Thursday, 19 January 2012

Segmen Jom Tambah Follower

Join segmen lagiiiiii... Hehehehehe... Bole la yeaaa... Terima kasih kepada Haris Kaito di atas segmen ini.. 

Sape2 nak join sila klik sini.

Monday, 16 January 2012

Doa Keselamatan

Doa untuk memohon perlindunganNYA, minta dijauhkan daripada sebarang kemudaratan... Kalau rasa macam agak susah nak ingat, cuba dengan kaedah bernasyid.. Insya Allah boleh.. Dulu ada pernah dengar, kalau tak silap dialunkan oleh kumpulan Hijjaz... Tak jumpa pulak video tu kat internet nak tepek kat sini..

Hantu Kak Limah Vs Kongsi

Hujung minggu baru ni kami tak keluar ke mana-mana.. Aku pun tak buat apa-apa aktiviti mengemas/packing untuk pindah pun.. Penat dan sakit urat la weeiii.. Huhuhu... Kasi ini urat dawai tulang besi rehat dulu lah.. Hehehe... Yang ada cuma aktiviti rutin memasak makanan untuk dimakan.. Dah masak, takkan ler nak buat perhiasan pulak kan..  Ngap aje lerr... Hehehe Sambil-sambil tu dok layan dua dvd movie Melayu yang dipinjam daripada seorang rakan. Tak kisahlah walaupun lambat menonton movie ni.. Dapat juga tengok daripada tak tau langsung kan.. Hehehe... 

Selalunya kalau aku tengok dvd kat rumah, mesti tertido punyalah.. Sedang elok je aku bangun bila movie tu dah abes.. Hahahaha.. Baik punya timing.. Nasib baik masa tengok citer ni boleh tahan mata daripada tertutup.. Masa tengok Kak Limah memang dah menguap sakan dah.. 
  
Tapi aku menyampah betul dengan tangan si Usop tu... Cuba dok diam sat untuk 1 saat..! Grrrrr.... Overall pada aku Hantu Kak Limah tu takde la best sangat.. Biasa-biasa je.. Nak gelak skit-skit tu boleh laa.. Aku lagi suka citer Kongsi.. Thumbs up for Shaheizy Sam dan pengarahnya Farid Kamil.. Cuma aku agak konpius dengan satu scene tengah lawan-lawan kat pasar ni. Kenapa pulak perlu ada signboard 'Pork' kat tepi gerai orang jual daging tu.. Sebenarnya nak bagitau apa pada penonton..? Hmmm... Konpius mokcik..

Ada tiga lagi dvd Melayu yang kami belum tengok lagi.. Nanti bila ada masa bolehlah layan.. Itu pun kalau aku tak zzzzz masa tengah menonton... Hehehehehe....
     
*All photos are courtesy from Google image search.

Saturday, 14 January 2012

Penangan Foot Massager

Kalau korang gi jenjalan ke shopping complex, sure pernah ternampak orang dok promosikan benda alah ni kan.. Mesin ni ada pelbagai jenama dan rupa, tapi basically fungsinya untuk mengurut kaki menggunakan konsep refleksologi.
 
Masa tengah food shopping kat Giant Shah Alam weekend lepas, kitorang disapa oleh promoter foot masssager ni.. Meh la abang.. akak.. try dulu.. Yang sebenornya kami ni dah lenguh berjalan, nak duduk takde tempat pulak.. So boleh lah nak menerai mesin ni.. Kalau tak, selama ni jumpa, tak pernah teringin nak cuba pun.. Hehehe..

Ingatkan ok je, ropa-ropanya... Aduyaiiii... Macam kena siksaan dan hukuman berat je tapak kakiku ini... ! Saaaakitttt weeeeiiii...! Kami berdua berpeluh-peluh menahan sakit.. Huhuhuu... Kata promoter tu, Haaa... Sakit tu maknanya abang dengan kakak ada masalah kesihatan bla..bla..bla..bla.. Kalau orang takde masalah pape, tak rasa apa pun bila letak kaki kat situ.. Daripada apa yang dia cakap macam banyak bonar yo masalah kesihatan kami ni.. Adeeiiii... Mungkin ada betulnya juga sebab foot massager tu macam urutan refleksologi juga cuma ni pakai mesin.. 

Abis tu macam mana nak kasi sihat guna mesin ni? Abang akak amalkan guna mesin ni sampai hilang sakit kat kaki tu, dua tiga kali sehari pun boleh..  
Ambiklah satu abang..akak... Kita tengah ada offer sekarang, harga biasa 2998, promosi 1998.. Dapat tiga free gifts lagi kalau abang akak ambik hari ni... Hmmm... Mungkin bagus la kot mesin ni, tapi mahal sangatlah.. Nantilah tunggu ada duit lebih, bole beli... 

Tapi kan... Sehingga hari ini tapak kaki ni masih sakit... Huhuhu... 

*All photos are courtesy from Google image search.

Thursday, 12 January 2012

Lawak Masa Penat

Sampai aje rumah lepas ambik Qiqie Ila dari sekolah terus masuk ke dapur untuk sediakan dinner.. Qiqie nak makan yang simple je, roti bakar dan chicken and mushroom soup..  Senang hati Ibu sediakan yang senang dan mudah ni.. Hehehe...

Ambik kuali, bukak api pastu letak roti dalam kuali.. Pastu dok tenung je roti dalam kuali tu.. Dalam kepala ni dok berfikir-fikir.. Macam tak betul je apa aku buat ni... Tapi apa ya...?? Otak masih tak boleh nak register sebab terlampau penat.. 

Tiba-tiba seolah baru terbangun daripada tidur, aku cepat-cepat tutup api... Nak buat roti bakar apa hal pulak masuk roti dalam kuali???? Hilang akal ke apa...?? Toaster kan ada...!! Adeeeiiiii... Aku tergelak-gelak sorang diri kat dapur.. Haiiii... Nasib badan... Kalau dah kepenatan, macam-macam lah kejadian tak diingini berlaku... Hehehe.. Gambar yang memalukan tu tak sempat nak snap sebab tengah penat kan.. Otak pun tak boleh nak fikir sangat.. Hehehe..

Wednesday, 11 January 2012

Back To School

Dah masuk tahun baru ni, sekolah pun dah mula balik.. Rasa macam kejap je dah cuti sebulan lebih tahun lepas.. Heheheh.. Biasa lerr.. Dah bagi betis nak peha.. Dah bagi peha nak dada.. Ooopppssss... Haaa... Sila programkan otak anda supaya jangan pikir benda lain ya.. Hahahahahahaaa... Awal-awal ni agak kelam-kabut dan bz sket dengan urusan sekolah Qiqie Ila.. Biasalah kita yang jadi 'makcik bas'.. Errrkkk...! Tamo la panggil makcik bas, macam dok besh je bunyiknya.. Tukar kepada 'auntie myvi' laa.. Ahahahahaha... Tahun ni pulak tambah 2 orang lagi kawan Qiqie yang tumpang kete untuk gi sekolah sama-sama.. Kita jugak yang jadi makcik tukang masak dan tukang cuci.. Makcik tukang kemas nak pindah pun ya juga.. Adeiiii.... Huhuhuhu... Tu yang tak berapa nak sempat nak update blog.. Sape kata jadi surirumah dan uruskan persekolahan anak ni tak penat.. Penat wooo... Nasib baik Qiqie dah darjah 2 tahun ni... Kurang skit penat berbanding tahun lepas... 

SEGMEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWER

Masa tengah layan fesbuk tadi dalam mode yang penat dan mengantuk.. ternampak pulak adik Farah punya segmen ni kat DTS punya group.. So akak join la yea Farah... Hehehe.. Macehhh... ^_^

Kepada yang nak join, bole klik sini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...