Monday 16 July 2012

Bila Cinta Beralih Arah...

Dua bulan lepas ketika pulang ke kampung, saya sempat bertemu dengan seorang sahabat, Kak Ell di rumahnya. Terkejut dan menangis saya bila Kak Ell menceritakan masalah rumahtangganya dalam tangisan di dapur rumahnya.. Kak Ell saya peluk erat-erat sebelum kami berpisah. Doa saya dalam hati, Ya Allah.. Kau kuatkanlah semangat sahabatku ini.. Kami sama-sama menangis.. 


Siapa sangka rumahtangga Kak Ell yang dibina selama 13 tahun tiba-tiba goyah disebabkan ada orang ketiga.. Siapa yang menduga suami yang dicurahkan kasih sayang sepenuhnya mula main cinta dengan rakan sepejabatnya (yang juga isteri orang) setelah berjawatan besar.. Anak dan isteri mula diabaikan bila suami terlalu asyik memadu kasih.. Yang paling menyakitkan hati, si suami tergamak memberitahu kekasih barunya yang dia sudah bercerai dengan Kak Ell.. 

Saya pernah terdengar satu ceramah agama, jika seorang suami memberitahu orang lain bahawa dia sudah bercerai dengan isterinya, sebenarnya talak itu sudah jatuh kepada isterinya.. Huhhhh... Scary kan..? Alangkah bahayanya bagi suami untuk mempermain-mainkan lafaz talak ini.. Walaupun niat asal hanya sekadar untuk main-main atau untuk menipu kekasih barunya tapi sebenarnya talak itu sudah sah di sisi agama... Huhuhu.. 

Khabar terbaru, kes Kak Ell sudah dibawa ke mahkamah.. Kesian sangat pada Kak Ell... Semoga Kak Ell terus sabar dan kuat menghadapi dugaan ini.. 

Dugaan datang pada kita dengan pelbagai rupa.. Kembalilah kita kepada Allah dan memohon kekuatan daripadaNYA... 

6 comments:

  1. zaman sekarang, mudah sangat suami tergugat iman bila pangkat dah tinggi..kesusahan hidup bersama dlu dilupakan terus...sabar je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. yg merananya isteri dan anak..

      Delete
  2. kesian kak ell..semoga kak ell menemui kekuatannya nanti..setiapa ujian pasti ada rahmatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kata puteri.. semoga kak ell terus kuat dan sabar..

      Delete
  3. Replies
    1. a'ah kak.. mintak-mintak jauh daripada kita sume..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...