Monday, 5 March 2012

Wahai Hati

Haissshhhhh... Mood ke laut.. Dok beshhh.. Dok beshhhh... Dok beshhhh... Rasa tak nak buat apa-apa pun... MALessssssss.... Bosan...!  
Bila apa yang diingini tak tercapai, apa yang dirancang tak terlaksana... Ishhhh... Menciiiii..... Tapi nak marahkan siapa..???? Huhuhu... Tak bole nak tipu, memang hati sedey.. Memang hati terluka... Tapi apakan daya...
Wahai hati... Janganlah bersedih lagi... Everything happens for a reason... Allah nak bagi yang jauh lebih baik... Tapi sebelum tu kena sabar banyak-banyak dulu... Hmmmm.... Dan banyak-banyak berdoa juga ditenangkan hati ini atas ujianNYA...

Friday, 2 March 2012

Makanan Untuk Membantu Mengurangkan Keletihan

Kadang-kadang kita ni asyik rasa penat aje... Buat kerja penat, tak buat kerja pun penat gak.. Huhuhu... Kalau keletihan disebabkan buat kerja, selalunya rasa letih tu akan hilang bila dah dapat rehat secukupnya. Tapi kalau dah tido berjam-jam, dah terlebih rehat, asyik letih je memanjang.. Apa hal kan...? Kalau dah selalu sangat keletihan, tak boleh dibiarkan dan buat tak tau je.. Kenalah merajinkan diri gi jumpa tuan doktor... (dan memberanikan diri? hehehe..) Kot-kot ada penyakit lain pulak yang singgah.. Lagi parah... 

Terjumpa satu artikel kat internet ni, katanya mungkin situasi ni berlaku disebabkan kita makan jenis makanan yang tak seimbang. Kita sepatutnya memilih jenis makanan yang dapat merangsang tenaga secara perlahan (slow release). Secara tak langsung kita juga akan memperolehi tenaga yang berpanjangan. 

Ada 5 jenis makanan yang baik untuk membantu mengurangkan keletihan iaitu:
1. Oatmeal
Mengandungi fiber yang tinggi di samping magnesium, protein, fosforus, dan vitamin B1 (thiamin) yang baik untuk memberikan tenaga. Namun begitu, cuba elakkan mengambil oat segera dan yang berperisa... 
(Oat segera la senang eh.. Tuang air panas je... Nak masak-masak ni leceh... Huhuhu..)

2. Yogurt
Mengandungi protein dan juga probiotics. Disebabkan yogurt ini lembut, sistem badan kita dapat memprosesnya dengan lebih cepat daripada makanan pejal, menjadikannya sumber tenaga yang cepat. Di samping untuk sistem penghadaman yang baik, menurut kajian, probiotics juga dapat merangsang asid amino tryptophan di dalam otak supaya dapat melawan keletihan fizikal dan mental.
3. Bayam
Mengandungi zat besi, magnesium, potassium dan juga vitamin B1. Oohhh.. patutlah Popeye tu kuat bebeno bila makan bayam ni eh.. Hehehehe... Oleh itu marilah kita semua rajin-rajin makin bayam ni supaya kuat dan bertenaga seperti Popeye.. Ahaksss..

Maleh nak translate.. Baca sendiri la ye kenapa zat besi, magnesium dan potassium ni bagus sebagai energy booster. (Malas ni sebab keletihan dan kekurangan tenaga la ni.. Muahahahahaaa..)

Iron plays a direct and important role in fighting fatigue. It's a known energy booster, helping the body produce energy by delivering oxygen to the cells and enabling them to perform optimally. Without sufficient oxygen, our cells slow down and can even shut down altogether. Low iron levels can cause both physical and mental fatigue, as well as anemia. Symptoms of anemia include tiredness, lack of energy, weakness, trouble concentrating, apathy, insomnia, and loss of appetite. Spinach and other leafy greens offer a high rate of iron for an extremely low caloric intake. Spinach also happens to be an excellent source of vitamin C, which boosts iron absorption.
Magnesium is necessary for the production of energy, proper digestion, and the regulation of nerve and muscle tone. It's no wonder that a lack of magnesium can cause our brains and bodies to slow. Unfortunately, magnesium deficiency is one of the most common nutrient deficiencies in the U.S. Even a slight deficiency can result in reduced energy levels, which causes your body to work harder and can lead to exhaustion. Symptoms of magnesium deficiency include imbalanced blood sugar levels, depression, muscle weakness, muscle cramps, muscle spasms, muscle soreness, body tension, low energy, fatigue, difficulty sleeping, confusion, and lack of appetite.
Like magnesium, potassium also helps muscles and nerves function properly. Physical overexertion is a common cause of potassium deficiency, but it can also occur if you become dehydrated due to illness or for any other reason. Symptoms of potassium deficiency include muscle weakness, confusion, and fatigue.

4. Nuts and seeds
Kekacang dan errr.. seeds cakap melayu apa eh.. Biji benih? Bijian? Bijirin? 
Seperti contoh biji bunga matahari, almond, gajus, kacang hazel, walnut mengandungi protein, lemak omega-3, manganese, magnesium, fosforus, riboflavin, vitamin B1, B2, B5 dan tryptophan. Omega-3 adalah merupakan satu-satunya lemak yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Lemak kekal lebih lama di dalam perut berbanding dengan karbohidrat dan protein. Oleh yang demikian ia berfungsi sebagai bahan pembakar secara perlahan yang dapat membekalkan tenaga untuk jangka masa yang lebih lama. Menurut kajian juga, Omega-3 boleh membantu mengurangkan obesiti.
5. Beans 
Seperi juga jenis-jenis makanan yang telah disebutkan tadi, ianya juga mengandungi potassium, magnesium, fosforus, zat besi, fiber, karbohidrat dan protein. 
Huarrrgggghhhh..!! Penat dah menaip ni... Errrr... Nak gi sambung tido la... Muahahahahahaaa...! Mana bole tido daaa... Nak gi lipat kain, nak masak, nak mencuci... Adeiii... Yogurt pun takde dalam fridge ni untuk dapatkan tenaga segera.. Huhuhuhu...

Source from here.

*All images are courtesy from Google search. 

Wednesday, 29 February 2012

La Tahzan: Jangan Bersedih

Semangat dan azam untuk hidup hari ini...
Tanpa kesedihan
Tanpa keresahan
Tanpa kemarahan
Tanpa kedengkian dan 
Tanpa kebencian...

Sebenarnya dah lama dapat buku ni La Tahzan karya Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni, dihadiahkan oleh BFF, Mak Anjang... Tapi masih belum berkesempatan nak membacanya... Tengah-tengah jiwa kacau dan emosi bercelaru ni memang sangat eloklah kalau nak start baca pun... Hehehe.. Sambil-sambil dok tunggu dalam kereta sementara Qiqie Ila abes skolah tu... Ada gak pengisian rohani kan... :) 

BEN ASHAARI: BLOGLIST APRIL 2012

BEN ASHAARI

Segmen bro Ben ni macam menarik je.. Bertukar-tukar link untuk bloglist... Saya join la ya... Hehehehe... 

Ooohh... saya nak bertukar-tukar link supaya dapat bertukar-tukar cerita menarik bersama kengkawan di alam maya ni.. Kekadang kalau kat dashboard tu tak perasan sangat ada cerita-ceriti yang menarik sebab banyak sangat kan.. Kalau dah ada dalam bloglist, senang sikit nak nampak.. Dok gitu... Hehehe..

Kepada yang nak sertai segmen ni, klik sini... Expiry datenya 1.3.12, pukul 8 malam.

Saya dahulukan dengan ribuan terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke blog ini... :)


Tuesday, 28 February 2012

Kenapa Sampai Jadi Macam Ni???


Anak-anak diperlakukan sedemikian rupa di taska... Sampainya hati mereka buat macam ni pada anak-anak yang kecil ni...

Thursday, 23 February 2012

Pandai Ye...

Masa Auntie MyVi tengah reverse kete nak hangkut budak-budak ni gi sekolah, Yana yang dok kat seat depan tetiba bertanya dengan muka innocentnya... Yana ni salah sorang bff Qiqie, satu kelas lagi.. Memang dah jadi rutin harian menghantar Qiqie, Yana dan Iva ke sekolah. Masa pergi sekolah ajelah tiga sekawan, balik asing-asing. Bila dah berjumpa tu apa lagi... MyVi bergegar dengan gelak ketawa budak-budak ni yang full volume... Hehehe...

Yana: Auntie... Auntie ada jerawat ya? Sambil memandang
          beberapa ketul jerawat yang baru naik merosakkan 
          muka Auntie... Huhuhu...
Auntie: (Dalam hati... Errrkkk...! Amboiii ko Yana.. Tanya
          direct aje ko ye.. Huhuhu...) A'ah...
          (Jawab pendek je sebab malas nak layan soklan-
          soklan bab jerawat ni..sensitip..!)
Yana: Auntie pakailah Safi Rania Gold... Mama pakai Safi
          Rania Gold, nanti takde jerawat...
Aku terkedu... Hahahahahaha... Lawaklah budak Yana ni.. Ko jadi duta produk Safi Rania Gold tu ke hape.. 
Auntie: Haaa... Ye ke?? Nantilah Auntie pakai ya.. 
Sebenarnya bukan Yana sorang je yang jenis cakap direct ni. Qiqie pon sama gak.. Sesuka hati dan sesedap rasa je diorang ni nak mengomen... Tak fikir pun perasaan orang lain... Huhuhu... Jauh berbeza dengan zaman kita budak-budak dulu... Dulu-dulu kita takleh menyampuk cakap orang tua, takde banyak soal sangat pada orang tua dan lebih banyak menurut perintah... Memang anak-anak zaman sekarang ni kebanyakannya macam tu kot eh... Pandai bercakap, tanya macam-macam soklan yang kadangkala terkial-kial kita nak menjawabnya... Walaupun begitu, menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa juga untuk menasihati dan menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak ini.. Kalau bukan kita yang mendidik dan mencorakkan mereka mengikut landasan yang betul, siapa lagi kan... :)
*All images are courtesy from Google search.

Wednesday, 22 February 2012

Ada Hikmahnya

Terkejut juga ketika membaca catatan Fauzana tentang surirumah yang dianggap sebagai satu profesion di Deutschland. Dulu pun aku ada buat entry pasal surirumah ni, klik sini. Boleh klik di sini juga kalau nak tau apa yang ditulis oleh sahabat kita ni... :) Alangkah bagusnya kalau kat Malaysia ni pun semua orang beranggapan begitu... Takdelah surirumah dipandang sebelah mata lagi kan.. Heheheee... 

Lebih menyedihkan ramai yang menganggap surirumah sepenuh masa ni hanyalah sebagai pekerja 24-7 tanpa gaji yang tak tau apa-apa dan hanya tau menghabiskan duit laki je... Huhuhu... Kalau surirumah yang ada side income (jual kuih ke, buat MLM dan sebagainya), selalunya orang takdelah nak perli-perli sangat... Yang ada degree pon orang tetap mengata gak, dengan anggapan buang karen je belajar sampai masuk U tapi akhirnya jadi surirumah jer... Chehhhh....
  
Tapi bila difikir-fikir balik dalam pada orang dok mengata tu, ada banyak juga hikmahnya jadi surirumah ni... Sebabnya sebagai ibu, kita sendiri dapat mendidik anak-anak yang kita kasihi.. Lapang dada bila tengok anak-anak membesar di depan mata... Makan pakai, sakit pening semua kita sendiri yang uruskan... Tahap kebersihan anak-anak kita sendiri yang pantau. Ada sesetengah anak yang dijaga bibik atau dihantar ke nursery, hidung dah meleleh dengan hingus hijau pun, masih tidak dibersihkan dan dipedulikan... Lampin pakai buang dah overloaded, tapi masih dibuat tak tau...  Muka dan badan comot, baju yang dipakaikan pula sampai dah hitam berdaki... Kesian anak-anak ini...
Seperti yang kita sedia maklum, didikan awal sejak dari dilahirkan adalah fasa yang paling penting dalam kehidupan anak-anak. Sebagai ibu dan surirumah sepenuh masa, Alhamdulillah... tanggungjawab ini dapat dilaksanakan sepenuhnya sendiri. Baik ajar mengaji, membaca, menulis dan mengira... Insya Allah dapat dilaksanakan di samping menerapkan nilai-nilai murni seorang hambaNYA... Walaupun Qiqie selalu komplen Ibu garang macam harimau bila marah dan ajar mengaji.. Heheheee...


Takpelah takde gaji pun, yang penting anak dapat dijaga dan dididik sepenuhnya tanpa mengharapkan bibik atau nursery. Sambil-sambil buat kerja rumah, sambil jaga anak... Boleh juga melatih Qiqie untuk membantu apa-apa yang patut di rumah. Alhamdulillah... Aku bertuah telah dipilih olehNYA untuk mendidik dan membesarkan amanah Allah ini dengan kudrat sendiri...    
*All images are courtesy from Google search.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...