Monday, 16 January 2012

Hantu Kak Limah Vs Kongsi

Hujung minggu baru ni kami tak keluar ke mana-mana.. Aku pun tak buat apa-apa aktiviti mengemas/packing untuk pindah pun.. Penat dan sakit urat la weeiii.. Huhuhu... Kasi ini urat dawai tulang besi rehat dulu lah.. Hehehe... Yang ada cuma aktiviti rutin memasak makanan untuk dimakan.. Dah masak, takkan ler nak buat perhiasan pulak kan..  Ngap aje lerr... Hehehe Sambil-sambil tu dok layan dua dvd movie Melayu yang dipinjam daripada seorang rakan. Tak kisahlah walaupun lambat menonton movie ni.. Dapat juga tengok daripada tak tau langsung kan.. Hehehe... 

Selalunya kalau aku tengok dvd kat rumah, mesti tertido punyalah.. Sedang elok je aku bangun bila movie tu dah abes.. Hahahaha.. Baik punya timing.. Nasib baik masa tengok citer ni boleh tahan mata daripada tertutup.. Masa tengok Kak Limah memang dah menguap sakan dah.. 
  
Tapi aku menyampah betul dengan tangan si Usop tu... Cuba dok diam sat untuk 1 saat..! Grrrrr.... Overall pada aku Hantu Kak Limah tu takde la best sangat.. Biasa-biasa je.. Nak gelak skit-skit tu boleh laa.. Aku lagi suka citer Kongsi.. Thumbs up for Shaheizy Sam dan pengarahnya Farid Kamil.. Cuma aku agak konpius dengan satu scene tengah lawan-lawan kat pasar ni. Kenapa pulak perlu ada signboard 'Pork' kat tepi gerai orang jual daging tu.. Sebenarnya nak bagitau apa pada penonton..? Hmmm... Konpius mokcik..

Ada tiga lagi dvd Melayu yang kami belum tengok lagi.. Nanti bila ada masa bolehlah layan.. Itu pun kalau aku tak zzzzz masa tengah menonton... Hehehehehe....
     
*All photos are courtesy from Google image search.

Saturday, 14 January 2012

Penangan Foot Massager

Kalau korang gi jenjalan ke shopping complex, sure pernah ternampak orang dok promosikan benda alah ni kan.. Mesin ni ada pelbagai jenama dan rupa, tapi basically fungsinya untuk mengurut kaki menggunakan konsep refleksologi.
 
Masa tengah food shopping kat Giant Shah Alam weekend lepas, kitorang disapa oleh promoter foot masssager ni.. Meh la abang.. akak.. try dulu.. Yang sebenornya kami ni dah lenguh berjalan, nak duduk takde tempat pulak.. So boleh lah nak menerai mesin ni.. Kalau tak, selama ni jumpa, tak pernah teringin nak cuba pun.. Hehehe..

Ingatkan ok je, ropa-ropanya... Aduyaiiii... Macam kena siksaan dan hukuman berat je tapak kakiku ini... ! Saaaakitttt weeeeiiii...! Kami berdua berpeluh-peluh menahan sakit.. Huhuhuu... Kata promoter tu, Haaa... Sakit tu maknanya abang dengan kakak ada masalah kesihatan bla..bla..bla..bla.. Kalau orang takde masalah pape, tak rasa apa pun bila letak kaki kat situ.. Daripada apa yang dia cakap macam banyak bonar yo masalah kesihatan kami ni.. Adeeiiii... Mungkin ada betulnya juga sebab foot massager tu macam urutan refleksologi juga cuma ni pakai mesin.. 

Abis tu macam mana nak kasi sihat guna mesin ni? Abang akak amalkan guna mesin ni sampai hilang sakit kat kaki tu, dua tiga kali sehari pun boleh..  
Ambiklah satu abang..akak... Kita tengah ada offer sekarang, harga biasa 2998, promosi 1998.. Dapat tiga free gifts lagi kalau abang akak ambik hari ni... Hmmm... Mungkin bagus la kot mesin ni, tapi mahal sangatlah.. Nantilah tunggu ada duit lebih, bole beli... 

Tapi kan... Sehingga hari ini tapak kaki ni masih sakit... Huhuhu... 

*All photos are courtesy from Google image search.

Thursday, 12 January 2012

Lawak Masa Penat

Sampai aje rumah lepas ambik Qiqie Ila dari sekolah terus masuk ke dapur untuk sediakan dinner.. Qiqie nak makan yang simple je, roti bakar dan chicken and mushroom soup..  Senang hati Ibu sediakan yang senang dan mudah ni.. Hehehe...

Ambik kuali, bukak api pastu letak roti dalam kuali.. Pastu dok tenung je roti dalam kuali tu.. Dalam kepala ni dok berfikir-fikir.. Macam tak betul je apa aku buat ni... Tapi apa ya...?? Otak masih tak boleh nak register sebab terlampau penat.. 

Tiba-tiba seolah baru terbangun daripada tidur, aku cepat-cepat tutup api... Nak buat roti bakar apa hal pulak masuk roti dalam kuali???? Hilang akal ke apa...?? Toaster kan ada...!! Adeeeiiiii... Aku tergelak-gelak sorang diri kat dapur.. Haiiii... Nasib badan... Kalau dah kepenatan, macam-macam lah kejadian tak diingini berlaku... Hehehe.. Gambar yang memalukan tu tak sempat nak snap sebab tengah penat kan.. Otak pun tak boleh nak fikir sangat.. Hehehe..

Wednesday, 11 January 2012

Back To School

Dah masuk tahun baru ni, sekolah pun dah mula balik.. Rasa macam kejap je dah cuti sebulan lebih tahun lepas.. Heheheh.. Biasa lerr.. Dah bagi betis nak peha.. Dah bagi peha nak dada.. Ooopppssss... Haaa... Sila programkan otak anda supaya jangan pikir benda lain ya.. Hahahahahahaaa... Awal-awal ni agak kelam-kabut dan bz sket dengan urusan sekolah Qiqie Ila.. Biasalah kita yang jadi 'makcik bas'.. Errrkkk...! Tamo la panggil makcik bas, macam dok besh je bunyiknya.. Tukar kepada 'auntie myvi' laa.. Ahahahahaha... Tahun ni pulak tambah 2 orang lagi kawan Qiqie yang tumpang kete untuk gi sekolah sama-sama.. Kita jugak yang jadi makcik tukang masak dan tukang cuci.. Makcik tukang kemas nak pindah pun ya juga.. Adeiiii.... Huhuhuhu... Tu yang tak berapa nak sempat nak update blog.. Sape kata jadi surirumah dan uruskan persekolahan anak ni tak penat.. Penat wooo... Nasib baik Qiqie dah darjah 2 tahun ni... Kurang skit penat berbanding tahun lepas... 

SEGMEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWER

Masa tengah layan fesbuk tadi dalam mode yang penat dan mengantuk.. ternampak pulak adik Farah punya segmen ni kat DTS punya group.. So akak join la yea Farah... Hehehe.. Macehhh... ^_^

Kepada yang nak join, bole klik sini...

Friday, 30 December 2011

Banjir Kilat

  
Kebanyakan kawasan kat Malaysia ni disahkan mengalami banjir kilat semalam.. Nak tau kenapa..?? Penangan Tentang Dhia lah...! Hahahahahahaaa... 
Aku pun tak terkecuali dan menjadi salah seorang penyumbang banjir kilat untuk cerita ni... Hehehe.. Malu gak takut Qiqie Ila nampak ibu dia dok meleleh-leleh air mata depan tv.. Hehehe Kesian kat Dhia kan.. Tak sangka pulak ending dia macam tu.. Rata-rata ramai yang tak puas hati sebab mak mertua Dhia yang jahat tu tak dapat pembalasan yang sewajarnya.. Ekekekeke.. Tuan director saje jer nak bagi semua orang hangin satu badan tuuuu...

Aku ni takdelah tengok citer Dhia ni dari awal.. Dah 10 episod terakhir baru tertengok kat tv.. Dah tu pegilah kat website tv3 nak tengok catch up tv, kena gi tengok kat tonton.com lak.. Errrrkkk.. Terkojut mokcik.. Apahal la pulak dah kena bayor kalau nak tengok episod 1-7...???? Adeiiiii... Satu episod singgit, tapi kena beli minimum seploh hengget...! Pandai betul mereka ni nak pow duit orang eh.. Saborrr je laa... 
Semalam juga ramai member di fesbuk dok bercerita pasal Tentang Dhia vs Ombak Rindu.. Terjumpa lak ada link boleh tengok Ombak Rindu kat youtube.. Aku pun layanlah kejap.. Kejap tak kejap jugaklah sampai 2 jam duration cerita tu.. Pada aku, Ombak Rindu ni biasa-biasa je ceritanya.. Mungkin novel lagi best kot.. Dunno tak pernah baca.. Tapi ada yang komen kata novel lagi best..

Anyway.. aku dok tunggu bilalah aku nak nangis ni.. Memang ada part yang sedih, tapi tak keluar air mata pun.. Ekekekee... Jalan ceritanya ada juga sedikit persamaan dengan Tentang Dhia, mak mertua jahat... Pada aku, Lisa Surihani juga agak over dalam melakonkan watak jahat sampai nampak macam tak real.. Hehehe.. Peminat Lisa jangan marah yeaaa.. Lakonan Aaron dan Maya juga biasa-biasa je.. Tapi aku suka dengan watak Mail lakonan Bront Palarae.. Hehehe.. Yang sebetulnya dalam menghayati sesebuah cerita, terpulanglah pada citarasa masing-masing kan.. Ada yang suka.. ada yang tidak.. Ada yang nangis.. ada yang hati kering.. Hehehe.. Semoga lebih banyak cerita bagus karya rakyat tempatan coming in 2012..
*All photos are courtesy from Google image search.

Wednesday, 28 December 2011

Percutian Bidan Terjun

Ehhh..ehhh.. Bercuti pun ada bidan terjun jugak ke?? Sape kata takde.. Kalau nak gi bercuti tapi tak tau ke mana hala tuju.. Takde tempat tinggal.. Main redah je ikut tayar kereta berputar.. Bidan terjun la jugak namanya tu kan..kan..kan.. Bole gitu..? Hehehe..

Sebenarnya hb dah pesan suh usha-usha nak gi mana cuti Krismas baru ni.. Tapi aku pulak yang terlalu bz dengan aktiviti mengemas dan packing barang-barang untuk pindah.. Pastu demam lak 3-4 hari.. Bila dah keletihan nak duduk mencari lama-lama kat internet pun takde mood.. Huhuhu..

Bila tiba hari Sabtu, hb pandang aku.. 'Kita ni nak bercuti ke mana..?' Aku pandang dia, terkebil-kebil..tersengih-sengih.. Hehehe.. Ikutkan hb, dia nak ajak gi Cherating lagi.. Memang Cherating best, aku pun suka melompat-lompat kalau nak gi sana.. Tapi dengan keadaan hujan sekarang ni not a good idea lah nak gi pantai.. Kalau dah asyik hujan, nak ke pantai pun tak syok kan..

Hb start enjin kereta dan roda kereta pun berpusing.. Tau-tau kami dah sampai Seremban... Ahahahahahaha... Tayar berpusing lagi sampai ke area PD lak.. Wahhh.. Trafik jem! Kete pulak diparkir bersimpang-siur kat tepi jalan.. Hotel-hotel yang mahal dan murah banyak yang full house.. Akhirnya kami dapat juga bilik kat sini... Nasib baik ada satu je bilik yang tinggal...
v
v
v
v
v
Ada jugak nama hotel kentang eh.. Hehehehe.. Sekadar untuk tido dan berehat ok la.. Tak boleh nak expect lebih-lebih kalau dah bayarannya RM65 satu malam.. Sambil-sambil berehat kat bilik kami makan burger mcD, french fries, curly fries dan juga Mr. Potato... Ahahahhahahaha.. Semuanya kentang..! Elok sangat lah tu tido pon kat hotel kentang..! Ngeh ngeh ngehh...


Pastu sambung lagi perjalanan dan sampailah ke sebuah negeri yang bernama Melaka pulak.. Hehehe.. As usual bukan ada tempat nak tido pun...Lalu kat Ayer Keroh.. Mak oiii.. Jem teruk! Kete banyak parking tepi jalan.. Maybe depa semua tu nak gi zoo, taman buaya, taman mini mesia etc etc etc yang ada kat tepi jalan tu kot.. Kami pusing-pusing ke A Famosa resort, dapatlah Qiqie naik pony.. Nak masuk safari dah kul 3 lebih, tak berbaloi pulak nak masuk sebab sekejap sangat, safari tutup kul5.. 
Then hb ajak gi makan ikan bakar kat Umbai.. Kitorang ok aje.. Sampai kat sana orang punyalah ramai.. Sume pakat nak makan ikan bakar.. Ada satu kedai makan ikan bakar ni yang paling besar kat situ.. Kalau tak silap nama dia Parameswara kot.. Takde tempat duduk langsung.. Nampak macam best.. Bole makan atas bot, bawah khemah.. pilih je mana kita nak.. Tapi bawah tanah tak leh ler.. Hikhikhik.. Memandangkan takde tempat kosong kat situ kitorang pun cari ler gerai lain.. Dah banyak seafood kat situ, lalat pun banyak la jugak.. Kami akhirnya dapat tempat kat gerai sorang pakcik yang tak berapa nak senyum ni.. Masakan gerai tu biasa-biasa je tapi agak pedas untuk tekak dan perut kami yang tak tahan pedas ni..
Dah kenyang perut, now we worry about where to spend the night.. Hahahahaa... Kebanyakan hotel penuh.. Maklumlah cuti sekolah dan long weekend.. Tak buat plan dan booking awal-awal, ini lah padahnya... Hehehehe...


Agaknya dah rezeki Qiqie Ila sebab dia nak juga dok kat hotel malam tu dan ibu pulak terpaksa mengorbankan cerita Tarabas dan Fantaghiro ku...Huwaaaaaaaaa.... Kami dapat juga tempat kat hotel permaisuri mitc.. Dulu-dulu kami dah pernah ke sini, tempatnya ok.. Tapi dulu nama lain.. Bila dah tukar nama sekarang dah jadi lain pulak dan sungguh dok beshhhh... Pintu rosak, bilik air kotor dan berlumut, remote control tv takleh pakai walaupun dah tukar bateri.. Bekpes pon dok besh juga... Nak makan pun tak lalu... Huhuhuhu.. Adoyaiiii... Bayar mahal tapi macam hotel kentang je layaknya..


Esoknya setelah check out, kami pun bergerak pulang menuju home sweet home.. Itulah saja kisah percutian bidan terjun kami buat kali ini.. Sekian.. Terima kasih.. Hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...