Friday, 1 February 2013

Nak Makan Fried Horse?

Hehehe... Tergelak-gelak sampai sakit perut dibuatnya bila baca ni kat Tesco Ipoh..



Ohhh tidaakkk... Kuda yang dah skinless.. :p!

Yang ni pulak kuda yang dah dipanggang.. Hehehe

Adoyaaaiii.. Suka-suka ati je eh bagi nama.. Tau la mende alah ni kacang kuda dalam Bahasa Malaysia.. Tapi dalam English kalau tak silap saya dipanggil 'chick peas'.. Sila betulkan kalau saya silap..

Wednesday, 30 January 2013

Babai Cermin Mata...

Anda memakai cermin mata? Bagaimana dengan pasangan anda? Risau anak-anak anda akan turut memakai cermin mata disebabkan faktor keturunan..?

Selain daripada LASIK, kini ada rawatan lain iaitu ORTHOKERATOLOGY (Ortho K) yang sangat sesuai untuk kanak-kanak..

Anak saya dah pun mencubanya dan setakat ini Alhamdulillah Qiqie serasi dengan rawatan Ortho K ini..

Oppsss... Saya tak menyediakan rawatan ini.. Hehehe.. Hanya nak berkongsi pengalaman.. Sebagai ibu bapa saya memang merasa sangat risau apabila Qiqie terpaksa memakai cermin mata sejak dari umur 7 tahun lagi.. Saya pasti di luar sana, pasti ramai lagi ibu bapa yang berperasaan demikian kan..  In shaa Allah saya akan kongsikan pengalaman anak saya dengan rawatan Ortho K ini pada lain entri.. 

Tuesday, 29 January 2013

Kalau Anak Berpindah Sekolah...

Pengalaman yang saya nak kongsikan kepada anda di luar sana jika terpaksa berpindah dan menukarkan sekolah anak.. 

Anak saya Qiqie Ila adalah murid batch pertama untuk sistem KSSR yang bermula pada tahun 2011. Tahun lepas kami terpaksa berpindah dari Shah Alam ke Ipoh atas tuntutan kerja. Proses penukaran sekolah agak mudah apabila mendapat kerjasama yang baik daripada sekolah lama dan juga guru kelas Qiqie Ila.. Alhamdulillah.. Yang bestnya buku teks dan aktiviti yang dipinjamkan juga tidak perlu dipulangkan kepada pihak sekolah. Sebaliknya terus dibawa ke sekolah baru untuk digunakan di sana..

Dua minggu lepas, setelah mengambil Qiqie Ila dari sekolahnya, Qiqie memberitahu saya guru kelasnya mahu saya menelefon sekolah lama Qiqie untuk mengambil buku teks. Saya terpinga-pinga.. Apa hal pulak nak ambil buku kat sekolah lama, tanya saya semula pada Qiqie.. Kan dah dapat buku teks..? Saya tidak faham apa yang cuba disampaikannya.. Saya menyuruh Qiqie bertanya kepada guru kelasnya sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.. Tapi biasalah budak-budak ni, kadang-kadang mereka sendiri pun tidak faham apa yang disampaikan oleh guru. Haru-biru jadinya apabila seorang berbahasa itik dan seorang lagi bercakap bahasa ayam.. Hehehe..

Isnin baru-baru ini Qiqie memberitahu guru kelasnya bertanya lagi.. Adoyaaiii.. Amende la cikgu ni nak sebenarnya..?? Untuk mendapatkan kepastian, minggu lepas saya berjumpa dengan guru kelas Qiqie... 

Lerrr.. begini ceritanya.. Qiqie Ila mula bertukar ke sekolah baru pada bulan Mei 2012. Guru SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) pula akan menempah buku-buku teks murid-murid KSSR untuk tahun berikutnya pada bulan Februari, berdasarkan bilangan murid di setiap kelas pada waktu itu. Memandangkan pada bulan Februari 2012, Qiqie masih lagi belajar di sekolah lamanya, buku-buku teks tahun 3 untuk kegunaan pada tahun 2013 telah ditempah oleh sekolah lamanya.

Apabila Qiqie memasuki tahun 3 di sekolah barunya, Qiqie sebenarnya tidak ada buku teks tahun 3 kerana buku teksnya masih berada di sekolah lama! Walau bagaimana pun, guru kelas Qiqie ni pulak terlupa akan hal tersebut, dan terus memberikan buku teks pada Qiqie pada hari pertama sekolah. Akibatnya ada murid yang tidak mendapat buku teks kerana buku teks tidak mencukupi.. 

Mahu tak mahu pada hari Jumaat lepas terpaksalah Qiqie dipontengkan bagi membolehkan kami mengambil buku teksnya di sekolah lamanya di Shah Alam.. Adoyaii.. Bukannya dekat-dekat.. Dari Ipoh ke Shah Alam semata-mata untuk mengambil buku teks.. Tapi takkan nak buat tak tau pulak kan, kesian juga pada murid yang tak dapat buku tu.. Gara-gara bukunya dah diberikan pada Qiqie, tak dapat belajar pulak dia.. Kejam sangatlah kami ni kalau nak berlengah-lengah lagi mengambil buku teks di sekolah lamanya.. 

Alhamdulillah.. Guru SPBT di sekolah lama Qiqie memberikan kerjasama yang sangat baik. Dan tadi juga saya telah menemui guru SPBT di sekolah Qiqie untuk menyerahkan buku teks itu.. 

Alhamdulillah semuanya dah selesai.. Pengalaman baru buat kami.. Sebenarnya proses ini memang agak leceh apabila kami terpaksa berpatah balik ke sekolah lama yang terletak di negeri berlainan.. Saya ada bertanya kepada guru berkenaan apa alternatif lain jika tidak ibu bapa tidak dapat mengambil buku teks di sekolah lama murid. Kata cikgu tu mungkin boleh dibeli di kedai buku.. Tapi disebabkan buku-buku teks pun batch baru, so agak sukar untuk mendapatkannya di kedai.. Pilihan satu lagi, cikgu boleh menempah semula buku teks tetapi besar kemungkinan mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke tangan murid.. Huhuhu.. Untuk memastikan anak-anak tidak terganggu pelajarannya, nak tak nak terpaksalah ibu bapa ni ikutkan juga.. Apo nak dikato.. 
Fikir saya dalam hati, tak boleh ke pihak sekolah menempah buku teks lebih sikit daripada jumlah murid yang sedia ada.. Sebab rasanya dalam setahun tu mesti ada juga murid-murid yang berpindah sekolah.. kan..? Atau diwujudkan satu alternatif untuk lebih memudahkan ibu bapa, guru dan juga dan murid.. Ipoh ke Shah Alam balik hari pun dah letih.. Apatah lagi kalau Perlis ke Johor..?Hmmm.. Entahlah..
*Gambar ihsan Google image search.

Tuesday, 4 December 2012

Untuk Wanita Sahaja

Sumber daripada FB Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Perkara yang selalu kurang dititikberatkan...
TIPS MENGGUNAKAN TUALA WANITA

Perkara yang salah selalu dilakukan oleh wanita ketika menggunakan tuala wanita ialah:

1. Tidak membasuh tangan sebelum mengambil tuala wanita yang baru. Ketika membuka dan meletakkan tuala wanita pada seluar boleh memindahkan kuman dari tuala wanita yang lama dan kotor.

2. Tidak meneliti tarikh luput, kerana apabila tuala wanita menghampiri tarikh luput, kualitinya menjadi rendah.

3. Menggunakan tuala wanita yang mempunyai wangi-wangian yang boleh menyebabkan alahan pada kulit.

4. Menggunakan satu tuala wanita untuk jangka masa yang lama dengan alasan untuk menjimatkan kos, mengakibatkan pembiakan kuman yang banyak dan akhirnya menyebabkan jangkitan kuman. Cara terbaik ialah menukarkan setiap dua jam ketika hari-hari awal kedatangan haids.

5. Memilih tuala wanita yang terlalu tebal dengan alasan agar lendiran dan darah dapat diserap dengan baik. Padahal ini akan menyebabkan wanita itu menggunakan tuala wanita itu terlalu lama dan mengakibatkan pembiakan kuman yang banyak pada tuala itu dan jangkitan kuman pada alat sulit.

Friday, 23 November 2012

Mahukah Kita Mendengar...?

Sebagai ibu bapa, sudah pastinya kita mahukan yang terbaik buat anak-anak yang tercinta. Kita mahukan anak-anak mendengar dan menuruti apa yang kita suruh.. Tapi mahukah kita sebagai orang dewasa mendengar dan melakukan apa yang disarankan oleh anak-anak kita..? Lebih-lebih lagi jika apa yang dikatakan oleh anak-anak itu adalah suatu perkara yang perlu dititikberatkan..?

Seperti contoh, pada suatu hari Qiqie Ila pulang dari sekolah dan bercerita tentang aktiviti di sekolahnya. Ada sebuah syarikat produk hygiene telah datang ke sekolah dan berkempen tentang kepentingan menjaga kebersihan kepada murid-murid.
Qiqie: Ibu tau tak.. Kalau kita dah lepas guna toilet bowl, kita mesti tutup toilet bowl tu dengan penutupnya..

Ibu    : Ye ke..? Tapi kenapa..?

Qiqie: Sebabnya orang yang datang kat sekolah tu bagitau, toilet bowl tu masih ada germs walaupun kita dah flush.. Macam orang sneeze, bila sneeze kemudian tak tutup mulut, semua germs akan merebak.. Heee... Geli Qiqie tengok gambar yang orang tu tunjukkan kat sekolah.. Germs yang banyak tu akan spread everywhere dalam toilet kalau kita tak tutup toilet bowl..

Ibu    : Ooohh.. Macam tu ye.. Ibu pun tak tau sebelum ni..

Qiqie: Lepas ni Ibu dan Ayah mesti tutup toilet bowl bila dah guna toilet bowl tu ye..
Ibu    : Ye lah.. Kita sama-sama jaga kebersihan ok..? Bagus anak Ibu ni..

Mula-mula memang asyik terlupa je nak turunkan penutup toilet bowl tu lepas guna.. Tapi lama-lama kami bertiga dah mempraktikkannya.. 
Cuma bila ke rumah neneknya, ada yang bising-bising bila toilet bowl asyik ditutup selepas menggunakannya.. Puas Qiqie menerangkan kepada mereka, tapi setakat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je kot.. Biasalah.. Agak susah untuk melakukan perubahan kan.. Hehehe..
*All images are courtesy from Google search.

Tuesday, 30 October 2012

Happy Birthday Qiqieku Sayang...

Happy 8th birthday to my beloved Qiqie Ila... Selamat hari lahir sayang... Dah 8 tahun umur anak Ibu ni.. Terasa cepat sangat masa berlalu.. Macam baru semalam je Ibu dukung Qiqie masa baby.. Huhuhu.. Hari ni Ibu dah tak larat nak dukung dah.. 

Ibu doakan Qiqie sihat, menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat dan juga sentiasa dilindungi oleh Allah.. Aameennn... Ibu dan Ayah sayang sangat pada Qiqie.. Muaaaaahhhhhhh.... :)
 
 
 
Dua kek birthday untuk Qiqie.. Yang Barbie doll tu for display only.. Comey sangat-sangat sampaikan sayang nak makan... Hehehe.. Yang dipotong hanyalah kek cekelak moist tu.. Hehehe... Dua-dua kek ni dibuat oleh mak sedara Qiqie yang comel.. Kalau nak order boleh terjah ke blog dia kat sini.

Thursday, 27 September 2012

Memasak...

Huahuahuaaa.... Inilah hasilnya memasak ketika sakit pinggang... Agaknya kalau tak sakit pinggang, siap masak-masak untuk kenduri lagi tu... Hehehe... Ohhh tidaaaaaaaaakk... Patah pinggangku ini...

Yang sebenarnya masak lontong untuk Qiqie Ila.. Kesian dia dah lama mengidam nak makan.. Sakit tak sakit digagahkan juga memasak untuk anak.. Hilang sekejap sakit bila tengok Qiqie dan ayahnya makan dengan penuh selera.. Alhamdulillah...

Dahhh... Nak gi cari tukang urut pulak.. Huhuhu... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...