Monday 16 January 2012

Hantu Kak Limah Vs Kongsi

Hujung minggu baru ni kami tak keluar ke mana-mana.. Aku pun tak buat apa-apa aktiviti mengemas/packing untuk pindah pun.. Penat dan sakit urat la weeiii.. Huhuhu... Kasi ini urat dawai tulang besi rehat dulu lah.. Hehehe... Yang ada cuma aktiviti rutin memasak makanan untuk dimakan.. Dah masak, takkan ler nak buat perhiasan pulak kan..  Ngap aje lerr... Hehehe Sambil-sambil tu dok layan dua dvd movie Melayu yang dipinjam daripada seorang rakan. Tak kisahlah walaupun lambat menonton movie ni.. Dapat juga tengok daripada tak tau langsung kan.. Hehehe... 

Selalunya kalau aku tengok dvd kat rumah, mesti tertido punyalah.. Sedang elok je aku bangun bila movie tu dah abes.. Hahahaha.. Baik punya timing.. Nasib baik masa tengok citer ni boleh tahan mata daripada tertutup.. Masa tengok Kak Limah memang dah menguap sakan dah.. 
  
Tapi aku menyampah betul dengan tangan si Usop tu... Cuba dok diam sat untuk 1 saat..! Grrrrr.... Overall pada aku Hantu Kak Limah tu takde la best sangat.. Biasa-biasa je.. Nak gelak skit-skit tu boleh laa.. Aku lagi suka citer Kongsi.. Thumbs up for Shaheizy Sam dan pengarahnya Farid Kamil.. Cuma aku agak konpius dengan satu scene tengah lawan-lawan kat pasar ni. Kenapa pulak perlu ada signboard 'Pork' kat tepi gerai orang jual daging tu.. Sebenarnya nak bagitau apa pada penonton..? Hmmm... Konpius mokcik..

Ada tiga lagi dvd Melayu yang kami belum tengok lagi.. Nanti bila ada masa bolehlah layan.. Itu pun kalau aku tak zzzzz masa tengah menonton... Hehehehehe....
     
*All photos are courtesy from Google image search.

4 comments:

  1. suka sgt tgok citer hantu ni..bukan takut pun, lawak ada lahh..

    ReplyDelete
  2. prefer hantu kak limah kot. x suka tgk gangster2 tu, macam bagus je. hehhe

    ReplyDelete
  3. @hani@debumelukut: ramai org suka tgk citer kak limah ni kan.. hehehe.. maceh sudi singgah sini.. :)

    ReplyDelete
  4. @cik bunga: citer gengster ni mmg x bagus utk kanak2 ribena.. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...