Thursday, 2 June 2011

Cemaner Nak Tolong Eh..?

  
Letrik dah naik... Pasni berderet-deret lah benda lain pulak yang naik.. Pendapatan bulanan je yang tak berapa nak naik.. Huhuhu..

Bagi pasangan suami isteri yang bekerja mungkin takdelah terasa sangat kot tempiasnya.. Tapi bagi kami surirumah sepenuh masa ni... Hmmm... Cemaner nak tolong suami eh..? Kalau ada peluang nak juga aku cari pendapatan sampingan.. Nak amik tempahan jahit baju, skill menjahit aku hancusss.. Hehehe Nak jual biskut raya atau buat kek.. Errrkkk... Aku ni takde la sepandai mana pun memasak atau buat kuih, setakat masuk tekak sendiri boleh la.. Tekak orang lain, aku tak jamin.. Hahahaha..

Bab berjimat-cermat letrik ni dah lama kami praktikkan sejak kahwin, so takde la masalah sangat.. Aku ni pun bukannya jenis kaki shopping a.k.a shopaholic.. Ye lah beli yang perlu je.. Kena la sedar diri sikit, kita ni takde pendapatan.. Takkan la nak berjoli sakan ngabihkan duit laki ye tak.. Hehehe
Kitorang ni kalau wiken je memang suka keluar dan mencuba kedai-kedai makan yang baru.. Hmmm... Kalau dah makan kat luar, faham-faham aje lah.. Paling murah pun sekali makan untuk kami tiga beranak dalam RM70++ ke atas.. Itu baru makan kat Nando's atau Johnny's.. 

Hmm.. Mungkin kami kena kurangkan sikit makan kat luar ni.. Kalau terpaksa gak, makan aje la kat food court.. Murah sikit kot..? Tak pun masa jalan-jalan, cuba bawak bekal sandwich dan air.. Dah jimat banyak tu kan.. Hehehe :)
*All photos are from Google search.

Tuesday, 31 May 2011

Salah Nombor La Weiii...!

Biasalah kan kalau kadang-kadang kita terima panggilan daripada orang yang tersalah nombor.. Awal pagi tadi aku menerima satu sms daripada nombor yang tak dikenali.. 
 
Ohh.. Ada mamat ni tersalah nombor.. Dia nak hantar sms kat awek dia, tersalah hantar kat aku lak.. Sms jiwang, awek dia nak tinggalkan dia kot.. Yang mamat ni sampai menangis-nangis sebab sedih sangat.. 
  • by.. tolonglah abg.. nape by jauhkan diri dpd abg.. by.. abg merayu pd by.. bla bla bla... by.. abg mengeluarkan air mata pagi ni.. sedihnya abg by.. janji tggl janji..
  • smpi hati by buat abg mcm ni.. smpi hati tgglkan abg..
  • by.. tlglah jgn tgglkan abg.. bla bla bla bla..
Tak larat aku nak taip semuanya, panjang bebenor keluh kesah mamat ni.. Nak tergelak pun ada bila aku baca sms tu.. Hehehe Tapi aku diamkan aje lah.. Tapi lepas tu masuk lagi satu sms.. dan lagi.. Alamak.. Apa ni.. Its getting annoying... Aku pun dengan baik hatinya gi reply sms dia.. Aku tulis cenggini, "Maaf, Encik salah nombor." 

Malangnya dia ingat aku ni awek dia yang pura-pura tanak layan dia pulak! Hadoiiii.. Orang macam ni pun ada ke... Kalau dia hantar sms lagi pasni, aku delete je.. Malas nak layan kau..! Yang heran tu, kalau betul bercinta, berkasih-kasihan, mestilah save nombor aweks dalam henpon ye tak..? Pastu nombor tu pon sure dah terpahat dalam kepala.. Mesti ingat punyalah, dok asyik kol atau sms hari-hari.. Hmmm... Cemaner lak boleh tersalah nombor..? Ni yang aku musykil ni.. 

* All photos are from Google search.

Kung Fu Panda 2: The Kaboom Of Doom

    
Wiken baru ni gi tengok movie Kung Fu Panda 2: The Kaboom of Doom. Sape yang suka tengok tengok Kung Fu Panda dulu, mesti suka gak sequelnya ni.. 

Yang kelakar tu nengok si Po ni lah.. Macam blur je and funny..! What can you say, he's an adorable big panda! Hahahaha Since voice over si panda ni guna suara Jack Black, aku rasa character Po ni pun is very much like him. Kalau korang pernah tengok citer-citer yang Jack Black berlakon, korang tau la apa yang aku maksudkan.. Hehehe
Overall citer ni memang best dan menghiburkan.. Bolehlah korang bawak anak-anak tengok citer ni kat panggung wayang masa cuti sekolah ni.. :)
  
* All photos are from Google search.

Sunday, 29 May 2011

Ada Peniaga Online Tidak Beretika dan Pilih Bulu...?

    
Best kan bila shopping..? Hehehe Kalau ada RM, apa yang berkenan di hati boleh aje dibeli.. Sebaiknya bila bershopping tu elakkanlah daripada pembaziran.. Beli apa yang kita kita pakai dan perlu saja.. Tapi sebagai perempuan, kadang-kadang tu terbabas gak.. Kadang-kadang tu, benda tu takdelah perlu sangat, tapi semata-mata nak bekas atau free giftnya.. dibeli la jugak... Aku la tu.. Hahahahaha..
Dalam dunia yang semakin moden dan canggih ini, kuasa membeli kita tidak terhad pada pusat membeli-belah sahaja. Dengan hanya berbekalkan perkhidmatan bank secara online, kredit  kad dan juga perkhidmatan pembayaran yang lain, kita sudah boleh bershopping secara online. Mudah kan..?

Sekarang ni pula, semakin ramai peniaga online yang muncul untuk memanfaatkan kemajuan teknologi terkini.. Bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.. Pilih saja  blog mana pilihan hati untuk membeli-belah.. Cuma kita sebagai pembeli kena selalu berhati-hati dengan mereka ni. Yelah.. takut juga jadi Tipah tertipu.. Pada zaman yang serba canggih ni, ramai juga orang yang suka menipu dan pentingkan diri sendiri.. So, sama-samalah kita berhati-hati dan berwaspada ya kawan-kawan..

  
Aku juga tak terkecuali daripada shopping online.. Tapi aku ada juga pengalaman dok besh berurusan dengan peniaga-peniaga online ni. Macam-macam kes lah.. Ada yang kurang beretika dalam urusan perniagaan dan juga memilih bulu... 

Ada sekali tu aku ternampak la satu produk kat Fesbuk peniaga A ni.. Aku berminat nak beli dan terai la hantar mesej kat dia melalui inbox. 2-3 hari kemudian baru dia reply. Ok fine, maybe dia busy sebab tu lambat bagi info yang aku nak. Lepas tu aku pm dia lagi, aku tanya dia boleh tak pos barang tu pada tarikh yang aku nak.. Tup-tup sampai ke hari ni pun dia tak balas! Aku nampak dia aktif je kat wall dia.. Pastu ada 3-4 orang yang agak popular di alam maya ni nak beli produk dia, bole lak dia layan! Hamboiiii... mentang-mentanglah aku ni nobody, duit aku tak laku agaknya.. Chehhhh...

Ada sorang tu pulak, bila aku dah confirmkan nak beli barang dengan dia, memalam dah kul 10 lebih pun dia boleh sms aku tanya dah masuk duit ke belum. Padahalnya aku beli barang dengan dia cuma berharga dalam RM41 je. Kecoh betul.. Relaks la, bukannya beribu-ribu cik kak oii... Tapi bila aku dah masuk duit, dia buat dekkk je. Cakap tq pun tidak.. Bila aku sms tanya barang dah pos ke, banyak pulak alasannya.. Hampeh...! Nasib baik sampai juga barang tu.. 

Yang sorang ni pulak mula-mula macam ok. Bila aku dah jadi regular customer dia, mulalah buat hal. Dia tersalah hantar barang yang aku nak, pastu tanak bertanggungjawab lak! Sape suruh dia tak check pastu pegi hantar yang salah??? Uishhhhh.. Hangin betul la aku dengan dia.. Tak beretika langsung! Disebabkan kejadian tu aku serik dah nak beli barang dengan dia.. Lagilah lepas aku dapat tau dia jual hanger tudung dengan harga yang sangat tinggi berbanding harga pasaran... Huhuhu
   
Diharap peniaga-peniaga online yang nak maju dan bertahan lama, amalkanlah etika perniagaan yang betul. Berniagalah dengan jujur.. Biarlah ada win-win situation antara penjual dan pembeli. Tak baiklah kalau penjual asyik nak kaut untung saja tanpa memikirkan kepentingan pembeli.. Hmmm.. Lama-lama customer pun lari.. 

Setakat ni aku rasa ada sorang awek cun nilah peniaga online yang paling best.. Sebelum ni dia meniaga kat Fesbuk je.. Tapi sekarang dah ada blog.. Baru lagi blog dia, fresh from the oven.. Hehehe Kalau korang nak tau dia jual apa, singgah la ke blog dia ya, kat sini.. :)

Eh panjang bebenor aku dok membebel.. Apa pun kepada kengkawan.. Berhati-hatilah ketika shopping online ya.. :)


* All photos are from Google search.

Saturday, 28 May 2011

Terernya Aku.. Hehehe

Driving Alone
http://www.driving-fear.com/blog/
Malam semalam dalam kul 10 camtu, hb sms aku mintak tolong ambik dia kat stesen komuter. Haaaahhh...???!!! Biar betul laki aku ni.. Bukannya dia tak tau driving skill aku macam mana..  Kalau setakat driving hanya lepas ke sekolah Qiqie, jangan lautan jalan raya hendak diduga.. Huhuhu.. :(

Sebenarnya stesen komuter tu bukanlah jauh sangat dari rumah. Kalau tak jem, dalam 15-20 minit sampai. Hb pernah sekali je tunjuk jalan tapi aku tak pernah lagi praktis driving sampai ke sana..

Aku pun tak tau macam mana aku boleh reply sms hb dan cakap ok, aku ambik dia.. Haahhh???!!! Biar betul???? Sebelum memulakan perjalanan macam-macam doa yang aku baca.. Si Qiqie pun sama ketakutan macam aku.. Tawakkal jelah kepadaNYA.. 
Photo from Google search.
Dalam ketakutan yang amat sangat disertai degupan jantung yang kencang, tangan yang berlengas dengan peluh pula  terketar-ketar memegang stereng.. Dengan mulut yang tak henti-henti berdoa kepadaNYA, akhirnya sampai juga aku ke stesen komuter tu.. Alhamdulillah...! Lega sangat-sangat.. Qiqie bersorak gembira.. "Yeaaayyyy!!! Ibu berjaya akhirnya..." Hehehehe..

Hb tersenyum lega sebaik saja melihat kami sampai dengan selamat. Sebaik saja dia bukak pintu kereta, aku cepat-cepat keluar.. "Abang drive balik ya..," pintaku sambil buat muka seposen.. Selamaaaaaaatttttt.....! Hahahahahha... :)

Friday, 27 May 2011

Blog ‘Makcik Hajjah’ Hina Islam

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 26 Mei — Selepas beberapa isu menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendakwa perkara itu wujud semula dengan kewujudan sebuah laman blog secara terang-terangan menghina agama Islam dan penganutnya.
Blog itu yang dikenali sebagai “Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara” itu turut menggunakan slogan “Toksah terpedaya oleh tipu muslihat babi Muhammad yang tidak waras tu!” — secara terang-terangan menghina agama Islam.
The Malaysian Insider difahamkan blog itu telah wujud sejak awal minggu ini dan ia juga boleh didapati di laman Facebook dengan menggunakan profil ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ atau laman blognya http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/.
Selain menggunakan kata-kata kesat, apa yang lebih mengejutkan laman blog ini turut memaparkan gambar seekor jerung dan Lady Gaga di atas Kaabah selain gambar-gambar lain yang menghina Islam. Dalam entri terbaru bertarikh 24 Mei 2011, selain memaparkan laman blog itu turut memberi “pesanan” yang berbunyi: “Hari ini Allah tengah murka pada seluruh kaum Adam terutamanya umat kesayangannya, yakni umat Islam yang telah jauh sesat.”
“Maka, Allah menurunkan bala yang setimpal di Masjidil Haram di kota Mekah Al-Mukaramah, mengeluarkan jerung raksasa yang lapar dari perut bumi. Kota Mekah dilanda banjir dan pengunjung-pengunjung beribadat sekeliling baitullah digigit dan dinyonyot sepuas-puasnya oleh binatang peliharaan Allah yang istimewa ini! Allahuakbar!!.”
Bagaimanapun tindakan penulis blog ini dikecam hebat oleh pembacanya, antaranya berbunyi: “Aku nak bunuh kau”, “Semoga Allah cepat matikan engkau yang sah-sah murtad dan senang-senang menghina dan mempersendakan agama Islam” dan “Wahai makcik yang sesat...ingat balasan Allah itu ada, kau tunggu sahaja.”
Rata-rata kritikan dibuat itu meminta agar penulis blog bertaubat dan tidak kurang mahu dia “dibunuh”. Melihat kepada perkembangan terbaru ini, Abim menyifatkan kewujudkan laman blog itu bertujuan mahu menghina imej dan kesucian agama Islam. Justeru kata Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim, pihaknya memandang serius kewujudan laman blog yang berniat jahat itu. “Abim memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.
“Berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikan Abim, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut,” katanya. Kata beliau, tindakan seumpama itu amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Malah kata beliau satu laporan polis telah dibuat terhadap penulis blog itu.
Selain itu, tegas Mohamad Raimi, pihaknya juga menuntut agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyiasat laman blog itu dan mengambil tindakan tegas kepada individu yang terlibat. “Menilai daripada ini, Abim menuntut pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci terhadap insiden yang mendukacitakan ini.
“Abim menuntut agar tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang terlibat, Abim juga mendesak agar permohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh penulis blog ini kepada seluruh umat Islam,” katanya.
**************************************************************************
Aku mengucap panjang bila baca berita ni.. Yang nyata penulis blog tersebut sengaja mahu mencetuskan kemarahan umat Islam... 
Aku dah cuba ke blognya tapi blog tu dah takde. Yang ada cuma lah cache version.. Mungkin juga dia dah delete blog tu, tapi ada hati gak lagi tu nak bukak blog yang lain dan meminta peminat-peminatnya pandai-pandailah cari dia kalau rindu.. Chehhhhhh... Tak tau lah apa motif 'makcik' tu sebenarnya.. Adakah dia memang seorang Melayu yang bertopengkan Islam tapi otaknya dah 'weng' atau hanya seorang bukan Islam yang sengaja nak cari pasal.. Wallahu'alam.. Agaknya diorang ni dah takde keje sangat kot.. Tu yang dok merepek merapu tak tentu pasal.. Apa pun, semoga penulis blog tersebut berhenti daripada buat keje yang tak berpekdah ni.. 
Photo from Google search.


Thursday, 26 May 2011

Ciiiiii.... Caaaaaaaaaaaaaaakkkk....

Korang nampak tak apa yang melekat kat batang pokok tu..? Haa.. tengok betul-betul.. Oppss.. Tak nampak gak..? Meh aku tunjuk gambar close up sikit ek..
Haaa... Dah nampak...? Aku tak tau la cicak besar ni spesies apa dan dari mana datangnya.. Tapi yang dok beshnya, dia ni selalu buat aku melompat dan menjerit ketakutan sebab terkejut.. Huhuhu...

Dalam takut-takut tu, aku buat-buat berani la jugak cuba nak menghalaunya, tapi dia pandang aku pastu buat bodo je.. Aduhaiiii... Dia ni kejap ada, kejap hilang.. Tetiba kang muncul kat tepi grill la, kat tepi pokok bunga la masa aku nak siram pokok.. Maunya aku tak terkejut.. Kussssss semangat..

Gambar ni aku snap masa tengah jemur kain pagi tadi.. Buat-buat berani la pegi dekat dia sebab nak amik gambor.. Dah dapat gambor, apa lagi lariiiiiiiiiiiiiikkk..... Hahahaha...

Latuk cicak busat.. Jangan selalu kacau wa ye.. Lu bikin hal lu, wa bikin hal wa.. Jangan bikin wa terkejut selalu, bole bikin wa mati sakit jantung tau... Lagi bagus kalau lu pindah lain tempat lorrr.... Ekekekekeeee...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...