata kat rumah ni cuma aku dengan anak aku je.. Budak ni pulak picky eater, bukannya makan banyak.. Apa lagiii.. Terpaksalah aku juga yang makan roti-roti tu semua.. Takkan nak membazir pulak, berdosa kaannn… Aku pun mula la buat sandwich la, buat hotdog la, buat sloppy joe la.. Tapi bukan Joe Jambul tau.. Ahahaha! (Aku amik resepi sloppy joe daripada blog MamaFami, kat sini ya.. ) Sampai anak aku tanya, “Ibu, kenapa kita asyik makan roti je? Tak ada nasik ke?” Haiiihhh…
Pix from alliefoodtalk.com
Huwaaaaaaaaa….!!! Nak nangishh ni… Haaa.. Tu la tamak lagi.. Aku tobaaatttt…! Tamo makan roti daaahhh.. Tamo donut daaahhh…! Errr.. tobat untuk minggu ni aje boleh…? Hehehehe :p!




No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...