Monday, 21 February 2011

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera

Pix from Google search

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera semua..
Ishh ishh ishhh.... Aku pun ada blog gak...??? Hehehe Saje jer mengada nak berblog juga.. Hikhikhik Boleh la kaannn.. Saje jer nak merapu, merepek, meraban kat sini.. Huhuhu Dah ada blog ni, kalau masa tengah takde kawan yang nak dilayan bersembang, bole la aku mencurah perasaan kat sini.. Takde la aku cakap sorang-sorang dengan pokok ke.. dinding ke.. pinggan ke.. Kang orang kata aku ting tong lak..Hahaha!

Dulu aku pernah tengok kat tv, Dr. Fadzillah Kamsah tu kata menurut kajian, pompuan ni dia bercakap dalam 20,000 patah perkataan sehari. Mak aiihh.. banyak tuuu..! Manakala lelaki pula hanya bercakap dalam 7,000-8,000 patah perkataan je sehari. Yang 8,000 tu pun dah kira lelaki yang banyak cakap dah.. Ehh.. Mana aci kan.. Apsal diorang ni tanak cakap banyak-banyak skit..?? Hehehe Aku tak ingat sangat figures tu, rasanya betul la kot.. Kalau tersalah, harap maaf dan diperbetulkan.. Tapi apa yang aku nak sampaikan di sini ialah menurut kajian tersebut, orang pompuan ni cakap lebih banyak daripada lelaki.. Hmmm betul ke...?

Secara peribadi aku sebenarnya bukanlah termasuk dalam kategori manusia bermulut murai atau bermulut tempayan.. Eh aku tak suka buruk-burukkan orang atau sebarkan gossip tau.. Hmmm.. aku ni jenis over friendly pun tidak juga. Alaaa... biasa-biasa jer..Tapi kalau dengan orang-orang yang aku dah selesa dan dah kenal rapat, hmmm... macam tak boleh diam je mulut ni, asyik nak bercakap je.. Hahahahaha..

Masa sekolah dan zaman uni dulu, sebelum kenal ada kengkawan aku pernah cakap aku ni muka sombong la, mulut ada intan berlian la.. etc etc.. Ada sorang senior aku pernah cakap, "Sebelum akak kenal engkau ni, akak ingat engkau ni sombong. Tapi bila dah kenal, tak sombong pun. Kelakar giler rupanya!" Hahahaha Apa daaa.... Bukan salah ibu mengandung muka aku ni nampak sombong.. Hehehe

Alamak dah banyak betul aku merapu ni.. Ingat nak perkenalkan diri je dulu.. Hehehe Ter'over' dan tergedik lak dengan blog baru ni.. Hahaha Anyway, boleh panggil aku 'idun.. Sebut betul-betul tau 'idun tu, dengan huruf 'ain ya murid-murid.. Hehehe jantina pompuan, tak single mingle lagi dah.. Dan dah ada anak pun... yang baru masuk darjah 1 tahun ni. Umur rahsia.. tapi dah tua dah mokcik ni... Hehehe

Pix from Google search http://ibnumasom.wordpress.com/ 
Nama 'idun ni bukannya nama sebenar aku.. Tapi ada la kena sipi-sipi kot dengan nama betul aku. Kang letak nama betul, lesen berblog kena tarik lak hehe Roomate aku masa belajar kat uni dulu yang panggil aku dengan nama ni.. Masa tu kitorang belajar bahasa Arab.. jumpalah satu frasa 'idun sa'idun ni.. Kalau tak silap aku (dah lupa la bahasa Arab sebab dah lama tinggal) 'idun maksudnya hari raya. Sa'idun pulak maksudnya gembira.. Jadilah hari raya yang gembira.. Hahahaha Entah macam mana kawan aku si Shaza ni suka pulak dok memanggil aku 'idun.. 'idun.. Lama-lama lekatlah pulak panggilan 'idun tu.. Masa dia sebut dulu tu, aku dengar macam comey jer nama aku... Muahahahahaha perasaaannn...! Manalah kau sekarang ni Shaza...? Puas aku carik kat fb dan google, tak jumpa-jumpa gak.. Huhuhu.. Kalau Shaza terbaca blog aku ni, harap-harap dapat contact aku balik.. I lop you and miss you la Shaza.. Hehehe

Waahh.. panjang betul intro aku ni.. Hikhikhik  Jumpa lagi di lain siaran ya.. Chowww.... :)

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...