Sunday, 4 December 2011

Puss In Boots At MBO Space U8

  
Kami 3 beranak tengok movie Puss In Boots kat MBO yang baru bukak kat Space U8.. Rasanya ramai yang ke sini sebab nak tengok movie je, macam kitorang gak.. Kedai banyak yang tak bukak lagi kat situ.. Yang ada flea market kat center court, supermarket Fresh2U dan of course MBO kat level 3.. Lelama esok banyaklah kedai yang bukak.. Manusia pun berdoyon-doyon ler datang.. Hehehe..

Anyway, best citer kucing yang pandai lawan-lawan ni... Hehehe Layaaannnnn...
 
 
*All photos are courtesy from Google image search.

Friday, 2 December 2011

Awwwww...

Ibu  : Qiqie... Tadi klinik ada call Ibu... Ibu ada appointment hari Ahad ni pukul 9 pagi. Ada medical check up. Qiqie duduk rumah sekejap ya? Qiqie kan nak tengok Ben10 pukul 9...
Qiqie: Oohh.. Takpe Ibu.. Qiqie ikut Ibu... Ibu lagi penting daripada Ben10...
Awwwww... So very sweet of you my princess.. Thank you very much... Alhamdulillah... 

Thursday, 1 December 2011

Ini Kotak, Bukan Katak Tau...

Ini katak...
Tapi ini kotak.. bukan katak tau.... 

1 kotak...

v
v
v
v

2 kotak...
Dan berkotak-kotak lagi.... 
v
v
v

Dan lagiiiii beribu-ribu lemon kotaaaakkkkk.... Huhuhu
Makcik dalam gambar ni boleh lagi senyum-senyum walaupun tengah packing nak pindah ek.. Elok je dia posing ayu..
Sesungguhnya ini BUKAN rupa aku yang tengah posing daaa...
Aku ni dah tak larat nak senyum lagi dah... Poning kepalo laie ado... Adeiiii... Pinggang pun dah sakit.. Sapo nak tulun meh ler... Huhuhu...
*All photos are courtesy from Google image search.

Wednesday, 30 November 2011

Ooppsss...!!

Qiqie: Ibu.. Jomlah main dengan Qiqie...
Ibu    : Later ya Qiqie... Ibu ada kerja sekarang..
Qiqie: Alaaa... Kejap je..
Ibu    : Later okay... Nanti ada masa, Ibu main dengan Qiqie ya..?
Qiqie: Alaaa.. Ibu ni selalu buat kerja rumah je.. Selalu tak ada masa... Tak spend masa dengan Qiqie pun... Hari-hari buat kerja rumah... Jaga Nyang lagi.. Buat kerja sampai takde masa nak senyum pun.. 
<Qiqie tarik muka masam...>
Ibu   : Errrrkkkk....!!! 
<Muka Ibu blur tak tau nak jawab apa.. Memang betullah semua yang Qiqie cakap tu.. huhuhu...>

Thursday, 24 November 2011

Wajah Baru

Hari ni blog dah berwajah baru... Hehehe... Si comel ni asyik mengomen, 'Ibu rasa blog Ibu ni cantik tak?' 'Tak,' jawabku selamba. 'Ibu tak ada masa lah nak hias-hias blog, nak duduk mengadap komputer ni lama-lama.. Ibu ada banyak kerja lain..'
'Haaa... Qiqie pun rasa blog Ibu ni tak cantik.. Apa kata Ibu tukar je yang lain bagi dia cantik? Sekarang dah cuti sekolah, kita boleh buat sama-sama...' Ohh pandaiii.. Selama ni dok mengutuk dalam hati la tu... Hahahaha... 

Hasil usaha sama dengan Qiqie Ila, inilah dia wajah baru blog... Gambar-gambar header adalah daripada koleksi gambar kitorang bercuti ke Cherating cuti sekolah bulan 6 yang lepas.. Jangan tak tau.. Semua gambar tu ada maksud tersendiri bagi keluarga kami yang boleh dikongsikan bersama melalui blog ni.. Gambar pantai tu menunjukkan kitorang ni memang suka sangat gi pantai.. Pastu suka jalan-jalan cari makanan yang sedap.. Hehehe.. Qiqie dan cermin mata hitamnya pulak menggambarkan apa yang dilihat, difahami dan diterjemahkan oleh budak bertuah ni kepada kami dalam bentuk percakapan, perbuatan dan juga pencapaiannya... Ekekeke.. Kemain lagi nak explain apa yang tersurat dan tersirat pulak eh.. Hehehe... Ok la kot ek... Buat sementara waktu inilah 'make over' blog ni, sebelum bertukar rupa lagi entah bila... Dah pening dah kepala ni... Hentam aje la labuuuuu....

Wednesday, 23 November 2011

Pewarna Rambut Boleh Membunuh??



   
Alamaaakkk..! Betul ke ni..??? Cuak lak rasa bila baca berita ni... Nak tau apa komen Dr. Zubaidi berkaitan isu ini, sila klik di sini.
*All photos are courtesy from Google image search.

Monday, 21 November 2011

Segala Puji-Pujian BagiNYA...

Tatkala hati sedang sarat dengan emosi bercampur-baur dan kesihatan pula asyik merudum.. Qiqie pulang dengan membawa kejayaan yang begitu manis buat ibu dan ayah... Keputusan peperiksaan akhir Qiqie amat memberangsangkan... Ditambah pula dengan sijil penghargaan di atas kejayaannya memperolehi pencapaian tertinggi band 6 untuk semua mata pelajaran teras bagi Tahun 1 2011...
Alhamdulillah... Segala puji-pujian buatMU... Tahniah dan terima kasih puteriku di atas berita gembira ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...