Wednesday, 8 February 2012

Pasar Malam Vs Pasar Raya

Long weekend kali ni kami tak ke mana-mana. Hari Sabtu baru ni, masa tu pun dah malam, dah pukul 8 lebih, hb tiba-tiba ajak ke pasar malam Bandar Baru Bangi (BBB) yang besar tu. Kat seksyen bape entah, dah lupa, dekat dengan seksyen 1 kot. Jauh tu dari Shah Alam nak ke pasar malam BBB... Tapi memandangkan takde buat pape pun malam tu, kitorang pun pegi aje lah... Kalau pasar malam dah tutup pun takpe, boleh jalan-jalan je... 

BBB ni tempat tumpahnya darah Qiqie Ila... Hehehehe... Dulu-dulu lepas kawen stay la kat BBB ni kat Seksyen 4.. Lahirkan Qiqie kat Hospital Az-Zahrah tu... Sekarang semuanya dah tinggal kenangan... BBB pun dah banyak berubah kalau nak dibandingkan 7-8 tahun dulu. Kereta dah semakin banyak, rumah-rumah dan kedai-kedai pun sama. Dulu kat sebelah PKNS tu kosong je, sekarang dah ada McDonald's besar... Hehehe...
  
Anyway kitorang sampai ke pasar malam dah dekat pukul 10 malam. Ramai peniaga yang dah tengah kemas-kemas nak balik. Setakat cuci-cuci mata dan mengimbau kembali kenangan dulu boleh la... Kalau nak beli barang, kena datang awal pada lain masa... Hahaha...
Tapi kan mahal juga barang-barang kat pasar malam ni kalau nak dibandingkan dengan pasar raya. Tomato 1kg RM5. Kat pasar raya paling mahal yang pernah aku beli pun boleh dapat dalam RM3++ untuk sekilo.
Anggur hijau tiada biji sekilo mencecah RM18! Sedangkan aku beli kat MyMydin sekilo baru RM15... Hmmm... Entahlah... Memang betul mahal ke barang-barang kat pasar malam dibandingkan dengan pasar raya...? Aku ni dah bertahun tak pergi pasar malam sebab pasar malam jauh dari area rumah. Adakah sekarang ni semua pasar malam harganya sebegitu atau di BBB saja... Wallahu'alam...

Sambil jenjalan tu, perut terasa lapar pulak. Nak makan nasi briyani Ghazal yang sedap tu sah-sah dah tutup. Lepas berpusing-pusing akhirnya kitorang makan kat restoran Rimba Klasik. Makanan kat kedai tu, ok lah... Yang sedap sotong goreng tepung dan sup tulang. Siakap tiga rasanya agak kureng sikit pada tekak ni... 

Masa tengah berpusing-pusing tu intai juga kot-kot ada kilang percetakan (tempat keje Kak Ana hehehehe...). Tapi disebabkan malam tak nampak sangat pun. Yang ternampak kilang Sony dan kilang kabel je...

Lain kali kalau ada masa, boleh datang lagi ke pasar malam BBB ni... Best apa gi pasar malam... :)
*All photos are courtesy from Google image search.

Friday, 3 February 2012

What Goes Around, Comes Around

Sejak kebelakangan ni, mood asyik ke laut jer.. Mentang-mentanglah baru balik bercuti kat laut... Hehehehe... Nak buat apa pun takde mood, asyik malas je... Tak tau ler apsal... Kerja packing-memacking untuk pindah dah lama terbengkalai.. Tengok kotak yang bersusun-susun, malas... Tengok kain baju, malas... Tengok pinggan-mangkuk periuk belanga, malas... Tengok rumah bersepah macam tongkang pecah, malas... Huhuhuhu... Boleh ke sebagai surirumah nak ambik cuti daripada berkemas, cuti daripada cuci pinggan-mangkuk, cuti daripada basuh kain, jemur kain, angkat kain, lipat kain dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...? Pastu gi holiday je kerjanya...? Hahahahahaha... Berangan ler sampai ke bulan makcik oiii...

Aku cakap kat Qiqie Ila, Ibu malaslah nak buat semua kerja ni... Ibu penat... Ibu stress...
Qiqie selamba je jawab, Ibu... Tak baik cakap malas tau... Cakaplah Ibu kurang rajin dan penat nak buat semua kerja ni... 

Errrkkk...! Errrr... Baik boss... Sejak daripada Qiqie kecil, aku yang ajar dia jangan suka sebut perkataan malas tu. Gunakan perkataan 'kurang rajin'... Nah... Sekarang amik... Siapa yang kena lecture sekarang...??Huhuhuhuhu...

Friday, 27 January 2012

Nak Minum Ke Ni...?

Sejak balik daripada bercuti ni, bertambah tebal pulak perasaan malas ni... Hehehe... Echehhhh... Macam ler kalau tak bercuti pun rajin sangat kat rumah ni... Opppsss... Kantoiiiii.... Ngeeeeeeeee.... :p!

Nak menyetelkan laundry satu hal, angkat kain, lipat kain... Nak unpack dan kemas baju... Adeiii... Penat la mokcik... Huhuhu... Sungguh benar katamu wahai Kak Ana.. Gimme five...! Hehehe...

Masa berdua je dengan Qiqie kat rumah, memang malas sungguh nak masak.. Nak buat keje lagi, nak masak lagi... Mana sempat kan... So kitorang makan je la apa-apa yang ada, janji tak payah beria-ia kelentung kelentang masak kat dapur... Jimatkan tenaga yang ada untuk perkara lain yang lebih utama kan... Echehhhh... Alasan baik punya tu.. Hehehe... Nasib baik ada macaroni and cheese segera San Remo yang beli kat Tesco... Hehehe... Tengah lapar semua pon sodap... Hehehe...

Untuk dinner, hb ajak makan kat luar... Yippeeeee... Tak yah masak...! Cayang abang... Hehehe... Hb tanya nak makan kat mana? Ikutkan hati, makan kat kedai mamak Rafi pujaan hati tu pon ok jer... Lepas bincang-bincang, kitorang decide nak makan nasik lemak kat satu gerai kat Sg. Buloh ni... Ok, bole aje... Nasik lemak kat gerai tu pun memang sedap...

Bila sampai kat Sg. Buloh tetiba kitorang decide nak cuba kat gerai lain pulak. Menurut hb, kawannya kata char kuey teownya sedap kat situ. 

Nampak ramai orang, luar dalam penuh... Mungkin betul sedap la kot.. So kitorang pun mulalah mengorder makanan. Tapi tak tau lah kenapa adik waitress yang ambik order kami tu blur yang amat... Adoyaiiii.... Macam mana keje ni dik oiii... 

Air sampai dulu... Kami order air buah, carrot susu, orange dan apple. Setelah dibelek-belek... Alamak ehhh.... Gelasnya kotor yang amat daaa.... Macam mana nak minum ni...?? Kang tak pasal-pasal sakit puyut lak kami 3 beranak... Aku dan hb bertukar pandangan, wajah memasing dah jadi kelat... Sebab tak kuasa nak minum daripada gelas tu, kami order dua air tin. Tapi tak sejuk pulok...! Adik blur bawak dua gelas berisi ais... Ewwwwww... Cuba tengok...
Nampak tak ada kotoran degil yang melekat di tepi mulut gelas... Huhuhu... Gelas jus buah bederet-deret kat belakang tu tak berusik... Tak sanggup kami nak minum...
Anak-anak panah menunjukkan kotoran degil... Berkerak dan berlumut... Bluweeekkk... Heeee.... Geliiiii....
Adoyaiiii... Apo nak dikato... Semua gelas pon sama kotor macam tu gak... Dah berapa tahun tak basuh agaknya eh...? Bila makanan sampai, kami check dulu pinggannya... Hmmm... Kami jamah sikit je sebab lapar sangat. Dah tak berselera nak makan dengan tahap kekotoran gerai tu... Muka hb dah stress tahap gaban, dia ajak gi makan kat gerai nasi lemak tu semula... Cepat-cepat kitorang bangun dan bayar... Dahlah kedai kotor, makanan tak sedap, harga mahal pulak! Ishhhhhh...

Nampaknya itulah kali pertama dan terakhir kami jejak kaki ke situ... Sori naik lori beb... Takkan datang lagi dah... Tapi yang herannya apsal orang ramai gak yang datang makan kat situ...? Adakah mereka tu semua tak prihatin tentang tahap kebersihan makanan yang masuk ke dalam perut sendiri...? Kang sakit sape yang susah...? Hmmm.... ? 

Makanan yang terbaik adalah yang disediakan sendiri di rumah dengan keadaan bersih... Tapi itulah kadang-kadang kita ni tak dapat nak buat semua tu sendiri di atas sebab-sebab tertentu... Nak tak nak terpaksa juga makan kat luar... Tapi sekurang-kurangnya pilihlah gerai yang mengamalkan kebersihan... Kalau dah nampak kekotoran yang ketara dan boleh mengundang bahaya, baik angkat kaki je...

Thursday, 26 January 2012

Kembali Ke Alam Nyata

 
Bangun pagi dikejutkan dengan suara burung berkicauan.. Ehh.. Mana perginya bunyi deruan ombak...?? Errrkkk... Dah balik rumah laa.. Mana ada ombak, pasir, pantai lagi makcik oiii... Huhuhu...

Aiyyoohhh... Tak puas la cuti-cuti dan jalan-jalan ni.. Errr.. Pernah ke rasa puas bila jalan-jalan makan angin ni.. Hehehe... Rasa macam sekejap sangat, pejam-celik pejam-celik dah kena balik semula ke Shah Alam.. Hb pun mengeluh masa nak gi kerja, kan bagus kalau boleh extend cuti... Huhuhu... Qiqie masih terselamat sebab sekolah pun cuti seminggu. Hehehe... Tapi siap ler nanti nak kena ganti sekolah pada hari Sabtu pulak...
Masa cuti raya cina baru ni, kami jalan-jalan ke Kuantan. Stay kat Swiss Garden. Sebelum sampai sana, kawan aku mengomen, wahh.. Ko gi tempat mahal tu.. Mahal ke detikku dalam hati... Bior lerr labuuuu.. Then masa kat swimming pool, ada pulak mulut takde insurans mengomen pada hb... Lebih kurang cenggini la ayatnya, bini tak keje boleh datang sini eh...?? Cissss... Amboiii... Amboii...Sesedap mulut je eh nak mengomen.. Abis tu kalau bini tak keje, tak boleh nak gi berjalan ke..?? Nak kena dua-dua laki bini kerja ke, baru boleh gi hotel 3-4 bintang...?? Kalau ikutkan hati nak aje aku jawab, Kitorang ni kaya-raya lah weiiii.. Suka hatilah nak gi bercuti ke mana pun.. Bukan mintak duit kau pon! Kau jeles apa hal??? Hahahahaha.. (Ayat marah dan sakit hati ni...Bior ler tipu cakap kaya raya pon... Hehehe...)

Tak faham mentaliti dan kejumudan sesetengah orang... Kenal pun tidak, tapi nak berhasad dengki pulak... Jagalah sikit adab dan tatabahasa bila bercakap dengan orang kan... Kalau nak ikutkan memang kat Swiss Garden tu rate biliknya mahal... Tapi dah berbulan-bulan aku buat booking online sebab tulah dapat murah... Cuba pegi ke website dia, ada banyak je pakej yang berpatutan.. Apa daaa.... 

Ok lah kita lupakan kesah sakit hati tu.. Baik layan je gambar-gambar yang tak seberapa ni kan.. Qiqie Ila sampaikan tanak balik.. Nak pindah dok kat tepi pantai.. Muahahahaha.. Kalau ada rumah sebijik kat tepi pantai bagus juga... Boleh main sepuas hati kat pantai... Nak duduk lama-lama pun bole, tak payah dah nak bayar mahal-mahal sebab rumah sendiri... Hehehehe... Best.. Best.. Best...!
Kitorang bertolak pagi Sabtu. Jem gilossss.. BLD 2689 Hyundai Starex putih ni memang jahat! Asyik ke kiri ke kanan tanpa signal dan membahayakan pengguna jalanraya yang lain.. Weiii.. Nak mati gi mati sorang la.. Jangan buat orang lain eksiden sama.. ! Apa daaaa... 
Yeayyyyy....!! Dah sampai.... 
Best.. Best... Best... Tak sabar nak tido nih... Hahahahaa...
 
We love the room...! 
Tak sabar dah nak bercanda di pasiran pantai... Sampai je kanak-kanak ribena ni terus melompat ke pantai... Hehehe..
 
Hmmmm... Beach holiday... is heaven...!
 
Pandangan dari balkoni bilik... Cantik kan...
  
Anak itik tok wi mandi dalam kolam... 
  
Kata Qiqie, Kita enjoyyyyy....!!! Masa tengah amik gambar ni kan ada la sorang atok mat salleh ni kat tepi kitorang... Badan agak berisi berperut boncet dan pakai seluar mandi warna biru.. Kat bahagian belakang seluar dia tu tertulis 'ORIGINAL'...! Hahahahahaha... Adeiii.. Sakit perut tergolek-golek aku dok gelakkan dia kat pantai tu.. Hehehe Terlupa lak nak snap gambar dia... Ekekekeke... :p!
 
Macam-macam ropa ada kat swimming pool ni... Hahahaaa...
Pandangan pantai dari swimming pool...

Thursday, 19 January 2012

Tamat Sudaahh...

Semalam tamatlah sudah tempoh lesen memandu percubaan P selama dua tahun... Lepas hantar Qiqie ke sekolah, hb terus hantar aku ke JPJ Klang pulak... Yahoooooo....!! Dah dapat lesen besar dah.. Terus renew untuk 5 tahun dan kena bayar RM165.  Untuk 5 tahun yang akan datang ni tak payah dah nak pening kepala nak gi renew lesen.. Selamaaaatttt... Hehehe..
Masa on the way nak balik rumah, hb tiba-tiba bersuara.. "Eh orang baru dapat lesen la kena drive balik rumah ni.." Errrrkkkkk...!!! Oh tidaaaaaaaaaaaaakkkk... Aku buat-buat nak pingsaaaaaannn... Hahahahahahaa... Penakut betul laahh ini auntie myvi...! Hahahahahahaha.. Hb hanya geleng kepala.. Nasib baik hb sayang kan.. Hehehehe... 
http://atuk-phd.blogspot.com/2011/11/kak-yang-memiliki-lesen-memandu.html
Sampai rumah hb kata cabutlah sticker P kat myvi tu... Ehh.. Jangan..! Biarlah mereput kat situ.. Sekurang-kurangnya kalau aku bawak myvi tu macam kura-kura pun, orang nampak ada 'P' kan.... Hehehehehe.. 

Segmen Jom Tambah Follower

Join segmen lagiiiiii... Hehehehehe... Bole la yeaaa... Terima kasih kepada Haris Kaito di atas segmen ini.. 

Sape2 nak join sila klik sini.

Monday, 16 January 2012

Doa Keselamatan

Doa untuk memohon perlindunganNYA, minta dijauhkan daripada sebarang kemudaratan... Kalau rasa macam agak susah nak ingat, cuba dengan kaedah bernasyid.. Insya Allah boleh.. Dulu ada pernah dengar, kalau tak silap dialunkan oleh kumpulan Hijjaz... Tak jumpa pulak video tu kat internet nak tepek kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...